Ranjau Sepanjang Jalan (filem)

(Dilencongkan dari Filem Ranjau Sepanjang Jalan)

Filem Ranjau Sepanjang Jalan merupakan sebuah filem drama dari Malaysia 1983 arahan Jamil Sulong serta dibintangi Sarimah, Ahmad Mahmud dan ramai lagi. Ia merupakan adaptasi daripada novel berjudul sama karya Shahnon Ahmad.

Ranjau Sepanjang Jalan
Poster Filem Ranjau Sepanjang Jalan.
PengarahJamil Sulong
PenulisShahnon Ahmad
DibintangiSarimah
Ahmad Mahmud
SinematografiJohari Ibrahim
Disunting olehJohari Ibrahim
Mariam Ibrahim
Muzik olehOoi Eow Jin
Tarikh tayangan
  • 27 Oktober 1983 (1983-10-27) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Ranjau Sepanjang Jalan kemudiannya telah mencetus ilham bagi sebuah syarikat pengeluar filem Kemboja-Perancis bagi menghasilkan filem Rice People / Neak Srey (1994), yang diarah oleh pengarah Kemboja Rithy Panh. Dalam filem itu kisah dipindahkan pada latar Kemboja semasa era selepas Khmer Rouge.[1]

Pengarah sunting

Filem Ranjau Sepanjang Jalan diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1983.[2]

Sinopsis sunting

Filem Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan mengenai penderitaan satu keluarga pesawah tradisional yang menolak arus kemodenan dan berdepan dengan bencana alam dan musuh-musuh perosak hasil tanaman padi mereka. Watak utama Lahuma dilakonkan oleh Ahmad Mahmud (Allahyarham) dan watak isterinya, Jeha dilakonkan oleh Sarimah (Datuk).

Pelakon sunting

Anugerah dan pencapaian sunting

  1. Festival Filem Malaysia ke-4, 1983
    1. Memenangi Filem Terbaik - Kamarul Ariffin & Sarimah
    2. Lakonlayar Terbaik - Jamil Sulong
    3. Jurukamera Terbaik - Johari Ibrahim
    4. Penataan Seni Terbaik - Esa Ahmad & Noraldin
    5. Anugerah Khas Juri - Ooi Eow Jin (muzik tema yang berkesan)
  2. Festival Filem Asia Pasifik ke-28, 1983 (Taipei)
    1. Cerita Luar Bandar Terbaik -
  3. Festival Filem Tokyo (Jepun).
  4. Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-3, 1992 (Korea Utara).
  5. Festival Filem Asia Pasifik ke-44, 1999 (Bangkok).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting