Buka menu utama

Fong Po Kuan (Bahasa Cina: Tulisan Cina Ringkas 冯宝君; pinyin: Féng Bǎojūn) (lahir 15 September 1973 di Perak) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Fong Po Kuan
冯宝君
Fongpokuan.jpg
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Batu Gajah
Dalam jawatan
1999 – 2013
Didahului olehYeong Chee Wah
Butiran peribadi
Lahir (1973-09-15) 15 September 1973 (umur 46)
Perak
Parti politikMalaysia Parti Tindakan Demokratik (DAP)
PasanganTan Chen Choon
PekerjaanMalaysia Ahli Parlimen
Laman sesawanghttp://pokuan.blogsome.com

PendidikanSunting

Beliau mengambil STPM di Anglo Chinese School, Ipoh pada tahun 1992. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dari tahun 1993 hingga 1997, memperolehi ijazah undang-undang.

Kerjaya politikSunting

Pada pilihanraya Malaysia 1999, Fong telah memenangi kerusi parlimen Batu Gajah, dan ini menjadikannya Ahli Parlimen (MP) termuda di Malaysia ketika itu.[petikan diperlukan] Beliau memenangi 19,867 dari 38,774 undian keseluruhan, dan mendapat majoriti 2,071 dengan 67.5% peratus pengundian.

Selepas pilihanraya umum ke-12 pada Mac 2008, Fong Po Kuan berjaya mempertahankan kerusi Parlimennya dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya.

Keputusan Pilihanraya[1]Sunting

Tahun Kawasan Undian Majoriti Jumlah Undian Lawan Peratus pengundian
1999 P63 Batu Gajah 19,867 menang dengan 2,071 38,774 Yeong Chee Wah (BN - MCA)
Yang Kar Ming (MDP)
65.68%
2004 P66 Batu Gajah 28,847 menang dengan 8,033 50,952 Ong Ka Chuan (BN - MCA) 69.66%
2008 P66 Batu Gajah 39,922 menang dengan 24,627 56,270 Cheah Yoke Can (BN - MCA) 72.78%

Kehidupan peribadiSunting

Fong, 34, telah berkahwin dengan setiausaha penganjuran DAP Johor, Tan Chen Choon, 37, pada 12 Januari 2008.

Pautan luarSunting

RujukanSunting