Suratan Kasih (filem)

(Dilencongkan dari Filem Suratan Kasih)

Suratan Kasih ialah sebuah filem romantik ngeri psikologi Malaysia 1996 yang diterbitkan pada tarikh 21 Februari 1996 . Filem ini telah diarahkan oleh Zulkifli M. Osman. Filem Suratan Kasih diterbitkan dalam bentuk filem berwarna.

Suratan Kasih
Filem Suratan Kasih yang dikeluarkan dalam bentuk cakera padat
PengarahZulkifli M. Osman
PenulisAnuar Idris (Cerita Asal)
Lakon layarZulkifli M. Osman
Dihasilkan olehV. Nagaraj
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
SV Production
Tarikh tayangan
  • 21 Februari 1996 (1996-02-21) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Sunny mengalami tekanan jiwa apabila mengalami melihat ibunya yang berzina dibunuh oleh ayahnya. Setelah dewasa, dia menjadi seorang komposer dan melakukan pembunuhan ke atas beberapa penyanyi. Suatu hari, Sunny terserempak dengan artis didikannya. Nastasya berpelukan dengan seorang lelaki tua dianggap sebagai ‘sugar daddy’.

Pelakon sunting

  • Jamal Abdillah sebagai Sunny / Said Helmi, seorang pengubah lagu dan pembunuh bersiri ke atas penyanyi yang bekerja dengannya termasuk Natasha
  • Sofia Jane sebagai Natasha Syukri,Anak orang kenamaan yang ingin menjadi penyanyi kemudian dipelawa oleh Sunny. Sofia juga menyanyikan salah satu lagu untuk filem ini
  • Jalaluddin Hassan sebagai Encik Syukri, Bapa Natasha yang menetap di Hong Kong untuk menguruskan perniagaan
  • Osman Zailani sebagai Ibrahim, Bapa Sunny yang mengalami gangguan mental selepas membunuh isterinya kemudian lumpuh ketika cuba melarikan diri dari tahanan
  • M. Rajoli sebagai Rahman Ali, Pemilik syarikat rakaman dan rakan Sunny
  • Sidi Oraza sebagai Inspektor Johan, Pegawai penyiasat yang ditugaskan menyiasat kes pembunuhan bersiri dilakukan oleh Sunny
  • Khairil Anwar Aman sebagai Inspektor Anwar, Penolong penyiasat Inspektor Johan
  • Aida Aris sebagai Aleeza, Kawan Natasha
  • Zaidi Rock sebagai Mamat, Orang gaji kepada Ibrahim dan Sunny yang juga saksi pembunuhan
  • Accapan sebagai Accapan
  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Samad
  • Dol Baser sebagai Penyiasat persendirian
  • Azman Hassan sebagai Ibrahim Muda
  • Rawi Ms sebagai Rasul, Bapa saudara kepada Natasha dan adik kepada Encik Syukri

Lagu Tema sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting