Kecergasan (Apple)

(Dilencongkan dari Fitness (Apple))

Kecergasan[1] (dahulunya Aktiviti) adalah sebuah perisian penggunaan (aplikasi) penjejakan senaman yang dibangunkan oleh syarikat teknologi Apple Inc.. Aplikasi ini mula diperkenalkan melalui pengumuman semasa Acara Khas September 2014 sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada Mac 2015. Kecergasan tersedia untuk telefon pintar iPhone yang menjalankan versi pengaturcaraan iOS8.2 dan keatas untuk para pengguna dengan produk Apple Watch, yang kemudiannya dikembangkan kepada semua pengguna iPhones dengan pelancaran iOS16. Aplikasi tersebut memaparkan ringkasan senaman daripada Apple Watch atau aplikasi pihak ketiga dan peralatan senaman.

Kecergasan
Ikon Kecergasan pada iOS dan watchOS
Ikon Kecergasan pada iOS dan watchOS
PembangunApple Inc.
Pelancaran pertama9 Mac 2015; 9 tahun yang lalu (2015-03-09)
Sistem pengendalianiOS, watchOS
JenisKecergasan fizikal
Tapak webwww.apple.com/apple-fitness-plus/

Ciri sunting

Perisian penggunaan Kecergasan memaparkan "gelang kegiatan", menunjukkan matlamat-matlamat pergerakan harian dan menggalakkan pengguna untuk 'menutup' kesemua gelang itu pada penghujung hari. Gelang tersebut menjejak bilangan kalori pemakanan atau kilojoule yang dibakar, menjejak tempoh masa senaman dan bilangan waktu yang dihabiskan untuk berdiri sekurang-kurangnya satu minit.[2] Tanpa sambungan dengan Apple Watch, perisian itu hanya akan memaparkan gelang pergerakan pengguna sebagai senaman dan metrik berdiri tidak dapat dikira dengan menggunakan iPhone.[3] Gelang aktiviti boleh dikongsi dengan pengguna lain untuk membandingkan data dan memulakan persaingan, di mana ganjaran akan diberikan kepada mereka yang paling banyak memenuhi gelang itu dalam waktu tujuh hari.[4] Para pengguna boleh memperoleh pelbagai ganjaran berdasarkan pencapaian mereka seperti rekod peribadi atau menyertai cabaran dengan tempoh terhad. Ganjaran tersebut adalah setara dengan pin lapel atau lencana.

Kesemua senaman dirakamkan melalui aplikasi Latihan pada Apple Watch dan boleh dilihat di tab 'Ringkasan' pada aplikasi Kecergasan, yang turut disertakan dengan metrik-metrik yang relevan dan data HealthKit bergantung kepada jenis senaman. Untuk kegiatan di luar rumah, ringkasan juga termasuklah keadaan cuaca pada waktu senaman dan peta yang menandakan laluan diambil semasa bersenam. Sejak iOS15, suatu rekod bagi kegiatan kesedaran juga dipaparkan di tab ringkasan. Selepas tempoh 180 hari, aplikasi akan mula menunjukkan aliran latihan kepada pengguna mereka yang dipuratakan pada tetingkap 90 hari semasa dan masa lalu, memaparkan anak panah di sebelah metrik.[5] Anak panah itu memperlihat peningkatan atau penurunan dalam suatu aktiviti.

Rujukan sunting

  1. ^ "Jejak aktiviti harian dalam Kecergasan pada iPhone". Apple. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2022. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  2. ^ Keller, Joseph (7 September 2019). "Apple Watch and activity tracking: Everything you need to know!". iMore (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2022. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  3. ^ McGuire, Jane (8 September 2022). "You no longer need an Apple Watch to use Apple Fitness Plus — here's what you need to know". Tom's Guide (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2022. Dicapai pada 15 September 2022.
  4. ^ Demarest, Abigail Abesamis. "How to share your Apple Watch Activity and send messages to friends during your workout". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2022. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  5. ^ Guyot, Alex (4 September 2020). "The New Fitness App in iOS 14". MacStories (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2022. Dicapai pada 14 Disember 2020.

Pautan luar sunting