Sayang Salmah

(Dilencongkan dari Filem Sayang Salmah)

Sayang Salmah ialah sebuah filem drama Malaysia 1995 arahan dan skrip oleh Mahadi J. Murat.[2][3] Dibintangi oleh Sidi Oraza, Azhar Sulaiman dan Norish Karman, filem ini berdasarkan daripada kisah benar yang berlatarbelakangkan zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu sekitar tahun 1955 hingga 1960.[4][5] Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 1995 dan turut mewakili Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Sidi Oraza yang turut menang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-12.

Sayang Salmah
Poster keluaran tayangan
PengarahMahadi J. Murat
PenulisMahadi J. Murat
Dihasilkan olehMahadi J. Murat
Dibintangi
SinematografiRashidi Maidin
Disunting olehMahadi J. Murat
Muzik olehAdnan Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
31 Ogos 1995[1]
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.6 juta
Pecah panggungRM1.1 juta

Plot sunting

Filem ini berlatar belakangkan kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun 1955-1960 yang cuba mengungkapkan erti cinta pada bangsa dan negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara yang relevan dengan falsafah kepimpinan hari ini. Keadaan ini diungkapkan menerusi keluarga Encik Jabar (Jalaluddin Hassan) dan isterinya Dasimah (Fauziah Nawi) dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan (Sidi Oraza) dan Salleh (Azhar Sulaiman).

Hassan bergiat aktif dalam bidang politik, malangnya kegagalan dalam bidang politik dan kematian ayahnya membuatkan Hassan menjadi hilang akal dan menghidap sindrom skizofrenia. Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah, berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah (Norish Karman).

Mereka akhirnya berkahwin dan Hassan semakin terabai apabila Salleh dan Salmah berpindah ke rumah lain, dan Dasimah pula semakin tenat setelah kakinya tertusuk sembilu buluh. Keadaan bertambah meruncing apabila Hassan diketepikan oleh Salleh dan Salmah setelah Dasimah meninggal dunia. Hassan mengamuk dan menceroboh masuk ke rumah Salleh kerana kelaparan.

Tetapi Salmah yang keseorangan di dalam rumah tidak memahami keadaan Hassan. Dia sengaja membuat provokasi terhadap Hassan menyebabkan Salmah dicederakan sehingga pengsan. Salleh yang baharu sahaja dipukul kerana kalah dalam perjudian telah tersalah faham tentang tingkah laku Hassan yang memukul isterinya.

Akhirnya Hassan ditangkap oleh pihak polis. Beberapa tahun kemudian, Salleh dan Salmah bersama anak mereka datang melawat Hassan yang kini berada di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, Malaysia. Salmah mulai menerima Hassan sebagai sebahagian dari keluarganya.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Sayang Salmah diarahkan oleh Mahadi J. Murat dan merupakan filem ketiga arahannya selepas Roda-Roda (1985) dan Wanita Bertudung Hitam (1992). Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip, penerbit dan penyunting.[6] Ia juga merupakan filem pertama lakonan pelakon kelahiran Singapura, Norish Karman yang merupakan pemenang New Face of the Year anjuran akhbar The New Paper.[7][8][9] Norish bersetuju untuk membintangi filem ini selepas lima kali berbincang dengan Mahadi,[10] dan menganggap filem itu banyak mengajarnya menjadi seorang yang lebih tabah, sabar dan berdisiplin.[11] Watak Salmah dalam filem ini pada mulanya ditawarkan kepada Sofea Jane, namun beliau diberikan watak sebagai Hamidah kerana komitmen lain. Watak itu kemudian diberikan kepada Norish.[12] Sidi Oraza memegang watak sebagai Hassan, seorang penghidap skizofrenia. Sidi mengakui, melakonkan watak pesakit skizofrenia sedikit sebanyak memberi pengalaman baharu buatnya.[13]

Jalil Hamid pada mulanya bersetuju untuk membintangi filem ini, kemudian tercicir daripada senarai pelakon filem ini walaupun sebelum penggambaran, beliau sudah diberi skrip dan menjalani latihan.[14] Penggambaran dijalankan pada September 1994 di sekitar kawasan Bakri, Muar, Johor dan dibantu oleh ahli-ahli UMNO kawasan Bakri, Muar dan penduduk-penduduk di Taman Kenangan Tun Dr. Ismail di Sungai Jeram, Bakri, Muar, Johor.[15] Hampir semua pelakon utama filem ini telah 'dikurung' selama sebulan bagi memastikan penggambaran berjalan dengan lancar.[16]

Keluaran dan sambutan sunting

Sayang Salmah dikeluarkan pada 31 Ogos 1995 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-38.[17][18] Ia telah disifatkan oleh ramai pengkritik filem sebagai "filem Melayu terbaik pernah diterbitkan setakat ini".[19]

Hartati Hassan Basri dari Harian Metro menyatakan kepujiannya terhadap filem ini dan menulis bahawa ia ialah sebuah "karya yang penuh dengan falsafah mengenai kehidupan masyarakat hari ini biarpun kisahnya digambarkan pada zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu".[20] Pengarah dan pengkritik filem, Amir Muhammad menyatakan kepujiannya terhadap filem ini dan menyifatkannya sebagai "filem 'wow'" sambil menulis: "begitu banyak penjagaan telah dicurahkan ke atasnya, dimanifestasikan khususnya oleh arahan seni, sinematografi dan komposisi gambaran".[19]

Filem ini telah dipertontonkan buat pertama kali di British Council pada 28 Oktober 1995,[21] kemudian diikuti oleh majlis apresiasi filem ini yang diadakan pada 23 November 1995 di Dataran Karyawan, Hulu Kelang.[22] Pada April 1996, Sayang Salmah dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura (SIFF) ke-9, dengan tiket untuk tayangannya habis dijual pada hari perasmiannya.[23][24]

Pencapaian sunting

Majlis Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Skrin 1996[25] Filem Terbaik Perkasa Filem Sdn. Bhd Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Azhar Sulaiman Menang
Festival Filem Malaysia ke-12 Filem Terbaik Perkasa Filem Sdn. Bhd Menang
Pengarah Terbaik Dr Mahadi J Murat Menang
Lakon Layar Terbaik Menang
Lakon Layar Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Sidi Oraza Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Fauziah Nawi Menang
Poster Terbaik Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-41, 1996 (Auckland, New Zealand) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sidi Oraza Menang
Festival Filem Dunia Kuala Lumpur, 1996 Filem Tema Kemanusiaan Terbaik Dr Mahadi J Murat Menang

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h "Catatan penerbitan Sayang Salmah". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 2009-11-01.
  2. ^ Oda (23 April 1995). "Sayang Salmah 'filem kita'". Berita Minggu. Dicapai pada 20 April 2021.
  3. ^ Mokhtar Alias (13 Oktober 1996). "Perkasa Film dedah kekuatan Sayang Salmah". Berita Minggu. Dicapai pada 22 April 2021.
  4. ^ Azman Samsuddin (25 September 1994). "Sayang Salmah kisah benar perempuan joget". Berita Minggu. Dicapai pada 20 April 2021.
  5. ^ "What a show!" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 30 Ogos 1995. Dicapai pada 20 April 2021.
  6. ^ Zainal Alam Kadir (30 September 1994). "Taking on the period movie challenge" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 20 April 2021.
  7. ^ "Mahadi pilih Noris Karman". Berita Harian. 22 September 1994. Dicapai pada 20 April 2021.
  8. ^ Azman Samsuddin (2 Oktober 1994). "Cabaran Norish sebagai perempuan joget". Berita Minggu. Dicapai pada 20 April 2021.
  9. ^ "Norish gives her 'pound of flesh' to acting" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 3 November 1994. Dicapai pada 20 April 2021.
  10. ^ Adam Salleh (23 September 1994). "Norish setuju selepas lima kali bincang". Harian Metro. Dicapai pada 20 April 2021.
  11. ^ "Norish akur arahan Mahadi". Berita Harian. 29 Oktober 1994. Dicapai pada 20 April 2021.
  12. ^ "Surprise choice" (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. 24 September 1995. Dicapai pada 21 April 2021.
  13. ^ Marina Abdul Ghani (24 Ogos 1995). "'Schizo' Sidi shines" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 April 2021.
  14. ^ "Jalil Hamid tidak kecil hati nama tercicir". Berita Harian. 11 November 1994. Dicapai pada 20 April 2021.
  15. ^ Zainuri Misfar (27 Ogos 1994). "Sayang Salmah perlukan pelakon utama". Berita Harian. Dicapai pada 20 April 2021.
  16. ^ Zainuri Misfar (29 September 1994). "Pelakon Sayang Salmah dikurung". Berita Harian. Dicapai pada 20 April 2021.
  17. ^ "Sayang Salmah to be screened on Aug 31" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 7 Ogos 1995. Dicapai pada 20 April 2021.
  18. ^ "Alahai penonton Sayang Salmah". Metro Ahad. 3 September 1995. Dicapai pada 21 April 2021.
  19. ^ a b Amir Muhammad (9 September 1995). "Most beautiful Malay movie produced so far" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 April 2021.
  20. ^ Hartati Hassan Basri (22 Ogos 1995). "Sayang Salmah penuh simbolik". Harian Metro. Dicapai pada 20 April 2021.
  21. ^ Ainul Zaharah (28 Oktober 1995). "Sayang Salmah at the British Council" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 April 2022.
  22. ^ "Apresiasi Sayang Salmah". Harian Metro. 21 November 1995. Dicapai pada 21 April 2021.
  23. ^ Norliza Abdullah (6 April 1996). "Sayang Salmah laris di Singapura". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2021.
  24. ^ Zainal Alam Kadir (29 Mac 1996). "'Sayang Salmah' for Singapore film festival" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 April 2021.
  25. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 2009-11-01.

Pautan luar sunting