Pendekar Sakti (filem)

(Dilencongkan dari Filem Pendekar Sakti)

Filem Pendekar Sakti merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Filem Pendekar Sakti merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di 1972. Filem Pendekar Sakti diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pendekar Sakti
PengarahS. Kadarisman
PenerbitMerdeka Film Production
Dibintangi olehHussein Abu Hassan, Tamam Idris, Latiff Borgiba & Idris Hashim
Muzik olehAhmad Nawab
SinematografiHitam-putih
PengedarShaw Brothers Ltd
Mula ditayangkan
1972
Tempoh tayangan
1 jam 40 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

PengarahSunting

Filem ini diarahkan oleh S. Kadarisman. Filem Pendekar Sakti mula ditayangkan pada 1972 di pawagam seluruh negara.

RingkasanSunting

Mengisahkan 3 orang pendekar amatur (anak kepada Mahaguru Buana) yang berguru dengan Mahaguru Buana (Tamam Idris). 3 pendekar tersebut ialah Sakti (Hussein Abu Hassan), Dadah (Latiff Borgiba) dan Dalang (Tony Azman). Dadah telah mengembara dan menuntut ilmu dengan Mahaguru yang lain. Dalang pula gilakan kuasa dan kekayaan sehingga sanggup untuk membunuh Mahaguru Buana. Manakala Sakti pula pergi mengembara selama 40 hari untuk mencari ayah saudaranya (adik Buana) tetapi pada hari kepulangannya, Mahaguru Buana telah meninggal dunia dan kematian mahaguru telah di fitnah oleh Dalang dengan mengatakan Dadah yang membunuh Mahaguru Buana kerana ilmu nya lebih tinggi selepas menuntut ilmu dengan mahaguru yang lain. Sakti ingin menuntut bela di atas kematian ayahnya, dia berhenti berehat di sebuah warung untuk makan dan minum. Pergerakkannya pula telah diekori oleh Dalang lalu memasukkan sedikit racun ke dalam minuman Sakti. Sakti yang dalam kesakitan bergegas mencari ayah saudaranya untuk merawatnya dan dalam masa yang sama dia menuntut ilmu persilatan bagi memantapkan kemahirannya. Manakala Dalang pula telah menjadi ketua perompak dan pemungut cukai haram. Dadah pula menjadi orang kanan Mahaguru yang jahat (lakonan Dali Siliwangi). Disebabkan 2 orang saudaranya telah menjadi pengkhianat, Sakti bertekad menghabiskan riwayat mereka semua bersama-sama kuncu-kuncunya. Di kesudahan cerita ini, Dadah, Dalang dan kuncu-kuncunya telah mati di tangan Sakti dan ayah saudaranya juga seorang mahaguru yang merupakan adik kepada Buana.

PelakonSunting

LaguSunting

Tiada lagu runut bunyi untuk filem ini.

Pautan luarSunting

  1. http://www.filemkita.com/filem/p/pendekar_sakti_01.html