Udang Di Sebalik Batu (filem)

(Dilencongkan dari Filem Udang Di Sebalik Batu)

Filem Udang Di Sebalik Batu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Udang Di Sebalik Batu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Udang Di Sebalik Batu
PengarahHussein Haniff
DibintangiAhmad Othman
Roseyatimah
Mustapha Maarof
Suraya Harun
SinematografiHitam Putih
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1966
Masa tayangan
110 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem Udang Di Sebalik Batu diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1966.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan Darwish (Ayah Suria) tidak merestui perhubungan anaknya Suria dengan Badai. Dia percaya yang Badai menipunya dengan menyamar sebagai Datuk Muda Pangeran Badai, anak Datuk Syahbandar Tun Nila Indera yang berkhidmat di Istana Teratai. Selain itu dia beranggapan Badai hanya ingin mengambil kesempatan pada anaknya. Ayah Suria mahu menjodohkan anaknya dengan Aman, seorang pemuda yang baik, rajin dan bertanggungjawab.

Badai telah merancang untuk mengenakan Aman dengan memfitnahnya memecah masuk dan merompak barang kemas di rumah Suria. Aman telah dihukum dan di halau keluar dari kampung. Tanpa pengetahuan masyarakat kampung, Badai sebenarnya ketua perompak yang sering membuat kekecohan di kampung itu. Badai juga mempunya seorang perempuan simpanan iaitu Kembang seorang penari istana. Segala rahsia dan tipu helah Badai akhirnya terbongkar dan penduduk kampung terkejut Badai yang selama ini disangka baik dan mengambil berat rupa-rupanya Udang Di Sebalik Batu.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

  • M. Jatirata sebaga Darwish (Ayah Suria)
  • Rahmah Latiff sebaga Timah (Ibu Suria)
  • Ahmad Sabri sebaga Pak Awang
  • Yusof Latiff

Lagu sunting

Pautan luar sunting