Nur Hafizah Longkip @ Thomas (lahir 2 Ogos 1993) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016.[1][2][3]

Fiza Thomas
Kelahiran
Nur Hafizah binti Longkip @ Thomas

(1993-08-02) 2 Ogos 1993 (umur 30)
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2014–kini
TelevisyenAkademi Fantasia (2016)

Kerjaya

sunting

Akademi Fantasia

sunting

Fiza Thomas merupakan salah seorang daripada 14 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 antara lain turut disertai oleh Amir Masdi, Isyariana Che Azmi, Jasper Supayah dan Ara Johari, berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016.[4] Fiza memenangi tempat kelima. Sepanjang penglibatannya di AF2016, beliau dikenali sebagai Afi dan menyanyikan lagu:[2][5]

  1. Minggu 1: "Percayalah" (Indah Ruhaila)
  2. Minggu 2: "Matahari" (Maya Matahari)
  3. Minggu 3: "Kurik Kundi" (Siti Nurhaliza)
  4. Minggu 4: "Akustatik" (OAG)
  5. Minggu 5: "Bila Wajahmu Ku Bayangkan" (Sudirman)
  6. Minggu 6: "Kembali Merindu" (Slam) dan "Pelamin Anganku Musnah" (Azie)
  7. Minggu 7: "Sangsi Asmara" (Hetty Sarlene)
  8. Minggu 8: "Hatinya Tak Tahan" (Noraniza Idris) dan "Teruskan" (lagu baru; dirinya sendiri)

Bidang lakonan

sunting

Kerjaya lakonan Fiza bermula apabila beliau membintangi drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka (2017) yang dibintangi oleh Sharifah Sakinah dan Aiman Hakim Ridza, ia kemudian diikuti oleh telefilem Malek (2018) lakonan Que Haidar. Beliau turut bergiat aktif di pentas teater dan telah menjayakan tiga pementasan teater—iaitu Ola Bola The Musical, Bangsawan Dendam Laksamana dan Mud The Musical.

Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Soraya dalam iklan #Rendang SoRaya terbitan Petronas bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2019. Dalam iklan yang berdurasi selama 4 minit ini, ia berkisarkan tentang seorang pelatih cef, Soraya yang pulang ke kampung halamannya dan cuba sebaik mungkin untuk memasak rendang ayam menggunakan resipi arwah ibunya menjelang Aidilfitri.[6] Menurut Fiza mengenai penglibatannya dalam iklan #Rendang SoRaya: "Selepas iklan itu keluar, ramai yang mula memanggil saya Soraya. Ada yang datang beraya di rumah saya dan ingin bertemu Soraya...".[7] Beliau mengakui iklan itu banyak meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.[8][9]

Pada tahun 2020, beliau memegang watak Jasmin dalam drama Syurga Untukmu lakonan Diana Danielle, Fahrin Ahmad dan Julia Farhana Marin yang bersiaran di slot Samarinda TV3.[10]

Diskografi

sunting
Single
Tahun Tajuk
2016
"Teruskan"

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Girlfriend Aku Dari Neraka Tasha Astro Warna
2020 Syurga Untukmu Jasmin TV3
Lelaki Lingkungan Cinta Isabelle (kameo)
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Salina a.k.a Sally Astro Ria
28 Hari Mencari Cinta Intan TV3
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Maya
Jangan Menangis Cinta Mawar Astro Ria
Honey-Moon Heffa TV3
Adakah Engkau Menungguku Lisa
Jesnita Electra Marcos Astro Prima
2023 Malam Zulaikha Farah TV3
Gadis Muzikal Una
Tuhan Beri Aku Cinta Ita TV1

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Bini Aku Dari... Tasha Astro Warna
Malek Ayu Astro Citra
2020 Please Subscribe Cintaku Fatin
Aku Benci Kpop Cempaka Astro Ria
2022 Busung Katak Laila Astro Citra
2024 Mati Hidup Balik Sarah Astro Ria
TBA Cupcake Coklat Mama TV2

Teater

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Dia Semanis Honey Muzikal Bella
Mud The Musical
2018 Ola Bola The Musical
Bangsawan Dendam Laksamana
Tahun Tajuk Peranan Terbitan
2019 #Rendang SoRaya Soraya Petronas

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Tempat Peranan Saluran TV
2016 Akademi Fantasia 13 ke-5 (Finalist) Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Rujukan

sunting
  1. ^ Zaidi Mohamad (3 November 2019). "Fiza Thomas belum mengalah buktikan bakat". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  2. ^ a b Norhayati Nordin (19 September 2019). "Fiza Thomas lebih sesuai". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 November 2018). "Terus belajar mantapkan kerjaya". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  4. ^ Budiey (10 Ogos 2016). "Ini dia senarai 14 pelajar Akademi Fantasia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 Oktober 2016.
  5. ^ "Jarang terima tawaran berlakon, Fiza Thomas kecil hati". XTRA. 29 Disember 2018. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  6. ^ Fatin Farhana Ariffin (24 Mei 2019). "Rendang SoRaya papar semangat kasih sayang di lebaran". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Jun 2019). "Fiza popular kerana Rendang SoRaya". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin (12 Jun 2019). "Rendang SoRaya ubah nasib Fiza Thomas". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  9. ^ Norhayati Nordin (2 September 2020). "Fiza Thomas 'Rendang SoRaya' anggap diri bernasib baik". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  10. ^ Norhayati Nordin (5 September 2020). "Asal dapat peluang". Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2020.

Pautan luar

sunting