D.VII adalah akhir pesawat pejuang Perang Dunia I direka oleh Anthony Fokker dan Rheinhold Platz di syarikat Fokker. Apabila mula diperkenalkan dimedan pertempuran pada tahun 1918 ia terbukti lebih baik berbanding pesawat terbang lain, membawa kepada Kehancuran Fokker (Fokker Scourge). Begitu terkenal kapal terbang tersebut, sehinggakan ia merupakan satu-satunya senjata yang dituntut menggunakan nama oleh pihak Berikat semasa perjanjian perletakan senjata pada akhir perperangan (Surrender in good condition oleh German Armies of [...] all D7's [...]).

Reinhold Platz, ketua rekaan Fokker telah mereka beberapa siri kapal terbang ujian siri V semenjak 1916. Kesemuanya mempunyai ciri yang sama, penggunaan sayap kantilever dan bukannya pengikat wayar luaran. Ini mendorong kepada daya seretan yang jauh lebih rendah, tatapi pada masa yang sama ia memerlukan struktur dalaman yang lebih kukuh pada sayap yang meningkatkan berat, mengurangkan kelebihan ini. Sebagai penyelesaian, reka bentuk V.4 menggunakan tiga sayap lebih pendek yang memerlukan kekuatan dalaman yang lebih rendah dan merupakan prototaip bagi Fokker Dr.I.