Filius Flitwick (lahir pada 17 Oktober) merupakan satu watak ciptaan dalam siri Harry Potter.

Watak Harry Potter
Filius Flitwick
Filius Flitwick, dilakonkan oleh Warwick Davis,
Filius Flitwick
Jantina Lelaki
Warna rambut Putih/Kelabu
Warna mata Biru
Rumah Ravenclaw
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campuran Manusia dan Goblin
Dilakonkan oleh Warwick Davis
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)



Flitwick mengajar Mantera dan ketua rumah kepada rumah Ravenclaw. Suaranya yang kecil memadani tubuhnya yang kecil juga. Apabila mengajar, dia akan berdiri di atas himpunan buku untuk melihat melepasi muka mejanya. Dia juga mempunyai darah goblin dalam keturunannya.

Pengajaran Flitwick boleh dikatakan tidak seteruk pelajaran lain. Dia akan membenarkan pelajarnya bermain pada hujung penggal terutamanya menjelang cuti Krismas. Kadang kala, dia juga sering terkena sihir yang tidak tepat dan adakala sehingg melayang di dalam kelas.

Antara mantera yang di ajar ialah, Sihir mengangkat, Wingardium Leviosa, Sihir Ketawa, Sihir Memanggil, Sihir Menghilang dan Sihir Menyenyap. Kelasnya berada di aras tiga sekolah tetapi pejabatnya di aras tujuh.

Profesor Flitwick juga berkhidmat di luar kelas. Dia akan menggunakan kebolehannya untuk membantu menghias pokok Krismas. DIa juga pernah membantu Justin Finch-Fletchley terpegun kaku ke sayap hospital pada serangan ketika Bilik Rahsia dibuka. Dia juga mengajar pintu untuk mengenal Sirius Black selepas sekolah dipecah masuk. Tahun kemudiannya, dia turut bersama-sama mengawal keliling kawasan pagar sesat semasa Kejohanan Ahli Sihir Trio / Triwizard. Dia turut membantu mengalihkan sihir-sihir Fred dan George Weasley yang dilakukan ketika mereka hendak keluar dari sekolah.

Flitwick boleh dikatakan menyokong Harry Potter dan Dumbledore apabila Dolores Umbridge cuba menjatuhkan mereka berdua dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Dia telah memberikan seoktak tikus gula-gula berdecit selepas sekolah heboh memperkatakan tentang wawancara Harry dalam The Quibbler. Dan apabila bunga api berleluasa di istana, Flitwick lebih rela memanggil Umbridge untuk menyelesaikannya daripada dia melakukannya sendiri.

Dia telahpun mengajar di sekolah itu apabila James Potter dan yang lain di sana.

Terdapat kebarangkalian yang dia akan menjadi Timbalan Pengetua selepas Minerva McGonagall menjadi Pengetua.

Terdapat juga pernyataan yang Filius Flitwick juara perang tanding, amat bijak dan kacak ketika muda.

Trivia sunting

Nama "Flitwick" mungkin diambil dari nama sebuah pekan Flitwick berhampiran London (walaupun ia disebut "Flittick"), atau ia kombinasi perkataan "flit" (iaitu mudah bergerak) dan "wick" (perkataan dari England Utara bermaksud "hidup.") Filius pula berasal dari perkataan Latin bermaksud anak "lelaki".

 
Flitwick sebagai konduktor muzik dalam Harry Potter and the Goblet of Fire

Warwick Davis melakonkan watak Flitwick dalam dua filem pertama Harry Potter. Dia juga melakonkan watak goblin di bank dalam filem pertama. Dia juga dapat dilihat dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban bagi watak Flitwick dalam filem keempat iaitu Harry Potter and the Goblet of Fire.

Dalam dua filem pertama, Flitwick ibarat separa goblin yang tua yang mempunyai misai yang tebal. Warwick Davis turut muncul dalam filem ketiga. Watak ini muncul semula dalam filem keempat sebagai konduktor muzik (dengan rupa yang sama dengan kemunculan dalam filem ketiga) . Walau bagaimanapun, dia turut bersama makan di meja staf dan didapati dia memegang nama Flitwick. Ini mungkin menunjukkan yang "Filius Flitwick" juga ialah konduktor muzik.




Lihat juga sunting