Formula Satu musim 1999 ialah Kejuaraan Dunia Formula SatuFIA musim ke-50. Ia bermula pada 7 Mac 1999, dan berakhir pada 31 Oktober, selepas 16 perlumbaan. Musim ini menyaksikan Grand Prix yang baru disertakan ke dalam kalendar Kejuaraan Dunia, iaitu Grand Prix Malaysia. Kejuaraan Pemandu Dunia dimenangi oleh Mika Häkkinen, walaupun Eddie Irvine, David Coulthard dan Heinz-Harald Frentzen hampir merangkul kejuaraan tersebut. Ferrari memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia, yang membuka jalan kepada era dominasi bagi Michael Schumacher dan Ferrari dominasi pada awal abad ke-21. Schumacher tercedera di Grand Prix British di Silverstone, dan kakinya patah akibat kemalangan tersebut, namun beliau kembali sebelum musim ini berakhir.