Foodpanda (dijenamakan sebagai foodpanda) ialah sebuah pasaran penghantaran makanan mudah alih Jerman[1] yang beribu pejabat di Berlin, Jerman, berurusan di 10 negara dan wilayah.[2] Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang. Syarikat itu telah berkongsi perkhidmata dengan 27,095 restoran di 193 bandar dan mempunyai lebih daripada 15,733 penghantar pesanan. Firma tersebut telah diperoleh Delivery Hero pada awal Disember 2016.[3]

foodpanda
Maklumat umum
URLfoodpanda.com
JenisAnak syarikat
Ditubuhkan2012; 12 tahun yang lalu (2012)
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikDelivery Hero (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Pengasas
  • Ralf Wenzel (Global)
  • Benjamin Bauer (Global)
  • Kiren Tanna (APAC)
CEOJakob Angele
Syarikat indukDelivery Hero
Kandungan dan sokongan
IndustriPenghantaran makanan dalam talian
Perangkaan
Bil. kakitangan1,001 - 5,000 pekerja
Lokasi
Ibu pejabat
Kawasan diberi khidmatLaos, Thailand, Taiwan, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Filipina, Kemboja, Hungary, Slovakia, Singapura, Myanmar dan Hong Kong Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: foodora.ca Instagram: foodpandamy Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perniagaan Foodpanda di India diperolehi oleh sebuah syarikat pengagregat teksi India bernama Ola pada 29 Disember 2017 dengan sejumlah wang yang tidak didedahkan.[4]

Sejarah sunting

Kumpulan Foodpanda diasaskan oleh Ralf Wenzel, Rohit Chadda, Ben Bauer, Felix Plog pada tahun 2012. Perniagaan Foodpanda di Singapura dilancarkan oleh Lukas Nagel dan Rico Wyder.[5] Dalam bulan Februari 2014, Foodpanda mendapat saingan di Pakistan dengan syarikat Eat Oye!.[6] Pada November 2016 Foodpanda menjual perniagaan Delivery Club di Rusia kepada mail.ru dengan jumlah sebanyak $100 juta.[7] Pada Disember 2016, kumpulan Foodpanda diperolehi pesaing Jerman Delivery Hero.[3] Perniagaan Foodpanda di India diperolehi Ola dengan tawaran semua saham pada 11 Disember 2017.[4]

Penjenamaan global semula sunting

Pada 1 November 2017, Foodpanda jenama semula daripada warna jingga ke merah jambu dengan logo yang dikemas kini di serata dunia. Penjenamaan ini berlaku selepas pemerolehan oleh syarikat teknologi besar Delivery Hero pada Disember 2016, menukarkan warna jenama mereka daripada jingga kepada merah jambu. Walaupun logo panda mereka dikekalkan di wajah jenama, ia diubah suai dengan penampilan yang lebih bulat dan lebih "moden". Menurut syarikat tersebut, logo baharu ini bertujuan untuk jadi lebih mudah diingati orang ramai. Tambahan pula, gaya fon (font) Foodpanda juga ditukarkan kepada fon yang lebih sezaman dan kontemporari, sehaluan dengan impian baharu mereka. Merah jambu juga warna istimewa syarikat beradik, foodora.

Penjenamaan semula ini akan dilaksanakan serata dunia di 190 bandar merangkumi 11 buah negara (kecuali India di mana perniagaan mereka dijual kepada Ola Cabs) termasuklah Singapura, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Taiwan dan Thailand. Tambahan dengan identiti baharu ini, syarikat tersebut juga melancarkan aplikasi baharu dan bahagian depan dengan nilai tambahan kepada pelanggan, juga termasuk antara muka yang lebih mesra pengguna atau ciri-ciri seperti penjejak pesanan dan masa penghantaran dinamik. Dan sebahagian dengan wajah baharunya, syarikat tersebut harus mengemaskinikan aplikasi, laman sesawang, dan platform digital yang lain mereka, sebelum maju ke lebih daripada 1,500 restoran perkongsian di Singapura untuk menukarkan semua cagaran restoran jingga mereka.[8]

Platform sunting

Foodpanda memproses dan menghantar pesanan terus ke restoran kongsi, yang kemudiannya menghantarkan pesanan tersebut kepada pelanggan. Khidmat ini boleh digunakan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.[9][10] Pelanggan pesan makanan dengan memasukkan poskod mereka pada laman tersebut dan layar mencari makanan daripada pelbagai restoran. Pelanggan juga dapat tokok tambahkan pesanan lain daripada restoran sebelum memasukkan alamat dan terus keluar ke pembayaran. Restoran-restoran menerima dan hantarkan pesanan kepada pelanggan. Foodpanda kirimkan sepucuk SMS untuk mengesahkan pesanan dan anggaran waktu ketibaan.

Pesanan dalam talian sunting

Foodpanda terima pesanan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.[11] Ia menghubungkan pelanggan dengan restoran yang menawar khidmat penghantaran makanan dalam kawasan mereka dan membenarkan pelanggan pilih, pesan dan bayar dalam talian. Foodpanda juga mempunyai petak ulasan, di mana pelanggan dapat memberi ulasan terhadap jualan, hantaran, rasa dan penampilan keseluruhan restoran-restoran.[12][13]

Pelaburan sunting

Syarikat tersebut meraih sejumlah $318 juta dalam modal usaha niaga.[14] Foodpanda mendapat $20 juta dalam pembiayaan awal dari Investment AB Kinnevik, Phenomen Ventures dan Rocket Internet pada April 2013.[15][16] Pada bulan September 2013, iMENA Holdings melaburkan sebanyak $8 juta.[17] Pada Februari 2014, ada sebuah lagi pusingan pendanaan, berjumlahkan $20 juta daripada sekumpulan pelabur, termasuklah Phenomen Ventures.[18] Pada 11 Ogos, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan $60 juta lagi dalam pembiayaan daripada sekumpulan pelabur.[19] Pada Mac 2015, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka telah mendapat $110 juta daripada Rocket Internet, juga daripada pelabur lain.[20] Tidak sampai dua bulan kemudian, sekumpulan pelabur, termasuklah Goldman Sachs, melaburkan $100 juta dalam Foodpanda.[21]

Kontroversi sunting

Pengupahan gaji pekerja di Malaysia sunting

Pada September 2019, cawangan Foodpanda di Malaysia memperkenalkan suatu skim gaji yang lebih bertumpu kepada pemberian upah secara kadar hari berbanding jam kerja. Pengarah urusan cawangan tersebut, Sayantan Das menyatakan perubahan ini "membolehkan penghantar makanan yang mahu bekerja lebih mendapat kuantiti penghantaran tinggi justeru mendapat lebih pendapatan" melalui kelonggaran tempoh waktu yang dianggap bersesuaian dengan jadual sendiri kepada para pekerja.[22][23] Walau bagaimanapun, para penunggang ada menyatakan kerisauan bahawa pelaksanaan skim ini tidak begitu dijelaskan tanpa adanya perwakilan syarikat yang turun padang, maka ia dilihat smampu menjejaskan pendapatan penunggang secara ketara. Oleh sebab itu, banyak penunggang seluruh Malaysia memutuskan untuk mogok mendesak maklum balas segera dari pihak Foodpanda di mana mereka berhenti menerima sebarang pesanan makanan yang ditempah pada hari itu. Sebanyak 800 orang penunggang mogok di Johor Bahru,[22] 100 orang penunggang mogok di Kuala Lumpur dan lebih kurang 100 orang lagi bertindak sama di Kota Kinabalu.[23] Keadaan ini mendapat perhatian daripada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq yang melihat pernyataan dilakukan Sayantan seakan bersifat "tiada masalah" dengan situasi ini - Syed sendiri berkata dalam akaun Twitternya: "Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna, & boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna. Keangkuhan bukan jalan penyelesaian".[24]

Pengurusan sunting

Foodpanda kini berurusan di 11 buah negara di Asia, Eropah Timur dan Asia Barat, termasuklah

Jenama antarabangsa sunting

Kumpulan Delivery Hero mempunyai berbagai-bagai jenama di peringkat antarabangsa. "Foodpanda" di Asia dan Eropah Timur, "Foodora" di Eropah, Australia dan Canada, "hellofood" di Asia Barat, "Delivery Club" di Rusia, "24h" di Emiriah Arab Bersatu, "NetPincer" di Hungary, "Donesi.com" di Serbia, Bosnia & Herzegovina dan Montenegro, "Pauza" di Croatia, dan "Otlob" di Mesir.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ Anand, Ayush DP (January 19, 2017). "Hong Kong food delivery services put to the test". South China Morning Post. Dicapai pada June 21, 2017.
  2. ^ "Foodpanda locations".
  3. ^ a b "Delivery Hero Acquires foodpanda". Delivery Hero. Dicapai pada 2016-12-10.
  4. ^ a b Russell, Jon (18 December 2017). "Uber rival Ola buys Foodpanda India to get into food deliveries". TechCrunch. Oath Inc. Dicapai pada 20 December 2017.
  5. ^ "Malaysian Entrepreneur Launches Food Delivery Website for Hungry Busy City Consumers". Next Up Asia. 29 March 2012. Dicapai pada 24 August 2016.
  6. ^ "Food Panda takes over Eat Oye!". The Express Tribune. The Express Tribune. February 6, 2015.
  7. ^ Ingrid, Lunden (2016-11-03). "Rocket Internet's Foodpanda sells Russian takeout business to Mail.Ru for $100M". techcrunch.com. TechCrunch. Dicapai pada 2017-01-18.
  8. ^ "From orange to pink: foodpanda undergoes global rebrand". marketing-interactive.com.
  9. ^ "Food Panda, Rocket Internet's Answer To Grub Hub, Now Delivering Food In 25 Emerging Markets; Launches First Mobile App". TechCrunch. Dicapai pada 2013-04-03.
  10. ^ "Food panda: Rocket Internet's Play At Food Delivery in Asia". Tech In Asia. Dicapai pada 2013-05-22.
  11. ^ "Nokia Partners With Rocket Internet to Launch Hellofood and Foodpanda App On Nokia Asha, Lumia & X Family of Devices". Tech World Africa. Dicapai pada Feb 26, 2014.
  12. ^ "Order Food Online with Foodpanda Mobile App". Techno Booklet. Dicapai pada Jan 10, 2014.
  13. ^ "[Cool] Online food delivery site FoodPanda now features restaurant reviews". Vulcan Post. Dicapai pada Feb 21, 2014.
  14. ^ "Profile - Foodpanda". crunchbase.com. Crunchbase. 2016. Dicapai pada 2017-01-18.
  15. ^ Bhanver, Jagmohan; Bhanver, Komal (25 March 2017). "CLICK!: The Amazing Story of India's E-commerce Boom and Where It's Headed". Hachette India.
  16. ^ "Rocket Internet-Backed FoodPanda Raises $20M+ As It Prepares For The Next Course In Its Food Delivery Ambitions". Tech Crunch. Dicapai pada May 7, 2013.
  17. ^ "iMENA Invests $8M In Foodpanda's Hellofood To Help Rocket Expand Take-Out Service In Middle East". Tech Crunch. Dicapai pada Sep 9, 2013.
  18. ^ "Rocket Internet-backed Foodpanda raises $20M in funding from Phenomen Ventures, others". Techcircle. Dicapai pada Feb 4, 2014.
  19. ^ "Online meal delivery firm foodpanda gets $60 mln in financing". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-11. Dicapai pada 11 August 2014.
  20. ^ "Rocket Internet's Foodpanda fattens up with $110M funding". Tech in Asia. 12 March 2015. Dicapai pada 24 August 2016.
  21. ^ "Rocket-backed Foodpanda raises $100 million in round led by Goldman". Reuters. 1 May 2015. Dicapai pada 24 August 2016.
  22. ^ a b Fadhli Sulaiman (30 September 2019). "Bantah skim bayaran baru, penghantar Foodpanda mula mogok". Malaysiakini. Dicapai pada 16 April 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  23. ^ a b Azzman Abdul Jamal; Nisa Azaman (30 September 2019). "More than 200 Foodpanda riders protest over new payment scheme". New Straits Times. Dicapai pada 16 April 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  24. ^ "Syed Saddiq ingatkan Food Panda jangan angkuh". Malaysiakini. 7 Oktober 2019. Dicapai pada 16 April 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  25. ^ "foodpanda". www.deliveryhero.com.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting