Fly By Night atau Sebelum Pagi Berakhir (Bahasa Cina: 非常盗) merupakan filem drama ngeri jenayah Malaysia 2019 oleh Zahir Omar. Ia mengisahkan empat pemandu teksi yang memeras ugut wang dari penumpang kaya, tetapi perkara jadi buruk apabila salah seorangnya bekerja dengan mangsa untuk mengungut kekasihnya, manakala seorang polis ganas dan kumpulan along sedang mengejar mereka.

Fly By Night
PengarahZahir Omar
PenulisDain Said
Ivan Yeo
Zahir Omar
Frederick Bailey
Dibintangi oleh
SinematografiKeong Low
Disunting olehYin-Chau Heng
Syarikat
penerbitan
  • Skop Production
Mula ditayangkan
11 April 2019
Tempoh tayangan
1 jam 40 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Mandarin
Bahasa Kantonis
Bahasa Melayu

Ia ditayangkan pada 11 April 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei dan mendapat balasan positif. [1][2][3][4][5]

SinopsisSunting

Empat orang pemandu teksi di Kuala Lumpur melakukan kegiatan memeras ugut penumpang kaya yang diambil dari lapangan terbang dengan pelan sempurna. Antaranya Tai Lo dan Sai Lo, adik beradik yang berhutang tinggi. Situasi menjadi mengancam buat mereka apabila adik, Sai Lo bekerjasama dengan satu mangsa yang mahu mengugut kekasihnya yang curang. Sementara itu, Inspektor Kamal dan kumpulan gang yang ganas mula mengejar mereka dari mereka. Apakah yang akan berlaku kepada mereka?

PelakonSunting

Sumber rujukanSunting

  1. ^ ""Fly By Night" sebuah naskhah menakjubkan". Cinema.com.my. 5 April 2019.
  2. ^ "Kisah penjenayah sekumpulan pemandu teksi". URTV. 5 April 2019.
  3. ^ "Filem tempatan 'Fly by Night' terima pengiktirafan antarabangsa2019". mStar. 1 Mac 2019.
  4. ^ "Malaysian film Fly by Night makes waves abroad ahead of local premiere". Malay Mail. 1 Mac 2019.
  5. ^ "Foreign recognitions for yet-to-be-screened Malaysian film Fly By Night". New Straits Time. 4 Mac 2019.

Pautan luarSunting