Buka menu utama

Filem Putus Sudah Kaseh Sayang

Putus Sudah Kaseh Sayang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1971. Filem ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan bermula dari tahun 1968 dan berakhir pada awal 1969.[1] Filem Putus Sudah Kaseh Sayang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Putus Sudah Kaseh Sayang
PengarahP. Ramlee
PenerbitMerdeka Film Productions
PenulisLakon layar: P. Ramlee & Osman Abadi
Dibintangi olehP. Ramlee
Latifah Omar
Muzik olehP. Ramlee
SinematografiSiew Chan Wa
Disunting olehJohari Ibrahim
PengedarShaw Brothers
Mula ditayangkan
1971
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

PengarahSunting

Filem Putus Sudah Kaseh Sayang diarahkan oleh P. Ramlee pada 1971.

SinopsisSunting

Mengisahkan Rostam (P. Ramlee) seorang pengurus bank. Mempunyai seorang isteri bernama Rosmah (Mariani) dan seorang anak lelaki yang masih remaja, Rizman (Bab Mustaffa). Rosmah disahkan lumpuh separuh badan dan hanya mampu bergerak sekitar dalam rumah menggunakan kerusi roda. Rostam yang kesunyian menanggung seksa batin di rumah dan sering menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh kawan-kawannya. Anaknya pula, Rizman pula sering membuang masa berlegar-legar di pusat hiburan terutama sekali di sebuah kedai minuman tempat kerja Lisda (Latifah Omar), seorang pelayan wanita yang bekerja di situ. Lisda merupakan janda dan mempunyai seorang anak perempuan yang dipelihara oleh ibunya di kampung halamannya yang terletak di negeri Pahang. Di tempat kerja Lisda, ramai pengunjung yang meminatinya tetapi tidak pernah melayan sehingga ke bilik tidur termasuk Rizman. Pada suatu malam, Rostam telah berkenalan dengan Lisda di sebuah majlis jamuan yang dianjurkan oleh rakannya yang bernama Jo. Oleh kerana terlalu banyak meminum minuman keras, Rostam mabuk dan tiada siapa yang dapat membantunya. Hanya Lisda yang masih berada di situ. Dia terus membawa untuk bermalam di rumah pangsanya. Sementara itu, Rosmah mulai bimbang kerana Rostam tidak pernah tidak pulang atau bermalam di tempat lain selama 21 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Keesokan harinya, apabila Rostam pulang ke rumah, dia telah berbohong kepada isterinya dengan pelbagai alasan, namun ia tetap diterima oleh Rosmah. Lisda pula mula berasa kurang senang apabila Rizman sering mengajaknya mengadakan hubungan seks namun ditolak oleh Lisda. Apabila pulang ke rumahnya, Rostam pula berada disitu. Akibat gagal mengawal perasaannya, dia telah memarahi Rostam yang secara kebetulannya telah menceroboh privasinya. Sebaik sahaja Rostam beredar, Lisda ditegur oleh Mak Enon (Mak Enon), tuan sewa rumahnya, dan dia mula menyedari kesilapannya lalu menemui Rostam di pejabat keesokkan harinya untuk memohon maaf. Dari ketika itulah, episod percintaan antara mereka berdua bermula. Percintaan Rostam dan Lisda mula diketahui Rosmah apabila dia menjumpai sekeping gambar Lisda didalam beg kerja suaminya dan lantas menyuruh orang gajinya, Keropok (A. K. Jailani) memanggil Lisda untuk datang ke rumahnya. Perasaan Rosmah semakin tertekan apabila Lisda menceritakan bahawa selain suaminya, anaknya Rizman juga menyimpan perasaan terhadapnya. Setelah berfikir panjang, Rosmah akhirnya mengalah dan mengizinkan agar Rostam mengahwini Lisda bagi mengelakkan Rizman juga menyintai wanita yang sama.

Perkahwinan Rostam dan Lisda akhirnya diketahui Rizman dan akibat tidak dapat menerima kenyataan bahawa Lisda kini menjadi ibu tirinya, Rizman hilang pertimbangan dan terjadinya pergaduhan antara dua beranak ini sebaik sahaja Rostam yang baru pulang dari kerja. Ketika Rostam hampir-hampir hendak membunuh Rizman, Rosmah pula terjatuh dari tangga, menyebabkannya dia terkorban. Sebelum kematiannya dipangkuan Rostam, dia sempat berpesan kepada Rostam agar tidak memutuskan ikatan kekeluargaan dengan Rizman dan Lisda.

Selepas selesai majlis pengkebumian Rosmah, Rostam mempercayai kata-kata fitnah yang dilemparkan dari mulut Rizman yang dia pernah meniduri Lisda suatu masa dahulu. Akibat dari perbuatan itu, Rostam terpaksa menceraikan Lisda dengan talak satu. Walaupun hanya sempat mendirikan rumah tangga selama dua hari sahaja.

Sejak kejadian itu, hubungan di antara Rostam dan Rizman mula dingin dan tidak bertegur sapa sebaik sahaja bertemu. Rizman mulai serba salah terhadap ayahnya dan akhirnya mengakui perbuatannya adalah dusta semata dan berdosa terhadap ayahnya dan juga Lisda. Dia berjanji untuk mencari dan memujuk semula Lisda agar kembali ke pangkuan ayahnya, namun ditolak oleh Rostam dengan mengatakan hanya dia sahaja yang boleh memujuknya kembali. Sementara Rizman juga memujuk agar ayahnya mengambil semula ibu tirinya itu.

Seorang lelaki yang bernama Mokhtar (Hashim Tovey) juga turut menyimpan perasaan terhadap Lisda telah melanggar Lisda dengan dengan kereta miliknya setelah mengetahui Lisda telah pun berkahwin dengan seorang pengurus bank. Dia berjaya diberkas oleh pihak polis selepas kejadian itu. Semasa dihospital, Rostam sempat berjumpa dengan ibu Lisda dan Kamsiah, anak perempuannya di sebuah wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur. Lisda berpesan kepada Rostam agar menjaga ibu dan anaknya sekiranya dia meninggal dunia kelak atau mengambilnya kembali sekiranya dia masih hidup. Beberapa minit kemudian, Lisda akhirnya meninggal dunia sebaik sahaja Rostam membacakan surah Yasin untuknya.

PelakonSunting

LaguSunting

  • Mengapa Membisu nyanyian oleh Saloma
  • Assalamualaikum nyanyian oleh P. Ramlee & Saloma
  • Putus Sudah Kaseh Sayang nyanyian oleh Saloma (penyanyi asal ialah P. Ramlee)

RujukanSunting

Pautan luarSunting