Formasi Tanjung Dendang

Formasi Tanjung Dendang ialah sejenis formasi batuan berusia Ordovisi hingga Silur yang terdapat di Langkawi, Kedah, Malaysia.

Formasi Tanjung Dendang ialah ahli Kumpulan Setul yang diperkenalkan oleh MT-JGSC (2015).

Taburan sunting

Formasi batuan ini tersingkap dengan baik di Teluk Mempelam yang terletak di pantai barat laut Pulau Langgun serta di Pulau Tanjung Dendang, Pulau Timun dan Pulau Tuba.

Korelasi sunting

MT-JGSC (2015) menselaraskan Formasi Tanjung Dendang dengan Formasi Wang Tong yang tersingkap di wilayah Satun, selatan Thailand.

Litologi sunting

Formasi Tanjung Dendang mempunyai ketebalan sehingga 100 meter yang terdiri daripada selanglapis syal kelabu gelap, syal merah jambu, syal hitam kehijauan, syal hitam dan syal merah.

Penentuan Usia sunting

Kajian mengenai fosil-fosil dalam formasi ini dilakukan oleh Wong (1974), Mohd Shafeea Leman et al. (2007), Che Aziz Ali et al. (2008) dan MT-JGSC (2015).

Antara fosil-fosil yang ditemui dalam formasi ini ialah

  • trilobit Mucronaspis mucronata berusia Lewat Ordovisi
  • graptolit termasuk Climacograptus sp., vesiculosus, cyphus, gregorious, convolutes dan sedgwickii Zones berusia sehingga Silur

Rujukan sunting

  1. Che Aziz Ali, Kamal Roslan Mohamed, Mohd Shafeea Leman, Ibrahim Komoo and Tanut Cocks, L.R.M., Fortey, R.A., and Lee, C.P., 2005. A Review of Lower and Middle Palaeozoic biostratigraphy in west peninsular Malaysia and southern Thailand in its context within Sibumasu terrane. Journal of Asian Earth Sciences, 24, 703-717.
  2. Mohd Shafeea Leman, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ibrahim Komoo and Norhayati Ahmad, 2007. Langkawi Geopark. Langkawi Research Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  3. The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC), 2015. Geological Conservation and Geological Tourism in Langkawi - Tarutao Islands, Geological Papers Volume 13.
  4. Wong, P.K., 1974. The Geology and Stratigraphy of the Northeastern Langkawi Area, Kedah Malaysia. Unpublish B.Sc (Hons) thesis. Department of Geology, Univ. Malaya.