Filem

(Dilencongkan dari Film)

Ralat Lua pada baris 170 di Modul:Hatnote_list: bad argument #1 to '_formatLink' (table expected, got string).

Antara wayang awal menunjukkan kuda berlari.

Filem (Tulisan Jawi: فيليم) atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman secara umum.

Perkataan 'filem' datangnya daripada bahan filem fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak dipanggil pita filem. Nama lain medium ini, "wayang gambar", turut diberi hasil kiasan yang membezakan daripada medium wayang kulit - perkataan "wayang" itu sendirinya kata warisan (doublet) seakar perkataan "bayang" melalui bahasa Jawa yang pada asalnya bermaksud "patung".[1]:30

Filem MelayuSunting

Filem Melayu bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40-an. Sekitar 50-an sehingga 60-an, Jalan Ampas di Singapura dan Jalan Ampang di Malaysia menjadi terkenal sebagai pengeluar filem-filem Melayu. Ramai pelakon yang berbakat mempunyai teknik lakonan yang baik dan menonjol pada masa itu seperti P. Ramlee, S. Kadarisman, Nordin Ahmad dan Neng Yatimah.

Pada hari ini, cerita drama televisyen dan video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Filem yang dirakam dengan menggunakan pita filem boleh dipancarkan ke layar tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk ditayangkan disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesar.

Pengenalan kamera digital pula membolehkan teknik-teknik khas digunakan untuk sesuatu filem tetapi kos pelaburan permulaan yang amat mahal menyebabkan halangan kepada pengunaan teknik digital di kalangan pengarah Malaysia.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Nothofer, Bernd (2009). "Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu". Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 27 (1): 23-43.