Fleur Delacour adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter yang dikarang oleh J.K. Rowling. Beliau pertama kali muncul dalam Harry Potter and the Goblet of Fire dan kemudian muncul kembali dalam Harry Potter and the Half-Blood Prince serta kemungkinan besar akan muncul dalam Harry Potter and the Deathly Hallow.

Watak Harry Potter

Clémence Poésy sebagai Fleur Delacour dalam Harry Potter and the Goblet of Fire.
Fleur Delacour
Jantina Perempuan
Warna rambut Perang keperakan
Warna mata Biru
Sekolah Beauxbatons
Keturunan Campuran veela
Dilakonkan oleh Clémence Poésy
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire

Fleur bersekolah di Akademi Sihir Bauxbatons di Perancis. Beliau adalah penyihir yang berbakat terbukti dengan terpilihnya Fleur sebagai Wira Beauxbatons dalam Kejohana Ahli Sihir Trio. Fleur digambarkan sebagai gadis yang luar biasa cantik, namun berbeza dengan sikapnya yang sombong dan menjengkelkan. Ginny dan Hermione sering menyebutnya sebagai 'Si Hidung Tinggi', kerana sifatnya yang dingin.

Namanya berasal dari frasa bahasa Perancis fleur de la cour, yang bermaksud "bunga di halaman" atau , menurut J. K. Rowling, "wanita yang terhormat". Nama ini boleh juga menggambarkan tentang kecantikan Fleur.

Dalam filem, Fleur dilakonkan oleh Clémence Poésy.

Latar Belakang sunting

Fleur berasal dari Perancis. Neneknya adalah veela yang menjadikannya suku veela. Beliau mewarisi kecantikan veela yang menambat perhatian orang lelaki. Beliau 3 tahun lebih tua daripada Harry, berkemungkinan dilahirkan sekitar tahun 1977. Fleur mempunyai seorang adik perempuan, Gabrielle Delacour yang 10 tahun lebih muda.

Tongkat Sihir Fleur 9.5 inci (25 cm), diperbuat daripada rosewood dan berisi sehelai rambut veela neneknya. Beliau boleh berbahasa Inggerris dengan lancar dengan loghat Perancis yang amat pekat.

Disebabkan darah veela yang mengalir dalam tubuhnya, banyak lelaki yang terpaku ketika melihat Fleur, bahkan turut melakukan hal-hal yang memalukan. Fleur dapat dikategorikan berdarah kacukan kerana neneknya yang veela.

Di Hogwarts, Fleur sering mengeluh tentang keadaan di Hogwarts, tentang makanannya, dan menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap Harry sebagai wira keempat, yang dianggapnya terlalu muda. Beliau adalah satu-satunya dari keempat-empat wira yang merupakan perempuan dan banyak memberikan rungutan.

Dalam tugasan kedua, Gabrielle adalah harta yang harus dibebaskan Fleur, namun dia gagal. Harry memilih untuk menyelamatkan Gabrielle (biarpun sebenarnya tidak perlu) dan Fleur yang sangat berlagak kemudiannya menjadi lebih ramah kepada Harry dan tidak lagi merungut.

Fleur tersingkir awal daripada Kejohanan Ahli Sihir Trio akibat campur tangan Voldemort, kerana dia dipengsankan. Pada akhir buku keempat, beliau mengatakan pada Harry bahawa setelah lulus, dia kemungkinan akan kembali ke England untuk bekerja dan memperbaiki bahasa Inggerisnya.

Dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix, disebutkan bahawa Fleur bekerja di Bank Gringotts, dan Bill membantunya dalam memperbaiki bahasa Inggeris, menunjukkan bermulanya keintiman antara mereka.

Dalam Harry Potter and the Half-Blood Prince, ternyata yang Fleur dan Bill telah menjadi kekasih dan akan segera berkahwin. Bill membawa Fleur ke Burrow selama beberapa hari untuk memperkenalkan keluarganya. Molly Weasley tidak berapa menyukai Fleur dan tidak faham mengapa Bill boleh jatuh cinta kepadanya, kerana menurut Molly, mereka berdua langsung tidak memiliki persamaan. Sementara itu, Fleur juga tidak berusaha untuk mengubah anggapan buruk bakal ibu mertuanya itu. Harry dan kawan-kawannya berpendapat yang Molly lebih suka Bill jatuh cinta pada Nymphadora Tonks (sehingga kemudian diketahui bahawa sebenarnya Tonks mencintai Lupin).

Ron, walau bagaimanapun, tidak membencinya. Dan boleh difahami kerana dalam buku keempat, Ron adalah salah satu pelajar lelaki yang menjadi kurang waras akibat pengaruh veela dari Fleur (berbeza dengan Harry yang tidak begitu terpengaruh, walaupun ketika Fleur mencium pipinya).

Fleur akhirnya mendapat restu Molly setelah Bill tercedera akibat pertempuran di Hogwarts. Molly mula menganggap perkahwinan Bill akan batal disebabkan peristiwa itu tetapi Fleur segera membantah. Beliau mengatakan bahawa adalah lebih banyak daripada seekor serigala jadian untuk hentikan Bill daripada mencintainya dan sebaliknya. Beliau berkata bahawa beliau cukup cantik untuk mereka berdua dan semua luka itu akan menunjukkan bahawa Bill adalah orang yang berani. Kemudian, Molly mengatakan tentang tiara milik saudara Muriel yang berkemungkinan boleh dipinjamkannya untuk perkahwinan tersebut lalu Fleur dan Molly sama-sama menangis dan berpelukan.

Fleur dan Bill berkemungkinan akan berkahwin pada awal buku ketujuh. Pada akhir buku keenam disebutkan bahwa Harry akan menghadiri majlis perkahwinan tersebut sebelum memulakan misinya memburu Horcrux Voldemort. Fleur berharap agar Ginny dan Gabrielle menjadi pengapitnya.

Lihat juga sunting