The Red Kebaya

(Dilencongkan dari Filem The Red Kebaya)

The Red Kebaya adalah sebuah filem Malaysia yang dibintangi oleh pelakon Malaysia serta antarabangsa. Ia diarahkan oleh Oliver Knott dan ditayangkan di pada 23 November 2006.

The Red Kebaya
PengarahOliver Knott
PenulisOliver Knott
Ramli Hassan
Dihasilkan olehRamli Hassan
Andre Berly
DibintangiRamli Hassan
Vanida Imran
Samantha Schubert
Bob Mercer
Zahim Albakri
Paula Malai Ali
Elaine Daly
Jo Kukathas
Patrick Teoh
Fauziah Nawi
Mohd Afif Abdul Hapip
Tarikh tayangan
  • 23 November 2006 (2006-11-23) (Malaysia)
Negara Malaysia
BahasaInggeris

Filem ini memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-20 yang berlangsung di Pulau Pinang: Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik, Anugerah Pereka Kostum/ Busana dan Anugerah Poster Terbaik.

Sinopsis sunting

Latiff, seorang fotografer yang yatim piatu dan selalu selalu bersendirian , menjelajah dalam satu pencarian menangkap gambar rumah-rumah yang telah tidak didiami lagi seluruh Malaysia. Dalam pencariannya dia telah diihantui oleh gambar dan suara-suara yang mengingatkannya pada zaman kanak-kanak beliau yang cukup traumatic. Tetapi di suatu rumah yang terletak di Penang telah membawanya kembali 50 tahun dahulu yang memberikan beliau menyaksikan segala peristiwa yang mengejutkan berlaku didalam rumah tersebut.


Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon tambahan sunting

Krew Produksi sunting

  • Penerbit: Andre Berly and Ramli Hassan
  • Muzik Asal: Abbs Abdali
  • Sinematografi: Raja Mukhriz Raja Ahmad
  • Editor: Kate James
  • Juru Bunyi: Vincent Poon and Alex Thong
  • Kesan Khas: Jamie Hediger and Michelle Hunt
  • Penerbit Digital: Jonathan Dixon

Produksi sunting

Penggambaran utama mengambil masa 35 hari, penggambaran dilakukan sepenuhnya di Malaysia. Pelakon Bob Mercer hanya mempunyai 3 minggu untuk mempelajari dan menghafal baris-baris dialognya dalam bahasa Melayu.

Pada awalnya para pemilik Cheong Fatt Tze Mansion keberatan untuk membenarkan tempat mereka digunakan bagi pengambaran. Tetapi selepas siri mesyuarat dan pujukan yang memberikan mereka pemahaman yang lebih baik mengenai konsep wayang, mereka akhirnya membenarkan kakitangan dan para pelakon ke dalam.

Belanjawan filem dianggarkan RM1.5 juta.

Anugerah dan pencalonan sunting

Festival Filem Malaysia Ke-20(2007)

  • Filem Terbaik
  • Pelakon wanita terbaik - Vanida Imran (WON)
  • Pelakon lelaki terbaik - Ramli Hassan
  • Pelakon lelaki terbaik dalam sebuah Watak Sokongan - Zahim Albakri
  • Pelakon wanita terbaik dalam sebuah Watak Sokongan - Samantha Schubert
  • Kesan Nada Terbaik - Addaudio Ex. (WON)
  • Kostum Terbaik - Shamsu Yusof (WON)
  • Poster Terbaik (WON)
  • Sinematografi Terbaik - Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
  • Skor Muzik Asal Terbaik - S. Atan
  • Lagu Tema Asal Terbaik- S. Atan

Pautan Luar sunting