Ringgit Kasorrga

(Dilencongkan daripada Filem Ringgit Kasorrga)

Ringgit Kasorrga ialah sebuah filem drama jenayah Malaysia 1995 yang ditayangkan pada 4 Mac 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Shuhaimi Baba.

Ringgit Kasorrga
PengarahShuhaimi Baba
PenulisShuhaimi Baba
Lakon layarShuhaimi Baba
Dihasilkan olehShuhaimi Baba
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehKamarudin Abu
Muzik olehRazman Mohd Nor
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 4 Mac 1995 (1995-03-04) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.40 juta

Sinopsis

sunting

Pulau Kasorrga ialah sebuah pulau yang menjadi destinasi ramai orang mewah dan dimiliki Syarikat Kasorrga, yang diketuai oleh Sam. Di sini ramai gadis dipergunakan sebagai social escort buat orang-orang kaya. Kejadian tanpa sedar kerana mabuk menyebabkan seorang daripada gadis tersebut terbunuh.

Nina pulang ke kampungnya di Riuh setelah bekerja dalam sektor hospitaliti di Langkawi. Dia dijemput oleh Pak Tehnya yang merupakan pengurus bangsal milik Dato' Shah, wakil rakyat kawasan Nina. Pak Teh juga ingin bertanding dalam pilihan raya dengan bantuan kewangan Dato' Shah. Dia juga bertemu dengan abangnya Mat yang sedang berlatih tarian kuda kepang bersama rakan kolejnya Khal. Khal bekerja untuk Blaze, sebuah syarikat modelling. Dia menawarkan peluang pekerjaan kepada Nina sebagai penyambut tetamu. Latihan kuda kepang itu bertujuan untuk menyambut kehadiran Dato Shah.

Meera merupakan pemilik Blaze. Dia mempunyai hubungan sulit bersama Dato' Shah. Tanpa pengetahuannya, waktu intimnya bersama Dato' Shah sedang dirakam. Dia juga marah terhadap Dato' Shah yang masih tidak menceraikan isterinya serta melarangnya menghubungi Dato' sama sekali. Mereka hanya bertemu apabila Dato' memanggilnya.

Sham, seorang pekerja Blaze menawarkan peluang kepada Nina untuk berlakon di Pulau Kasorrga. Dia memujuknya dengan menggunakan keadaan kewangan Blaze yang makin merosot. Pada masa yang sama, Khal dan Meera mula menjalinkan hubungan.

Dato' Shah ingin bertemu dengan Nina untuk memberikan pinjaman wang untuk kempen Pak Teh. Dia mendedahkan kemiangannya dengan memegang tangan Nina dan membuat komen dengan badan Nina. Dia juga mengajak Nina berintim tetapi ditolak oleh Nina. Nina tiba di kapal menuju ke Kasorrga dan membincangkan soal wang pemberian, namun dia sangsi apabila tiada maklumat sahih tentang "filem" yang patut dibintanginya. Setelah meluangkan beberapa hari di atas pulau tersebut, dia datang kepada konklusi bahawa Blaze telah melacurkan bakatnya kepada orang syarikat Kasorrga. Dia bergegas kembali dan memarahi Meera dengan Khal.

Meera tiba di apartmen kongsinya dengan Dato' Shah. Oleh sebab Dato' tidak berada di situ, dia membelek barangan di dalam bilik itu. Dia menemui pita video rakaman yang dilakukan. Dia segera ke pejabat Dato Shah untuk menamatkan hubungan mereka. Malam itu kuncu Dato' tiba untuk menawarkan wang kepada Meera sebagai pampasan untuk memulangkan pita-pita itu. Dalam pergelutan, Meera ditembak dan ditetak. Khal menemui mayat Meera. Dia dan Nina melawat Sham untuk cuba mencungkil maklumat; Sham enggan memberitahu apa-apa kerana gerun untuk nyawanya. Khal dan Nina pergi pula ke pejabat Blaze tetapi melihat bahawa ada yang menyepahkannya. Mereka sekali lagi bertembung dengan Sham di situ. Sham menyerahkan bungkusan kepada Khal daripada Meera. Rupa-rupanya ada satu lagi pita yang tidak dapat ditemui oleh orang-orang Dato' Shah.

Mereka berdua bersama dengan Mat menonton isi pita tersebut. Mereka bergegas untuk mendapatkan salinan. Mereka diekori orang Dato' Shah. Semuanya terlibat dalam kemalangan yang membunuh orang Dato' dan mencederakan Mat. Mat memberitahu Pak Teh tentang keadaan yang berlaku. Pak Teh cuba menghebahkannya kepada penduduk Riuh tetapi dihentikan oleh Dato' Shah. Dalam pertemuan peribadi, Mat menggesa Dato' Shah untuk meletakkan jawatan. Dato' Shah bersetuju berbuat demikian jika pita itu dimusnahkan. Beliau diberkas oleh polis. Bangsal dan kawasan Riuh dimusnahkan untuk dijadikan tapak kondominium mewah. Dato' Shah menjadi saksi pendakwa menentang Kasorrga setelah membongkarkan rahsia mereka.

Nina menjadi pengurus restoran Pak Teh yang baharu. Khal tiba untuk cuba menuntut keadilan dan diberikan pita itu oleh Nina. Apabila mereka berjalan di pantai dan menyedari bahawa penghebahan pita tersebut hany aakan menyebabkan wanita dalam tayangan itu ditindas dan dicemuh, mereka mengambil keputusan untuk memusnahkan pita tersebut.

Pelakon

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-12 Pelakon Wanita Terbaik Tiara Jacquelina Menang

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting