Buka menu utama

Filem Siapa Besar merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang masih merupakan sebahagian dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1964. Filem Siapa Besar diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Siapa Besar
PengarahOmar Rojik
PenerbitRun Run Shaw
Dibintangi olehAziz Sattar, Normadiah, Ahmad Daud, Udo Omar, Hafsah, Zaiton
SinematografiHitam-putih
PengedarMalay Film Productions Ltd
Mula ditayangkan
1964
Negara Singapura  Malaysia
BahasaBahasa Melayu

PengarahSunting

Filem ini telah diarahkan oleh pengarah Omar Rojik

RingkasanSunting

Mengesahkan pertandingan dua keluarga berjiran siapa yang lebih kaya dan bermampu. Mula mula mereka bertanding membuat tembok yang tebal, kemudian pertandingan siapa yang dapat membeli barang mahal. Keluarga Busu mempunyai anak perempuan, Maznah Senget, dimana ibunya adalah isteri kelima Busu. Keluarga Hitam dan Permaisuri ada anak lelaki bernama Jamal Kuntum. Jamal dan Maznah bercinta dengan sulit. Sharipah membeli radiogram yang besar untuk menunjukan kelebihan kemampuan. Apabila Permaisuri tahu jirannya ada radiogram yang besar bunyi, dia membeli satu set drum untuk membuat bunyi yang lebih bising. Apabila kedua-dua anak keluarga datang ke Singapura dari luar negeri, Sharipah menyewa satu kereta besar untuk menyambut kedatangan Maznah. Permaisuri pula menyewa satu kenderaan yang lebih besar dari kereta disewa keluarga Busu. Keluarga Hitam menyewa lori untuk menyambut Jamal. Lama-kelamaan Jamal dan Maznah mengetahui mereka berjiran dan ibu bapa masing-masing adalah bermusuhan. Pada suatu hari, Busu telah bosan dengan permintaan isterinya, Sharipah dan sampai tahap dimana Busu tak tahan lagi dan dia menembak isterinya. Busu memanggil Hitam dengan mengatakan dia berani sampai menembak isterinya. Busu pun tidak mau kalah dengan keberanian Hitam dan ikut juga dengan menembak Sharipah. Tetapi tembakan mereka tidak membunuh isteri masing masing. Selepas itu Busu dan Hitam berjanji untuk berdamai. Kemudian, isteri masing-masing menembak suami masing-masing. Tembakan tidak membunuh kerana tembakan guna peluru kapur. Pada hujung cereta, Jamal dan Maznah telah disetujui oleh kedua-dua keluarga untuk berkahwin.

PelakonSunting

  • Zaiton sebagai Maznah Senget
  • Normadiah sebagai Sharipah, isteri kesepuluh si Busu
  • Aziz Satar sebagai Busu bin Tengkorak Raja bin Babu Telor Penyu
  • Habsah sebagai Permaisuri
  • Udo Omar sebagai Hitam bin Tahi Besi bin Marican Ketol Arang
  • Ahmad Daud sebagai Jamal Kuntum
  • S. Shamsudin sebagai Pak Khatib JP, Tuan rumah sewa
  • Ibrahim Pendek sebagai Jiran 1
  • Ahmad C sebagai Jiran 2
  • HM Busra sebagai Jiran 3
  • Aini Jasmin sebagai Gajah, isteri Pak Khatib
  • Nyong Ismail sebagai Drebar kereta sewa
  • Ahmad Sabri sebagai Pegawai Penjara
  • Ahmad Nisfu sebagai Posmen (Tiada Kredit Nama)

LaguSunting


Pautan luarSunting