Panik (filem)

(Dilencongkan dari Filem Panik)

Panik merupakan sebuah filem ngeri / suspen yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo dan menggabungkan bakat dari dua negara. Ia dibintangi Nadiya Nisaa, Zul Ariffin, Donny Alamsyah, Mike Lucock dan Naomi Ivo. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak ngeri / suspen. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 April 2014.[1]

Panik
PengarahHanung Bramantyo
Dihasilkan olehRaam Punjabi
Dibintangi
Tarikh tayangan
  • 10 April 2014 (2014-04-10)
Masa tayangan
1 Jam 30 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem ini mula ditayangkan pada 10 April 2014 melalui saluran Astro First Eksklusif. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu.

Sinopsis sunting

Seorang ibu dari Malaysia (Nadiya Nisaa) telah kehilangan anaknya Fasha (Naomi Ivana), yang menghidap penyakit asthma, di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta, Indonesia. Ida yang panik cuba mencari anaknya di merata tempat sebelum akhirnya mendapat pertolongan daripada Hidayat (Mike Lucock), seorang pegawai keselamatan di pusat membeli-belah itu, dan juga seorang lelaki bernama Anton (Donny Alamsyah), yang telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis.

Pada mulanya, kumpulan pegawai keselamatan yang diketuai Hidayat cuba mencari Fasha dengan maklumat yang diberikan oleh Ida. Namun, mereka mula mengesyaki bahawa Ida kurang siuman setelah beberapa saksi mengatakan yang mereka hanya melihat Ida berjalan-jalan dan berbual keseorangan. Hidayat juga mendapat tahu bahawa Ida mempunyai preskripsi untuk ubat antidepresan. Idah terdengar Hidayat mengesyakinya dan berasa tertekan dan terdesak untuk mencari anaknya. Dia juga terbaca fail Anton yang mengatakan bahawa bekas pegawai polis itu trauma setelah gagal menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hilang.

Melalui rakaman kamera litar tertutup di pintu masuk bangunan itu, Anton dan Hidayat akhirnya mendapat tahu yang Ida memang telah masuk pusat itu bersama Fasha tetapi kemudian kanak-kanak kecil itu dibawa keluar oleh lelaki yang mereka mengesyaki adalah kenalan bapa Fasha. Anton dan Hidayat menemui Ida yang semakin gila di bumbung pusat itu sedang mengancam untuk mencederakan seorang kanak-kanak yang menyerupai anaknya kerana tiada seorang pun yang mempercayainya. Hidayat yang mengacukan pistol kepada Ida telah melepaskan tembakan tanpa sengaja, dan wanita itu jatuh dari bumbung bangunan yang tinggi itu.

Kejadian ini rupanya adalah halusinasi Ida semata-mata, kerana Fasha dan suaminya Rashid (Zul Ariffin) elok menunggunya di luar bilik air. Walaupun keluarga Ida nampak bahagia, Rashid rupa-rupanya berlaku curang terhadapnya, dan kerana itulah Ida berada dalam keadaan yang tertekan dan kurang waras.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Keluaran dan sambutan sunting

Filem ini dikelaskan sebagai PG13 dengan bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Tayangan sunting

Ulasan sunting

Runut bunyi sunting

Anugerah sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting