Ragam Pemandu
Ragam Pemandu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1989.[1] Filem Ragam Pemandu diterbitkan dalam bentuk filem warna. Nama asal filem ini adalah 'Drebar'.
Ragam Pemandu | |
---|---|
Pengarah | Raja Ismail |
Dibintangi | Hamid Gurkha Latif Ibrahim Aznah Hamid |
Tarikh tayangan | 1989 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Ragam Pemandu mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hamid Gurkha, Latif Ibrahim, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Pengarah
suntingFilem Ragam Pemandu diarah oleh pengarah Raja Ismail pada 1989.
Ringkasan
suntingHamid seorang yang setia dan kuat bekerja. Dia bertugas sebagai pemandu Rahim yang baik hati. Rahim sering membantu Hamid menyelesaikan masalah yang dihadapinya serta membiayai pelajaran anak-anaknya. Walau bagaimanapun, isteri Rahim, Rubiah, tidak menyukai Hamid. Suatu hari, apabila Rubiah memarahinya, Hamid mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Rahim agak kecewa tetapi dia dapat menolong mendapatkan Hamid kerja di syarikat insuransnya.
Pelakon
sunting- Hamid Gurkha sebagai Hamid
- Latif Ibrahim sebagai Rahim
- Aznah Hamid sebagai Rubiah
- Tam Suhaimi sebagai Boy
- Bibi Yem sebagai Bibi
- R. Jaafar sebagai Ali
- Accapan sebagai Bala
- Tan Ting seby Tan
- Wazata Zain sebagai Bos Kilang Besi
- Param sebagai Sam
- Ibrahim Pendek sebagai Bos Geng Pencuri Kereta
- Hashim Abdul Rahman
Lagu
sunting- Ragam Pemandu - Latiff Ibrahim
- Setia - Asiah Khan
- Jujur - Faridah American
- Ikhlas Tapi Dekat - Zain Majid
Pencapaian
suntingFilem ini berjaya mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1989 dengan berjaya mengumpul RM3,400,000.00 (RM3.4 juta).
Filem ini turut menjadi inspirasi kepada Anthony Tan dan Tan Hooi Ling untuk mengasaskan syarikat Grab.
Watak Hamid Gurkha dalam filem ini menjadi inspirasi pada semua pemandu Grab kini.