Flensburg
Flensburg (Danish, Low Saxon Utara: Flensborg; Frisia Utara: Flansborj; Jutlandic Selatan: Flensborre) adalah sebuah bandar bebas (kreisfreie Stadt) di Schleswig-Holstein, utara Jerman. Flensburg ialah pusat wilayah Schleswig Selatan. Selepas Kiel dan Lübeck, ia merupakan bandar ketiga terbesar di Schleswig-Holstein.
Flensburg, Jerman | |
---|---|
![]() Pelabuhan Flensburg pada 2012 | |
Koordinat: 54°46′55″N 09°26′12″E / 54.78194°N 9.43667°EKoordinat: 54°46′55″N 09°26′12″E / 54.78194°N 9.43667°E | |
Negara | Jerman |
Negeri | Schleswig-Holstein |
Daerah | Daerah urban |
Pentadbiran | |
• Ketua Datuk Bandar | Simone Lange (SPD) |
Keluasan | |
• Jumlah | 56.38 km2 (21.77 batu persegi) |
Penduduk (2015-12-31) | |
• Jumlah | 85,942 |
• Kepadatan | 1,500/km2 (3,900/batu persegi) |
Zon waktu | CET/CEST (UTC+1/+2) |
Poskod | 24901–24944 |
Kod dail | 0461 |
Pendaftaran kenderaan | FL |
Laman sesawang | www.flensburg.de |
Pada Mei 1945, Flensburg adalah lokasi pusat kerajaan terakhir Jerman Nazi, yang dipanggil kerajaan Flensburg dipimpin oleh Karl Dönitz, yang dilantik pada 1 Mei, iaitu hari pengumuman kematian Hitler, selama seminggu, sehingga tentera Jerman menyerah kalah dan bandar tersebut telah diduduki oleh tentera Bersekutu. Rejim itu secara rasminya dibubarkan pada 23 Mei.
Bandar terbesar paling dekat ialah Kiel (86 kilometer (53 batu) selatan) dan Odense di Denmark (92 km (57 bt) timur laut). Pusat bandar Flensburg terletak kira-kira 7 km (4 bt) dari sempadan Denmark.
Di Jerman, Flensburg dikenali dengan
- Kraftfahrt-Bundesamt (kira-kira: Pemandu dan Pendaftar Kenderaan Nasional) bersama Verkehrssünderkartei (secara harfiah: "fail kad kesalahan trafik")[1]
- bir Flensburger Pilsener, juga dipanggil "Flens"
- pusat minoriti warga Denmark di Jerman
- ucapan selamat Moin Moin
- syarikat besar pesanan mel erotik Beate Uhse dan Orion
- pasukan bola balingnya SG Flensburg-Handewitt
- Akademi Tentera Laut di Mürwik bersama kapal layar latihannya Gorch Fock
Rujukan
sunting- Nota
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Flensburg. |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Flensburg. |
- Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 10 (ed. ke-11). 1911. .
- Flensburg's official website
- Flensburg tourism information Diarkibkan 2006-05-19 di Wayback Machine
- Flensburg online
- Danish newspaper in Flensburg
- German newspaper in Flensburg
- Museumsberg Flensburg