Buka menu utama

Filem Yatim Piatu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Malaya pada tahun 1952. Filem Yatim Piatu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Yatim Piatu
PengarahB.S. Rajhans
PenerbitRun Run Shaw
(Malay Film Productions Ltd)
Dibintangi olehSaadiah, Yusof Latiff, Rokiah Jaafar
Muzik olehOsman Ahmad
SinematografiHitam-putih
PengedarShaw Brothers
Mula ditayangkan
1952
Tempoh tayangan
110 minit
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaBahasa Melayu

PengarahSunting

Filem Yatim Piatu diarah oleh pengarah B.S. Rajhans pada 1952.

RingkasanSunting

Mengisahkan Aminah (Saadiah), seorang gadis yang periang dan nakal. Aminah seorang anak yatim piatu. Rohana (Rokiah Jaafar) telah berkenalan dengan Aminah dan berjanji untuk mendidiknya supaya menjadi seorang manusia sejati. Peluang keemasan yang ditawarkan oleh Rohana tidak digunakan sepenuhnya oleh Aminah yang tetap dengan perangai asalnya. Perangai Aminah tidak disukai oleh Rohana. Dia lebih suka menyanyi dan tidak pandai mengemas rumah. Ayah Rohana (Harun Salleh) sanggup menggajikan orang gaji untuk memudahkan kerja Rohana dan Aminah. Tetapi Aminah dan Orang gajinya suka berfoya-foya di kelab malam. Anuar (Yusof Latiff) dan Harris (Daeng Harris) mengetahui perangai Aminah di kelab malam, tetapi Aminah telah memujuk agar perkara itu tidak diberitahu kepada Rohana.

Pada suatu hari, Aminah telah bergaduh dengan orang gajinya. Hal ini membuatkan Rohana tahu perkara sebenarnya dan punca mengapa mereka bergaduh sedangkan mereka berhubungan dengan baik selama ini. Aminah juga mempunyai masalah di sekolah. Kerja sekolahnya tidak pernah disiapkannya. Sekembalinya dari sekolah, orang gaji (Aini Jasmin) yang baru telah bekerja di rumahnya. Aminah sering berbohong kerana dia tidak mahu ke sekolah. Tetapi pembohongannya gagal lalu menyebabkan Rohana dan ayahnya kecewa terhadap Aminah.

Akhirnya keluarga Rohana terpaksa menghantar semula Aminah ke rumah anak yatim. Di sana, Aminah telah menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan daripada kemalangan motokar. Aminah diberikan pujian. Setelah kejadian itu, Aminah mulai insaf. Aminah menjadi pelajar yang baik di rumah anak yatim tersebut. Rohana dan ayahnya telah memberikan hadiah kepada Aminah lalu menjaganya semula. Akhirnya, kehidupan mereka bahagia.

PelakonSunting

LaguSunting

  • Yale Yale nyanyian asal Lena (lakonan Saadiah)
  • Seloka Gembira nyanyian asal R. Azmi dan Lena (pelakon filem Yatim Piatu)
  • Punchak Bahagia nyanyian asal R. Azmi dan Lena (lakonan Rokiah Jaafar dan Yusof Latiff)

Pautan luarSunting