Shafinie Saedon (lahir 1 Julai 1991) atau lebih dikenali sebagai Finie Don merupakan seorang pelakon wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Beliau juga merupakan kakak kepada Fimie Don yang dilihat lebih menyerlah dalam bidang lakonan berbanding beliau.[1]

Finie Don
Kelahiran
Shafinie binti Saedon

(1991-07-01) 1 Julai 1991 (umur 32)
Warganegara Malaysia
PekerjaanPelakon
SaudaraFizie Don (abang)
Fimie Don (adik)

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilihat lebih selesa berada di belakang tabir seperti soal penyuntingan berbanding di hadapan lensa kamera. Oleh disebabkan faktor tersebut, beliau terdorong untuk memilih pengajian dalam bidang penyiaran di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Beliau juga pernah menyatakan bahawa lakonan bukanlah minatnya kerana menyukai bidang lain. Beliau menceburi bidang lakonan adalah untuk mencari duit tambahan selain daripada galakan ibu bapa. Di samping itu, beliau nekad untuk berhenti berlakon kerana ingin menumpukan pada pengajian dan juga perancangan seterusnya. Walau bagaimanapun, beliau mungkin akan mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan yang lain selepas ini sekiranya watak yang diberikan benar-benar mencabar.[1]

Filemografi sunting

Kemunculan dalam televisyen
Tahun Tajuk Saluran Peranan
Kisah Kaisara TV3
2010 Ponti Anak Remaja Astro Ria
2012 Puteri Pulau Tuba TV2

Rujukan sunting

  1. ^ a b Siti Athirah Dzulkifly (14 Ogos 2011). "Finie nekad henti berlakon". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Januari 2013.

Pautan luar sunting