Filemografi Erra Fazira

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia, Erra Fazira telah muncul dalam banyak kredit lakonan dan rancangan televisyen. Beliau membuat penampilan televisyen pertamanya pada usia 17 tahun dengan berkhidmat sebagai pengacara rancangan Temasya Aidilfitri (1991) dan membuat penampilan layar lebar pertamanya menerusi watak utama bersama Awie dan Ziana Zain dalam filem Sembilu (1994)[1][2] dan kesinambungannya yang ditayangkan pada 1995,[3][4] meraih kejayaan pecah panggung. Antara 1996 dan 1998, beliau muncul dalam beberapa filem yang mencapai kejayaan komersial, termasuk Tragedi Oktober (1996) dan Gemilang (1997). Kejayaan filem-filem ini menjadi penanda aras dalam kerjaya lakonan beliau, sekaligus menerima jolokan "Primadona Filem Melayu Alaf Baharu" dan menjadikan beliau sebagai antara pelakon wanita yang terlaris di pawagam Malaysia.

Erra Fazira pada 2015

Berikutan kejayaan ini, Erra kemudian membintangi dua filem yang menerima pengiktirafan kritis pada tahun 2000, iaitu memegang watak seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia dalam filem Pasrah (2000) yang berdasarkan dari kisah benar beliau;[5] dan watak jurujual yang bercinta dengan seorang pemuda berpendidikan tinggi dalam Soal Hati.[6] Menerusi filem Soal Hati lakonannya, beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 dan Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 2001. Beliau paling dikenali menerusi gandingan hebatnya bersama Rosyam Nor menerusi beberapa filem, seperti Gerak Khas The Movie (2001), Janji Diana (2003), KL Menjerit 1 (2005) dan Castello (2006). Selain itu, beliau juga dikenali menerusi gandingannya bersama bekas suaminya, Yusry Abdul Halim menerusi filem Mr. Cinderella (2002), Cinta Kolestrol (2003) dan Hingga Hujung Nyawa (2004). Menerusi persembahannya dalam Hingga Hujung Nyawa, Erra memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18. Beliau membuat penampilan sulungnya di Hollywood apabila digandingkan bersama Christopher Atkins dalam filem Hidden yang menjalani penggambaran pada 2007 dan ditayangkan pada 2011. Dalam filem ini, beliau memegang watak seorang wanita yang bimbang melihat tumbesaran anak lelakinya, yang tidak seperti kanak-kanak lain.[7][8][9]

Beliau terus menguasai industri perfileman dengan filem-filem lakonannya yang lain termasuk Longkai (2013), Warna Cinta Impian (2016), Soulmate Hingga Jannah (2017), Polis EVO 2 (2018), Bikin Filem (2020) dan Kongsi Raya (2022). Erra membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Selendang Umi (1998) karya Sasterawan Negara, Noordin Hassan.[10][11] Drama pertama yang dibintanginya ialah Mertua vs Menantu (2008–2009) dengan melakonkan watak utama bersama Rozie Othman, Aqasha dan Raja Farah.[12] Bagi persembahannya dalam telefilem Sanggul Beracun (2011) yang menggandingkan beliau bersama Sabri Yunus, Erra meraih pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2011 yang berlangsung di Singapura.[13][14] Dari 2018 sehingga 2021, beliau melakonkan watak ASP Jeslina dalam siri drama kepolisan Gerak Khas dan kembali menjayakan peranannya dalam Gerak Khas Undercover (2021–2022).

Selain dari kerjaya lakonan, Erra turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan dengan mengacarakan Fesyen Tempo, Dunia Wanita, Primadona dan Mingguan Wanita. Beliau juga muncul dalam rancangan TV realiti mengenai anak sulungnya, Gugu Gaga Erra yang memaparkan perjalanan beliau sebagai ibu kepada anaknya, Engku Aleesya.[15] Beliau turut menjadi salah seorang mentor dalam rancangan TV realiti nyanyian, Mentor musim kelima yang mana beliau bertanggungjawab membimbing anak didiknya, Salma Asis.[16] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk watak tajuk dalam filem animasi Putih (2001).[17]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan Ruj.
1994 Sembilu Rosmawati Sofian (Wati) Filem pertama [1]
1995 Sembilu II [18]
1996 Maria Mariana Maria Zakaria [19]
Tragedi Oktober Rosmawati Sofian (Wati) [20]
1997 Gemilang Julia [21]
1998 Maria Mariana II Maria Zakaria
2000 Pasrah Farah Diba [5]
Soal Hati Nurul Ain [22]
2001 Gerak Khas The Movie Inspektor Syafiqah [23]
Putih Bawang Putih Suara [24]
2002 Mr. Cinderella Puteri Megawati Darul Kasih [25]
Soalnya Siapa? Nurul Ain [26]
2003 Gila-Gila Pengantin Aliah Hamdan
Janji Diana Diana Murad [27]
Cinta Kolestrol Fazira Osman/Erra Juga sebagai penerbit [28]
Mr. Cinderella 2 Puteri Megawati Darul Kasih
MX3 Dirinya sendiri Pelakon undangan [29]
2004 Kuliah Cinta Johanna Abdul Rahman (Jojo) [30]
Hingga Hujung Nyawa Nora Halim [31]
7 Perhentian Sue [32]
I Know What You Did Last Raya Dr Mira
2005 Potret Mistik Cik Puan Kartini
Sembilu 2005 Cikgu Ira [33]
Lady Boss Salmi
Gila-Gila Pengantin Popular Sheera Mustapha [34]
KL Menjerit 1 Nina [35]
2006 Castello Chalita [36]
Persona Non Grata Hey
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Karisma Saat
2008 Cuci Siti Jasmin Rahim (CJ)
Anak Hasnita
Los dan Faun Puan Jasmine Al Sogood
2009 Sifu dan Tongga Tammy
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Markonah Rempeyek
2011 Hidden Dian Produksi Hollywood [37]
Sanggul Beracun Siti Aminah Filem langganan Astro Citra Eksklusif
2012 Ngorat Keyra
Parut Asyikin Nurul Asyikin Filem langganan Astro Citra Eksklusif
2013 Longkai Zarina [38]
2016 Warna Cinta Impian Erra [39]
2017 Soulmate Hingga Jannah Ira [40]
2018 Hantu Kak Limah Rosmawati Sofian (Wati) Pelakon undangan
Polis EVO 2 SAC Dato' Azizat Mansor [41]
2019 Wangi Nor [42]
2020 Bikin Filem Datin Azizah [43]
2022 Kongsi Raya Sarah [44]
Rumah Maya [45]
Bintang Hatiku Cik Ika
2023 Selalu Ada Dr. Jayyana Filem pendek [46]
Sue-On Cik Nab
2024 Korsakoff
Harimau Malaya: The Untold Journey Datin Norliza

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Gandingan
2002 Siapa Mau Potong Baju? Dirinya sendiri TV2
2008 Joe & Faridah Faridah Astro Ria Adlin Aman Ramli
2009 Bonanza Mastura Astro Prima Fizo Omar
Cinta Lelong Emma Astro Ria Aaron Aziz
2010 30 Hari Mengenali Cinta Rita
Selamat Tinggal Alexandria Astro Prima
2011 Pontianak Kampung Batu Teera Astro Ria Amar Baharin
Hantu Susu
Pontianak Beraya Di Kampung Batu
Mak OK Jer! Astro Prima Rashid Salleh
2012 Hantu Susu Kembali Teera Astro Ria
2015 Aku Benci Raya Dee Awie
Seutas Tasbih Biru Aishah Remy Ishak
2017 Kalut Nak Raya Mimi Awie
2019 Sempurnakah Aku Amelia Zul Ariffin
Papa Segera Wanda TV1 Idris Khan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008-2009 Mertua VS Menantu Nurul Ain Astro Prima 2 musim
2009 Kasih Tercipta Lisa
2011 Kelas Kau Maria! Meera Astro Ria
2012 Mana Hilangnya Juwita Julia
2013 Nur Melinda Cikgu Nur Astro Prima
Ammara Batrisya Batrisya TV3
2016 Rumi & Jawi Keisya Astro Prima
Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya Nina Astro Ria
2017 Dia Bidadariku Suri
My Darling, Inspektor Daniel ASP Maria
2018–2021 Gerak Khas ASP Jeslina TV2, TV3 8 musim
2018 Mak Cun 4 Olio TV3
Dian Eva Raisha ntv7
2021–2022 Gerak Khas Undercover Jeslina TV3 4 musim
2024 Rampas Cintaku 2 Dato’ Nasha IQIYI

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1991 Temasya Aidilfitri Pengacara TV1 Penampilan pertama di kaca TV
1992 Miss World 1992 Peserta E! / South African Broadcasting Corporation Mewakili Malaysia
1993 Fiesta Aidilfitri '93 Pengacara TV1
1996 Hiburan Minggu Ini bersama Erra Fazira
1999 Anugerah Juara Lagu ke-14 Peserta TV3 Kategori Pop Rock
2000 Anugerah Industri Muzik ke-6 Persembahan, lagu Oh La La Indahnya ntv7
Anugerah Juara Lagu ke-15 Peserta TV3 Kategori Balada
Seiring Jalan 2000 Artis undangan TV1 / RTB
Temasya Aidilfitri TV1
2001 Hiburan Minggu Ini bersama Erra Fazira Pengacara
2001–2002 Fesyen Tempo Sebagai penerbit
2003 HMI Raya bersama Yusry & Erra
2004 Anugerah Planet Muzik Persembahan Astro Ria / RCTI / Mediacorp
2005 Anugerah Juara Lagu ke-19 Peserta TV3 Kategori Pop Rock
2006 Raya @ 1 Artis undangan TV1
Anugerah Skrin 2006 Persembahan Tiru Macam Saya TV3 bersama Siti Nurhaliza
2008 Zoom In...Raya 2008 Artis undangan TV1
2009 Gugu Gaga Erra Realiti TV menampilkan suami, Engku Emran dan anak, Engku Aleesya Astro Ria
Pentas Akhir Anak Wayang Juri Profesional bersama Nasha Aziz & Rashid Sibir
Dunia Wanita Pengacara TV1 bersama Umie Aida dan penerbit
2010 Tiger Futbol Starz Astro Ria
2011 Mentor (Musim 5) Realiti TV TV3 sebagai peserta protage Salma A Asis
VOKAL "Bukan Sekadar Rupa" Juri Profesional bersama Azmeer
Pilih Kasih Musim Ketiga TV1 bersama Umie Aida dan Rosyam Nor
2012 Primadona Pengacara Astro Prima bersama Ziela Jalil, Raja Azura dan Rozita Che Wan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Astro Ria
2016 Sepahtu Reunion Live Zulaikha Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Ayahku Kahwin Lagi"
2018 Sepahtu Reunion Al-Raya Penjaga Artis Jemputan: Episod: "Ketupat Untuk Ayah"
2019 Sepahtu Reunion Live Dr. Julia Artis Jemputan: Episod: "Hitam Putih Kehidupan"
Cinta Overhaul Aidilfitri Laila
Arena Panggang Warna Live! YB
2019–2020 Mingguan Wanita Pengacara Astro Prima
2020–kini MeleTOP Pengacara jemputan Astro Ria
2020 Sepahtu Reunion Live Julia Artis Jemputan: Episod "Wali Tirai Besi"
2021 Zara Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Gemerlap Langkahku"
2022 Mega Lawak Dirinya sendiri Episod: "Drama Queen"
Sepahtu Reunion Live Tour Sofia Artis Jemputan: Episod "Demi Sebuah Kemaafan"
Rumah Terbuka Raya Sepahtu Mak Artis Jemputan
2023 Mic ON! Selebriti Juri Awesome TV
Hiburan Minggu Ini Pengacara TV2 bersama Ebby Yus
2023–2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Juri Tetap Astro Warna
2024-kini Nasi Lemak Kopi O Pengacara TV9
2024 Melodi Pengacara jemputan TV3

Teater sunting

Tahun Tajuk Catatan
1999 Selendang Umi Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
2010 Muzikal Tun Mahathir Istana Budaya, Kuala Lumpur
2011 Badai Semalam Istana Budaya, Kuala Lumpur
2012 I Am... Esplanade, Singapura
2013 Bahayanya Wanita Istana Budaya, Kuala Lumpur
2014 Konsert Teaterikal Suara Kita Istana Budaya, Kuala Lumpur
Takhta 3 Ratu Istana Budaya, Kuala Lumpur
2016 Mencari Sumaiyah Istana Budaya, Kuala Lumpur

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Penyanyi
2023 "Panah" Naqiu Boboy

Rujukan sunting

  1. ^ a b Zainuri Misfar (25 September 1993). "Erra, Awie puas dengan Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  2. ^ Zainuri Misfar (17 September 1993). "Erra, Awie bintang utama Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  3. ^ Azhariah Kamin (24 Februari 2014). "Yesterday once more for Erra, Ziana and Awie" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  4. ^ "Kelebihan penyanyi apabila berlakon". Metro Ahad. 16 Februari 1997. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  5. ^ a b "'Pasrah' papar kisah sebenar Erra Fazira?". Berita Harian Singapura. 15 Januari 2000. m/s. 17. Dicapai pada 14 April 2019.
  6. ^ Akmal Abdullah (26 September 2000). "Soal Hati komedi alaf baru". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  7. ^ Murshid Euunos (12 Mei 2011). "Erra tak pernah merajuk". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2020.
  8. ^ "Erra terkejut". Harian Metro. 22 Oktober 2011. Dicapai pada 14 April 2020.
  9. ^ Normah Becok (24 Ogos 2011). "Filem Hidden akhirnya temui penonton". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2020.
  10. ^ "Ujian getir Erra". Harian Metro. 2 Oktober 1998. Dicapai pada 8 April 2020.
  11. ^ Marina Abdul Ghani (23 Oktober 1998). "Erra's stage debut". The Malay Mail. Dicapai pada 8 April 2020.
  12. ^ "Erra belum popular di TV". Metro Ahad. 22 Februari 2009. Dicapai pada 10 April 2020.
  13. ^ Normah Bechok (12 Jun 2012). "Erra, Sabri berganding lagi". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2013.
  14. ^ "'Sanggul Beracun' dan 'Cun' Ungguli ASK 2011". mStar Online. 5 November 2011. Dicapai pada 14 April 2018.
  15. ^ Au Yeong How (22 Julai 2009). "Erra kena tempias kritikan 'Gugu Gaga Erra'". mStar Online. Dicapai pada 22 Mac 2010.
  16. ^ Norliza Mohamad Zakaria (12 Mac 2011). "Permulaan meyakinkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-15. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  17. ^ "Putih - Kesegaran baru dalam animasi". Utusan Malaysia. 16 November 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-14. Dicapai pada 16 November 2011.
  18. ^ Saniboey Mohd Ismail (1 Jun 1995). "Sembilu II mula menghiris". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  19. ^ Zamani Yusof (18 Disember 1995). "Hasrat Erra terkabul". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
  20. ^ Roslen Fadzil (19 September 1996). "Tragedi Oktober kutip RM3 juta". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
  21. ^ "Erra ingin watak jahat". Harian Metro. 5 Mac 1997. Dicapai pada 8 April 2020.
  22. ^ Akmal Abdullah (7 Oktober 2000). "Soal Hati dapat sambutan hangat". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  23. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 February 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2018. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  24. ^ "Putih - Adaptasi cerita rakyat kepada animasi". Utusan Malaysia. 17 Mac 2001. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  25. ^ Hardi Effendi Yaakob (12 Ogos 2002). "Mr Cinderella: Erra tunggu reaksi peminat". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2020.
  26. ^ Hardi Effendi Yaacob; Khairull Azleyana Ishak (9 Jun 2002). "Soalnya Siapa bukan sekadar kisah cinta". Berita Minggu. Dicapai pada 9 April 2020.
  27. ^ Hartati Hassan Basri (11 September 2002). "Sama hebat". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
  28. ^ Sharifah Arfah (16 Oktober 2003). "Erra faces up to changes". New Straits Times. Dicapai pada 9 April 2020.
  29. ^ Suraiya Mohd Noor (3 November 2003). "MX3 mampu pikat penonton". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-11-05. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  30. ^ Norhadiani Baharom (8 Januari 2004). "Kuliah Cinta kisah benar Erra-Yusry". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2020.
  31. ^ Rudy Imran Shamsudin (30 April 2004). "Erra, Yusry berlakon bersama lagi". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2020.
  32. ^ Abdul Aziz Itar (9 Oktober 2004). "7 Perhentian - Lakonan Erra paling berani". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  33. ^ "Personality: Erra turns lady boss before Sembilu 2005". New Straits Times. 3 Jun 2005. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  34. ^ Shakilawati Abd Rahman (21 Ogos 2005). "GGPP bukan komedi kosong". Metro Ahad. Dicapai pada 9 April 2020.
  35. ^ "KL menJERIT punya kekuatan tersendiri". Harian Metro. 31 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  36. ^ "Julie's - Selamatkan Castello" Diarkibkan 2017-08-07 di Wayback Machine, Utusan Malaysia, 8 Mei 2005, Khadijah Ibrahim.
  37. ^ Murshid Eunos (12 Mei 2011). "Erra tak pernah merajuk". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2020.
  38. ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (12 Januari 2013). "Kisah penarik kereta satukan Faizal, Erra dan Niezam". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2014.
  39. ^ "Awie dan Erra kembali mesra". Berita Harian Singapura. 14 Mac 2016. Dicapai pada 17 April 2016.
  40. ^ Aqmar Mustaza (4 Februari 2017). "Soulmate Hingga Jannah: Satukan Taufik, Erra". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2018. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  41. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2018). "'Polis Evo 2' lebih serius, cemerlang sebagai filem sekuel terbaik". mSTAR Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  42. ^ Tahir Alhamzah (6 September 2019). "#Showbiz: Chilling tale of a missing friend". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  43. ^ Syafiqah Jalal (30 Oktober 2020). "Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Scha Alyahya, Azhan Rani — Ramainya Pelakon Hebat Dalam Bikin Filem!". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Mei 2021.
  44. ^ "KONGSI RAYA KISAH KOMEDI ROMANTIK CINTA DUA BUDAYA". Femag Online. 3 Februari 2022. Dicapai pada 19 April 2022.
  45. ^ Fatin Farhana Ariffin (16 Januari 2022). "Dahulu takut, kini Erra jatuh cinta?". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  46. ^ "Filem pendek raya Kerajaan Negeri Selangor". Sèĺangorku. 16 Mei 2023. Dicapai pada 19 May 2023.

Pautan luar sunting