Pertentangan

(Dilencongkan dari Filem Pertentangan)

Pertentangan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983. Filem Pertentangan diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Pertentangan
PengarahSalleh Ghani
PenulisSalleh Ghani
Lakon layarSalleh Ghani
Cerita olehSalleh Ghani
Dihasilkan olehSham Tun Salleh
DibintangiRubiah Suparman
Mokhtaruddin
Yusof Latiff
SinematografiRaja Idris
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehS. Atan
Syarikat
penerbitan
Sham Epa Film Productions
Tarikh tayangan
1983
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Pertentangan mula ditayangkan pada 1983 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Rubiah Suparman, Mokhtaruddin dan ramai lagi.

Pengarah sunting

Filem Pertentangan diarah oleh pengarah Salleh Ghani pada 1983.

Sinopsis sunting

Filem ini bermula dengan rakaman di atas jejambat di Pan Island Expressway, Singapura, dan dituruti dengan rakaman Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Zabidi (Mokhtaruddin) merupakan seorang bapa dan suami yang berjaya di dalam hidupnya. Beliau dikurniakan dua anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Zainab (Rubiah Suparman). Tinggal di sebuah banglo mewah di kawasan Bangsar, Zabidi mempunyai sebuah kerata Toyota Corolla Ke-70 (Toyota DX) dan mempunyai seorang pemandu yang juga merupakan pembantu peribadi beliau.

Walaupin kehidupan duniawi Zabidi berjaya, namun Zabidi cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Zabidi kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan dan akan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Namun begitu isteri Zabidi, iaitu Zainab mempunyai perwatakan yang jauh berbeza dengan Zabidi, memandangkan beliau merupakan seorang ustazah.

Selepas beberapa ketika Zabidi telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar “syarikat Export And Import Antarabangsa”, dan suatu majlis keraian telah diadakan oleh beliau oleh rakan baik zabidi iaitu O.K.B. (Orang Kaya Baru) di sebuah kelab malam. Zabidi berkenalan dengan Farah, penyanyi kelab malam tersebut. Sambil beliau menari, Zabidi amat gembira dan menyatakan “I suka kalau macam ni selalu..... Enjoy! Enjoy!”. Selepas itu Zabidi pulang dengan keadaan mabuk.

Pergeseran di dalam rumah tangga zabidi menjadi semakin teruk dan ini menyebabkan mereka bercerai. Sorang anak dijaga oleh Zainab dan seorang lagi dijaga oleh Zabidi. Dalam masa yang sama Zabidi telah mengahwini Farah.

Farah merupakan seorang wanita yang bermain kayu tiga dan setelah Zabidi mendapat tahu Farah bersama lelaki lain di Singapura, Zabidi telah ke sana dan membunuh lelaki tersebut. Zabidi dihukum penjara selama beberapa ketika. Anaknya Johari yang dipelihara oleh Zabidi diberikan kepada O.K.B.

Setelah Zabidi keluar dari penjara, Zabidi bertemu semula dengan pemandu peribadinya, dan beliau memaklumkan bahawa anak lelakinya Johari yang dipelihara oleh O.K.B. kini berada di Sri Gombak. Zabidi pergi kerumah tersebut dan berasa terkejut kerana dihidangkan dengan arak. Zabidi menyatakan bahawa beliau sebagai orang Islam tidak boleh meminum arak. Johari yang kini tidak mengenali ayahnya kemudian dengan gah memberitahu, zaman sekarang minum minuman keras seperti bir, wain, scotch dan wiski penting jika mereka mahu kenal orang-orang besar. Setelah dihalau keluar oleh Yasmin iaitu tunang kepada Johari dan juga anak perempuan O.K.B. yang tidak senang dengan kehadiran Zabidi, Zabidi menunaikan solat disebuah masjid, namun pitam, dan diselamatkan oleh Zainab dan anaknya. Zainab memberitahu perkara sebenar dan mereka bersatu semula. Selapas itu mereka pergi semula ke rumah O.K.B. Sesampainya disana, mereka dihalau oleh anak lelakinya dan kebetulan O.K.B. pulang. O.K.B. berasa gembira kerana bertemu semula dengan rakan lamanya dan mempelawa mereka masuk kedalam. Namun Zabidi merasakan perkara yang ganjil kerana anaknya enggan mengaku Zabidi sebagai ayah kandungnya. O.K.B. kemudiannya mengaku bahawa dia merupakan seorang Yahudi yang menyokong Israel, oleh demikian dia membesarkan Johari dengan cara hidup sekular, dan menanamkan ke dalam fikiran Johari bahawa kesemua ahli keluarganya telah mati. Kemudian berlaku pergelutan di antara O.K.B., Zabidi dan Johari menyebabkan Yasmin mengeluarkan pistol dan mengancam Zabidi sekeluarga. O.K.B. kemudiannya merampas pistol daripada Yasmin lalu menghalau Zabidi sekeluarga keluar dari rumahnya. Zabidi dan keluarganya kemudiannya keluar dari situ dan bersatu semula.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Lagu sunting

  • Black Dog Bone - Lagu Abang Kantoi
  • D Atomic Power - Lagu Andai Aku Teler Lagi

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting