Buka menu utama

Singapura Dilanggar Todak (filem)

Filem Singapura Dilanggar Todak merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1961. Filem Singapura Dilanggar Todak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Singapura Dilanggar Todak
FilemSingapuraDiLanggarTodak.jpg
PengarahOmar Rojik
PenerbitMalay Film Productions Ltd
Dibintangi olehAziz Jaafar, Hashimah Yon, M. Zain, Shariff Dol, Bad Latiff
SinematografiHitam-putih
Mula ditayangkan
1961
NegaraSingapura
BahasaBahasa Melayu

PengarahSunting

Filem Singapura Dilanggar Todak diarah oleh pengarah Omar Rojik pada tahun 1961.

RingkasanSunting

Filem ini berdasarkan cerita dongeng orang-orang Singapura. Tun Jana Khatib (Haji Mahadi) yang berasal dari kerajaan Pasai datang ke negara Singapura untuk berdakwah dan berdagang. Tetapi, kehadirannya tidak disukai pembesar di Singapura. Maka, Tun Jana Khatib telah difitnah. Raja Singapura telah murka lalu menjatuhkan hukuman ke atas 2 orang pengikut kanan Tun Jana Khatib. Selepas Tun Jana Khatib ditikam dengan sebilah keris, tidak lama kemudian ribut petir melanda Singapura dengan suara-suara menggelegar kuat dari langit. Orang-orang yang menyaksikan kejadian tersebut berlarian menyelamatkan diri dan mencari tahu apa yang terjadi dan didapati jasad Tun Jana Khatib telah ghaib dan keadaan ini membuatkan orang-orang yang menyaksikan pembunuhan itu mengatakan Tun Jana Khatib berpuaka. Tun Jana Khatib meninggal dunia di atas perahu akibat kecederaan tersebut. Perahu tersebut sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Pasai.

Selang beberapa hari kemudian, beberapa orang nelayan di Singapura telah terkorban kerana serangan ikan todak menyerang dari pantai ke daratan. Serangan ini menggusarkan keadaan di persisiran pantai di Singapura. Raja (Shariff Dol) dan pembesar istana telah pergi menyaksikan apa yang terjadi di kawasan pantai. Dengan tiba-tiba, seekor ikan todak telah menikam bahu kanan Raja. Raja kebingungan lalu meminta cadangan dan nasihat apakah penyelesaiannya. Datuk Temenggong (S. Kadarisman) mencadangkan agar digunakan tubuh manusia sebagai kubu pertahanan daripada serangan todak. Raja tidak berpuas hati dengan cadangan itu. Tiba-tiba Hang Nadim (Bad Latiff) bersuara untuk mencurahkan ideanya kepada Raja. Hang Nadim merupakan anakanda lelaki kepada Datuk Biduanda (Kemat Hassan). Hang Nadim mencadangkan agar menggunakan seberapa banyak batang pokok pisang untuk digunakan sebagai kubu terhadap serangan todak tersebut. Maka, rakyat jelata dengan bertungkus-lumus terus membina kubu pertahanan menggunakan batang pokok pisang sehingga serangan todak berakhir. Raja sangat berpuas hati atas pertolongan Hang Nadim yang telah menyelamatkan dirinya dan Singapura daripada bencana tersebut. Raja ingin menganugerahkan cenderamata kepada Hang Nadim, tetapi tidak dipersetujui oleh Datuk Temenggong.

Datuk Temenggong terus-menerus menghasut Raja sehingga Raja termakan hasutannya. Hal ini kerana Raja ketika itu tidak mempunyai pendirian. Datuk Temenggong menghasut dengan mengatakan bahawa dengan kebijaksanaan Hang Nadim pada usia yang sekecil itu, apabila dewasa kelak dia akan menjual negara Singapura kelak dengan tipu helahnya yang licik. Dek kerana termakan hasutan tersebut, Raja telah murka lalu menitahkan agar Hang Nadim ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Hang Nadim dijatuhkan hukuman dengan badannya dicampakkan ke dalam laut dengan badannya berikat dengan batu yang berat. Hang Nadim mati kelemasan di dasar laut. Datuk Biduanda sedih dan berang lalu dia pergi ke rumah Datuk Temenggong lantas dibunuhnya Datuk Temenggong. Perkara ini disaksikan oleh anakanda Datuk Temenggong iaitu Jelatan (Kuswadinata). Maka, Datuk Biduanda telah dibunuhnya. Anak Datuk Temenggong tidak berpuas hati lalu dia pergi ke rumah Datuk Biduanda untuk membunuh waris Datuk Biduanda. Setibanya di rumah Datuk Biduanda, 2 orang Pasai iaitu Agam (lakonan Aziz Jaafar dan Naka Ahmad C) sudah bersedia untuk membunuh anak Datuk Temenggong. Tetapi, hanya seorang sahaja yang terselamat. Manakala Puspa (Hashimah Yon) dan balu Datuk Biduanda (Saamah) yang terselamat telah diajak untuk berpindah dari Singapura ke Pasai pada malam tersebut.

PelakonSunting

LaguSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting