Sekali Lagi (filem)
Sekali Lagi merupakan filem drama romantik Malaysia 2011. Filem sulung arahan Hashim Rejab ini menampilkan Shaheizy Sam, Lisa Surihani, dan adik Mia Sara Nasuha sebagai pelakon utama filem ini. Ini merupakan filem pertama Hashim sebagai pengarah filem setelah mengarah drama televisyen dan ditayangkan pada 30 Jun 2011.
Sekali Lagi | |
---|---|
Pengarah | Hashim Rejab |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | Shaheizy Sam Lisa Surihani Bront Palarae Mia Sara Nasuha |
Tarikh tayangan | 30 Jun 2011 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.5 juta[1] |
Pecah panggung | RM 2.4 juta |
Plot
suntingSelama ini, Arman percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.
Mujurlah, Amy, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.
Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Shaheizy Sam sebagai Arman
- Lisa Surihani sebagai Sheila
- Mia Sara Nasuha sebagai Amy
- Bront Palarae sebagai Haris
- Alex Yanz sebagai Jimmy
- Kartina Aziz sebagai Puan Suria
- Shasha Zurazie sebagai Farina
Penampilan khas
sunting- Ana Dahlia sebagai Ikin
- Bob Lokman sebagai Bapa Sheila
- Zul Handy Black sebagai Bapa saudara Sheila
Penerbitan
suntingSekali Lagi merupakan filem ke-48 terbitan Metrowealth Movies Production dan yang pertama arahan Hashim Rejab.[2] Filem ini buat julung kalinya menggandingkan pelakon popular, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam.[2] Turut memantapkan filem ini menerusi kemunculan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang popular menerusi drama Adamaya dan Epilog Syurga Cinta.[2] Menurut Hashim, selain pembabitan pelakon popular, salah satu kelebihan yang akan ditonjolkan dalam filem yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 27 September ini adalah dari sudut sinematografi. Beliau berkata:
"Apabila menerima tanggungjawab sebagai pengarah filem, saya rasa gementar, takut dan risau. Tetapi saya telah melakukan persediaan dari segi rujukan bagi menampilkan cerita cinta dari sudut yang berbeza kerana ia menceritakan kisah cinta antara seorang yang percaya dirinya pengidap autisme dan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal. Skrip cetusan panel MIG itu saya olah semula bagi sesuaikan dengan karakter setiap pelakon. Saya yakin dengan kebolehan Mohd Noor Kassim sebagai pengarah fotografi filem Sekali Lagi…, kerana dia pernah menjadi pengarah fotografi filem Magika, Cinta dan Sepi,"[2]
Secara umumnya, Hashim akui filem melibatkan pesakit autisme dan lelaki cacat pernah ditonton menerusi beberapa filem Melayu dan luar negara seperti Melati Putih, Forrest Gump dan My Name Is Khan.[2]
Keluaran dan sambutan
suntingSekali Lagi ditayangkan pada 30 Jun 2011 dan meraih kutipan kasar sebanyak RM2.4 juta semasa tayangannya.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
- ^ a b c d e Siti Azira Abd. Aziz (27 September 2010). "Sekali lagi filem pertama gandingan Lisa-Sam". MSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 13 April 2014.