FitMalaysia 2014 anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Telekom Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur disertai hampir 50,000 masyarakat pelbagai lapisan usia. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah sudi melancarkan program tersebut dan turut terlibat melakukan aktiviti kecergasan di atas pentas.

Tahap kesihatan rakyat Malaysia sunting

Kajian perubatan British, The Lancet menlaporkan Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita daripada keseluruhan penduduk mengalami masalah tersebut.Budaya bersukan rakyat negara ini pada tahap 30 peratus berbanding negara-negara maju hasil Kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan 2009. Rakyat Malaysia yang obesiti adalah 45.3 peratus. Jumlah penghidap penyakit tidak berjangkit 15.2, diabetis, 32.7, darah tinggi dan 35 peratus mempunyai kolesterol tinggi berdasarkan kajian pada 2011.[1]

Rujukan sunting