Fokker XB-8 ialah pesawat pengebom yang dibina untuk Kor Udara Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1930-an. Ia direka berdasarkan pesawat pemerhati berkelajuan tinggi Fokker O-27 .

XB-8
Atlantic XB-8 prototype
Peranan BPesawat Pengebom
Pengeluar General Aviation Corporation.[1]
Direka oleh Fokker
Penerbangan pertama 20 Oktober 1930 sebagai XO-27, Februari 1931 sebagai XB-8
Syarikat penerbangan utama Kor Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 7 (1 XB-8 + 2 YB-8 + 4 Y1B-8), semua sebagai Y1O-27

Reka bentuk dan pembangunan sunting

Semasa pemasangan, prototaip kedua XO-27 telah ditukar kepada prototaip pengebom dan digelar sebagai XB-8. Sungguhpun pesawat XB-8 jauh lebih pantas berbanding pesawat pengebom biplan sedia ada, ia tidak mempunyai kapasiti bom untuk dipertimbangkan bagi pengeluaran. Dua buah pesawat, YB-8 dan 4 Y1B-8 telah ditempah, tetapi ini telah ditukar kepada konfigurasi Y1O-27 semasa pertengahan pengeluaran.

Sayap pesawat XB-8 dan XO-27 dibina sepenuhnya daripada kayu, walaupun fiuslaj dibina daripada tiub keluli yang ditutup dengan kain kecuali muncung yang mempunyai logam beralun. Pesawat-pesawat ini menampilkan gear pendaratan boleh ditarik yang pertama pernah dipasang pada pesawat pengebom atau pesawat pemerhati Kor Udara Tentera Darat. Undercarriage ditarik balik secara elektrik. Krew penerbangan adalah tiga orang dalam kedudukan seiring.

Sejarah operasi sunting

Ia bersaing dengan pesawat Douglas Y1B-7 /XO-36. Kedua-duanya berpotensi melebihi prestasi pesawat pengebom biplan besar yang kemudian digunakan oleh Kor Udara Tentera Darat. Walau bagaimanapun, pesawat Douglas XB-7 adalah lebih baik dalam prestasi berbanding XB-8, dan tiada lagi versi pesawat Fokker dibina.

Operator sunting

  Amerika Syarikat
  • Kor Udara Tentera Amerika Syarikat

Spesifikasi (XB-8) sunting

Data dari Fokker's Twilight.[2]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 4
  • Panjang: 47 ka 4 in (14.42 m)
  • Rentang sayap: 64 ka 4 in (19.60 m)
  • Tinggi: 11 ka 6 in (3.50 m)
  • Luas sayap: 619 ka2 (57.5 m2)
  • Berat kosong: 6,861 lb (3,112 kg)
  • Berat kasar: 10,650 lb (4,824 kg)
  • Janakuasa: 2 × Curtiss V-1570-23 "Conqueror" V12 engines, 600 hp (450 kW) setiap enjin

Prestasi

  • Halaju maksimum: 160 mph (260 km/j, 140 kn)


Rujukan sunting

  1. ^ Cellier, Alfred (23 August 1934), "American Military Monoplanes", Flight, m/s. 864
  2. ^ Pelletier 2005, p. 64.

Bibliografi sunting

  • Pelletier, Alain J. "Fokker Twilight". Air Enthusiast, No. 117, May/June 2005, pp. 62–66. ISSN 0143-5450.
  • Wagner, Ray. American Combat Planes. New York: Doubleday, 1982. ISBN 0-930083-17-2.

Templat:Fokker aircraft