Fizie Roslan
Mohamad Hafizie Roslan (lahir 2 Februari 1988) ialah seorang penyampai radio Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Hot FM (2014 - Julai 2021)[2] dan Molek FM (sejak Januari 2022).
Fizie Roslan | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Hafizie bin Roslan 2 Februari 1988 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Penyampai radio, pengacara |
Tahun aktif | 2005–kini |
Majikan | Media Prima (2013–kini) |
Pasangan | Fatin Sharmimi |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya Sunting
Fizie memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Manis FM yang ketika itu beroperasi di Kelantan.[2] Beliau pernah bekerja sebagai juruhebah di pasar raya di Kelantan selama tiga bulan selepas tamat Tingkatan 5.[1] Bagaimanapun, beliau meninggalkan Manis FM dan menubuhkan stesen radio internet, Gempak FM.[3]
Pada tahun 2011, beliau menyertai Hot FM Kelantan yang mana beliau telah bertugas sebagai penyampai sehingga 2013.[3] Beliau kemudian diserap ke Hot FM pada Februari 2014 yang mana beliau mengendalikan rancangan radio AM Krew bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen itu pada November 2013.[4][5]
Malangnya pada 19 Julai 2021, Fizie membuat keputusan tidak menyambung kontrak bersama Hot FM setelah hampir sembilan tahun berkhidmat. Bermula pada tahun 2022, beliau dipindahkan ke Molek FM bersama Mek Zura dan dinamakan sebagai Molek Pagi.
Filemografi Sunting
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Sembang Aktif | Pengacara | DidikTV |
Radiografi Sunting
Radio Sunting
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
Februari 2014 – 19 Julai 2021 | Hot FM AM Krew & Geng Pagi Hot | Hot FM |
9 Januari 2022 – kini | Molek Pagi & Molek 30 Gu | Molek FM |
Anugerah dan pencalonan Sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
Kehidupan peribadi Sunting
Beliau telah berkahwin dengan Fatin Sharmimi dan dikurniakan dua anak.[2][4]
Rujukan Sunting
- ^ a b "Biodata Fizie, penyampai radio popular Hot FM". Encik Shino. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ a b c Syanty Octavia Amry (20 Januari 2015). "Hari-hari kena kutuk". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ a b "Fizie tidak bimbang dibandingkan dengan FBI". Perak Today. 11 Februari 2014. Dicapai pada 28 Mei 2014.
- ^ a b Wahi Aziz (14 Disember 2015). "Fizie lega diterima peminat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ "Hot FM's Fizie takes Faizal's place" [Fizie Hot FM menggantikan Faizal] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 8 Februari 2014. Dicapai pada 28 Mei 2020.