Rahsia (filem 1987)

(Dilencongkan dari Filem Rahsia)

Rahsia merupakan sebuah filem seram Malaysia 1987 yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem Rahsia diterbitkan dalam bentuk filem warna. Filem Rahsia mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shukery Hashim, Noorkumalasari dan ramai lagi.

Rahsia
PengarahOthman Hafsham
Lakon layarOthman Hafsham
Aziz Wok
Cerita olehMasnah Rais
DibintangiShukery Hashim
Noorkumalasari
Noraini Hashim
Yusof Haslam
SinematografiZainal Othman
Disunting olehElias Maidin
Muzik olehAdnan Abu Hassan
Susan Goh
Syarikat
penerbitan
Cinematic Sdn Bhd
Tarikh tayangan
21 November 1987
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Ketika ini, filem ini boleh ditonton di Astro GO dan Astro On Demand sempena pelancaran filem reboot, Rahsia 2023.[1]

Penerbitan sunting

Filem Rahsia diarah oleh pengarah Othman Hafsham pada 1987. Menurut Othman, kereta Proton Saga merah yang muncul dalam filem merupakan hasil tajaan PROTON. Walau bagaimanapun, Shukery Hashim (Hamdan) tidak mengetahui cara untuk memandu kerana tiada lesen memandu lalu terhempap ke pokok dan terpaksa ganti dengan kereta yang baharu.

Menurut Ayu Syuhara (Marina), beliau ditolak ke dalam laut di tepi pantai kerana pihak produksi ingin Marina lemas dalam laut tetapi beliau sendiri tidak mahu akibat takut dengan air. Mereka berpura-pura mengambil gambar dan mengira sehingga tiga. Othman Hafsham melepaskan Ayu ke dalam laut dan menjadikan sebagai babak lemas sebenar.

Menurut Othman lagi, Shamyl Othman pernah memberitahu beliau bahawa Shamyl ingin mengarahkan filem asal ini. Filem ini diberikan nafas baharu dengan tajuk yang sama iaitu Rahsia.[2]

"I'M GOING TO DIRECT YOUR OLD MOVIE, RAHSIA" - Shamyl Othman kepada ayahnya

Sinopsis sunting

Mengisahkan sepasang suami isteri, Professor Hamdan (Shukery Hashim) dan Ramlah (Noorkumalasari) bersama anak-anaknya, Saiful (Fazrideen Fadzil) dan Marina (Ayu Syuhara) berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Banglo itu dibeli dari seorang jutawan Dato' Karim (Yusof Haslam) dan bapa saudaranya Haji Khalid (S. Roomai Noor). Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Antaranya, mereka mendengar suara seorang kanak-kanak menjerit memanggil ibubapanya dan terhidu bau asap kemenyan. Professor Hamdan seringkali dihantui mimpi seorang kanak-kanak yang dibunuh seseorang dan mayatnya disembunyikan di dalam almari di dalam sebuah bilik di stor bawah tanah banglo yang didiami mereka. Gangguan aneh dan mimpi yang dialami oleh Saiful pula telah membawa kepada penemuan rangka seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di dalam bilik di stor bawah tanah tersebut, sama seperti mimpi yang dialami oleh Professor Hamdan. Dari loket ditemui pada leher rangka kanak-kanak tersebut dan nama yang tertera pada loket tersebut iaitu Karim Bin Johan, nama kanak-kanak malang itu, Professor Hamdan mula mengesyaki bahawa Haji Khalid adalah dalang di sebalik kejadian ini berdasarkan beberapa kali cubaan membunuh ke atasnya dan pembunuhan seorang pegawai akhbar atas tindakannya cuba menyiasat kejadian ini. Dato' Karim sebenarnya adalah anak kandung Haji Khalid dengan isterinya seorang warga Inggeris dan nama sebenar Dato' Karim adalah Salim. Rahsia dua beranak ini telah terbongkar, Haji Khalid mati lemas di dalam kolam renang di luar rumah agamnya dan Salim telah terbunuh semasa cuba hendak membunuh Professor Hamdan sekeluarga. Dengan matinya dua beranak ini, roh Karim yang sebenar telah terbela dan tiada lagi gangguan aneh menghantui banglo tersebut dan Professor Hamdan sekeluarga hidup aman damai.

Pelakon sunting

  • Shukery Hashim sebagai Prof. Hamdan
  • Noorkumalasari sebagai Ramlah
  • Noraini Hashim sebagai Makcik, bekas pembantu rumah keluarga Johan
  • S. Roomai Noor sebagai Hj. Khalid
  • Yusof Haslam sebagai Dato' Karim
  • Abu Bakar Omar sebagai En. Razali, pegawai akhbar
  • Liza Othman sebagai Nora
  • Adik Fazrideen Fadzil sebagai Saiful
  • Adik Ayu Syuhara sebagai Marina
  • Adik Amir Noor Mohd Taib sebagai Karim, kanak-kanak malang yang mati dibunuh
  • Helmi Md Salleh sebagai Ulamak
  • Sirin Salimon sebagai Johan
  • M. Rajoli sebagai Rakan Dato' Karim
  • Hafiza Ismail

Anugerah dan pencapaian sunting

Festival Filem Malaysia ke-7 sunting

Pemenang sunting

  • Filem Terbaik
  • Pengarah Terbaik - Othman Hafsham
  • Jurugambar Terbaik - Zainal Othman
  • Penyuntingan Terbaik - Elias Maidin
  • Penataan Muzik Terbaik - Adnan Abu Hassan & Susan Goh
  • Penataan Seni Terbaik - Zabereen Kemal
  • Penataan Bunyi Terbaik - Kamal Mustaffa
  • Pelakon Kanak-kanak Terbaik - Fazrideen Fadzil

Tercalon sunting

  • Pelakon Lelaki Terbaik - Shukery Hashim (Tercalon)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Noorkumalasari (Tercalon)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ @AstroShaw (23 Julai 2023). "Yang pernah tengok cerita ni, siapa dalang disebalik pembunuhan Marina? 🤫 Siapa yg tak pernah tengok lagi filem seram klasik RAHSIA 1987 korang boleh layan sekarang di On Demand & Astro GO! Filem RAHSIA Akan Datang Di Pawagam Mulai 10 Ogos 2023. Dia Takkan Pergi. #Rahsia2023" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  2. ^ ""I'M GOING TO DIRECT YOUR OLD MOVIE, RAHSIA" - ReelTalk Bersama Barisan Pelakon Rahsia 1987". YouTube. Astro Shaw. Dicapai pada 12 Ogos 2023.

Pautan luar sunting