Wira Angkasa

(Dilencongkan dari Filem Wira Angkasa)

Wira Angkasa merupakan sebuah filem aksi perang Malaysia 1987. Filem Wira Angkasa diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Wira Angkasa
PengarahAziz Jaafar
PenulisHamzah Hussain
Lakon layarAziz Jaafar
Dihasilkan olehJulie Dahlan
Dibintangi
Sinematografi
  • Johan Ibrahim
  • Jamal Maarif
Muzik olehPeter Lim
Tarikh tayangan
1987
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Wira Angkasa mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Sabree Fadzil, Dato' Yusof Haslam, Aznah Hamid, Noreen Noor dan ramai lagi.

Pengarah sunting

Filem Wira Angkasa diarah oleh pengarah Aziz Jaafar pada 1987.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan Iskandar Muhammad (Sabree Fadzil) yang merupakan anak seorang pesawah bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang juruterbang selepas tamat pengajian. Manakala Redzuan Mazlan adalah anak seorang jeneral bersara TUDM yang hidup bersosial. Ayahnya inginkan beliau mengikuti jejak langkahnya menyertai TUDM, namun ditolak Redzuan kerana beliau ingin kariernya sendiri dan sikapnya telah menyebabkan dia dan kakaknya berselisih faham. Redzuan juga mempunyai seorang teman wanita iaitu Norli (Noreen Noor), seorang penyanyi yang juga mempunyai sikap bersosial seperti teman lelakinya. Aini (Aznah Hamid), sepupu Iskandar menyimpan perasaan terhadap Iskandar, namun Iskandar menolaknya kerana beliau lebih menganggap Aini sebagai adiknya sendiri. Selepas kejadian kemalangan yang menyebabkan Redzuan mengubah pendiriannya dan mengikuti kemahuan ayahnya menyertai TUDM.

Semasa menyertai TUDM, Iskandar berkenalan dengan Redzuan. Norli berkenalan pula dengan Iskandar selepas menghadiri majlis tamat latihan pegawai-pegawai TUDM. Persahabatan antara Iskandar dan Redzuan yang pada mulanya erat tiba-tiba renggang akibat perselisihan faham berpunca daripada Redzuan mencintai Aini yang merupakan sepupu Iskandar. Kemudian berbaik semula selepas berlaku satu insiden di mana Iskandar hampir ditawan oleh sekumpulan pengganas yang melepaskan diri dari serangan udara TUDM. Beliau berjaya diselamatkan oleh Redzuan yang datang bersama anggota komando TUDM. Semasa dirawat di hospital tentera, Iskandar meluahkan hasratnya kepada ibunya untuk mengahwini Norli, manakala Redzuan merancang untuk mengahwini Aini.

Pelakon sunting

Lagu sunting

  • Wira Angkasa - Liza Aziz (lagu tema)
  • Kehadiranmu - Noreen Noor

Fakta sunting

  1. Lokasi penggambaran filem Wira Angkasa dilakukan di beberapa kawasan termasuk pengkalan TUDM antaranya Pusat Latihan Terbang (PULATIBANG) I di Kepala Batas, Alor Setar,PULATIBANG II Daerah Kluang, pengkalan udara TUDM Butterworth dan Kuala Lumpur serta Pulau Pinang
  2. Filem ini mempamerkan aset TUDM ketika itu seperti jet pejuang F-5E Tiger II,pesawat kargo C-130H,jet pejuang Skyhawk A4,dua helikopter utama iaitu Alloutte dan Nuri S-61 selain penampilan anggota Pasukan Khas Udara (dahulu dipanggil HANDAU)
  3. Puluhan warga TUDM yang menjayakan filem Wira Angkasa kebanyakan bersara ada yang masih meneruskan perkhidmatan atau meninggal dunia, antaranya Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Asghar Khan
  4. Wira Angkasa adalah filem ketenteraan udara pertama pada penghujung 80 an sebelum kemunculan genre serupa Air Force The Movie: Selagi Bernyawa pada tahun 2022

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting