Formasi Mangga ialah sejenis formasi batuan berusia Karbon hingga Perm yang terdapat di Kelantan, Malaysia.

Sejarah PengkajianSunting

Kajian awal terhadap batuan dalam formasi ini dilakukan oleh MacDonald (1955).

Kajian terperinci dilakukan oleh Mohamad Hussein Jamaluddin () yang merupakan individu yang memberikan nama formasi ini bersempena Sungai Mangga di mana lokasi pemetaan pertama dan singkapan yang terbaik ditemui.

TaburanSunting

Formasi Mangga tersingkap di bahagian atas Sungai Machang dan memanjang sehingga Kampung Gunung di tenggara. Formasi ini juga tersingkap di kawasan Temengor dan Sungai Jenera di utara Kelantan.

KorelasiSunting

MT-JGSC (2006) menselaraskan Formasi Mangga dengan Formasi Ai Ka Po dan Formasi Ka Lu Bi di selatan Thailand yang mempunyai litologi yang sama.

Litologi

Formasi Mangga merupakan jujukan batuan termetamorf gred rendah yang terdiri daripada 4 fasies iaitu fasies berargilit, fasies berarenit, fasies piroklastik dan fasies berkapur.

Fasies-fasies dalam Formasi Mangga
Fasies Ciri-ciri
Berargilit
  • Terdiri daripada batuan-batuan termetamorf iaitu syal bersilika, sabak, filit, meta-batu lodak dan honfels.
  • Bahagian atas fasies merangkumi batuan berhonfels seperti honfels kalka-silikat berwarna kelabu cerah, berbutiran sangat halus, sedikit terfoliasi dan terhablur semula dengan rerambut kuarza dan kalsit. Komposisi mineral utama secara petrografi ialah kuarza dengan sedikir muskovit, biotit, diopsit dan oksida besi.
  • Bahagian bawah fasies terdiri daripada rijang berwarna kekelabuan dengan sedikit lapisan nipis rijang tak tulen. Terdapat juga sabak dan filit yang berselang lapis dengan meta-batu lodak.


Berarenit
  • Terdiri daripada meta-batu pasir dan metagreiwak yang berselang lapis dengan sedikit meta-batu lodak dan syis.
  • Syis terdiri daripada syis kuarza-mika, syia mika-garnet dan syis kuarza-mika-grafit.
Piroklastik Terdiri daripada tuf beriolit yang wujud sebagai kekanta dalam fasies berarenit dan fasies berargilit.
Berkapur
  • Terdiri daripada marmar tak tulen dan marmar tulen putih yang juga wujud di celah-celah fasies.
  • Gunung Reng wujud sebagai kekanta berkapur di antara fasies berargilit berhonfels yang membentuk topografi kars.

Penentuan UsiaSunting

Penemuan fosil Paleaojera sp., brakiopod Costiferina sp. dan gastropod oleh MacDonald (1955) yang terpelihara teruk di Kampung Belimbing menunjukkan Formasi Mangga berusia Perm.

Tiada kumpulan fosil ditemui manakala ketebalan turutan batuan juga tidak dapat dikenalpasti oleh MT-JGSC (2006), tetapi mengelaskan formasi ini kepada Karbon hingga Perm berdasarkan korelasi secara litologi dan stratigrafi.

RujukanSunting

  1. MacDonald, S., 1955. Brief notes on the geology of the valleys of the Pergau and Lebir, Kelantan. Geological Survey, Federation of Malaya (unpublished).
  2. The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC), 2006. Geology of the Batu Melintang - Sungai Kolok transect area along the Malaysia - Thailand border. Minerals and Geoscience Department Malaysia.