Fort Jefferson, Florida

Fort Jefferson adalah sebuah struktur kubu pantai besar yang tidak siap. Ia merupakan struktur batu terbesar di Amerika,[2][3] yang dibina lebih daripada 16 juta batu-batan. Kawasan Dry Tortugas merupakan sebahadian daripada Kaunti Monroe, Florida, Amerika Syarikat. Kubu ini terletak di Garden Key, hulu Florida Keys di dalam Taman Negara Dry Tortugas, sekitar 70 batu (110 km) ke barat dari arah pulau Key West.

Fort Jefferson, Florida
Fort Jefferson tidak lagi digunakan dan sekarang merupakan sebahagian daripada Taman Negara Dry Tortugas.
Fort Jefferson tidak lagi digunakan dan sekarang merupakan sebahagian daripada Taman Negara Dry Tortugas.
Negara Amerika Syarikat
Negeri Florida
Kaunti Monroe
Zon waktuUTC-5 (Timur (EST))
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
Monumen Negara Fort Jefferson
Lokasi68 batu barat Key West, di Teluk Mexico, Kepulauan Dry Tortugas, Florida
Luas47.125 ekar (19.071 he)
Dibina pada1847
No. rujukan NRHP70000069[1]
Ditambahkan ke NRHP10 November, 1970

Sejarah sunting

Pembinaan sunting

 
Fort Jefferson Moat – Dry Tortugas

Pada akhir Disember 1824 dan awal Januari 1825, kira-kira lima tahun selepas Sepanyol menjual Florida kepada Amerika Syarikat dengan harga $5 juta, Commodore David Porter dari Tentera Laut A.S telah memeriksa kepulauan Dry Tortugas. Beliau sedang mencari tapak bagi membina sebuah stesyen tentera laut bagi tujuan menghapuskan aktiviti perlanunan di Caribbean. Kecewa dengan hasil ekpedisi ini, beliau kemudian memaklumkan Setiausaha Tentera Laut bahawa Dry Tortugas tidak sesuai untuk dibina penempatan bagi tentera laut. Laporan beliau menyatakan kawasan ini hanya terdiri daripada pulau-pulau pasir yang kecil dan sedikit tinggi daripada aras laut, tidak memiliki sumber air tawar, tidak cukup tanah untuk membina kubu dan tidak cukup kuat untuk menampung berat sekiranya dibina.

Meskipun Commodore Porter menyatakan bahawa Dry Tortugas tidak sesuai untuk stesyen tentera laut, pihak lain di dalam kerajaan A.S berpendapat kepulauan ini sesuai untuk pembinaan sebuah rumah api bagi memberi panduan kepada kawasan sekitar. Sebuah pulau kecil bernama Bush Key, kemudian dikenali sebagai Garden Key, telah dipilih sebagai tapak rumah api ini yang kemudian dikenali sebagai Garden Key Light. Pembinaan bermula pada tahun 1825 dan siap pada 1826. Rumah api setinggi 65-kaki dibina daripada bata. Sebuah rumah kecil berwarna putih juga dibina bersebelahan dengan rumah api.

Pada bulan Mei 1829, Commodore John Rodgers telah berlabuh di the Dry Tortugas bagi menilai kawasan untuk berlabuh. Berlawanan dengan pengalaman Commodore Porter, Rogers berpuas hati dengan penemuan beliau. Beliau melaporkan Dry Tortugas mengandungi 11 buah pulau kecil dan terumbu karang. Terdapat juga perlabuhan di kawasan dalam dan luar, menajdikan ia sebuah pelabuhan yang sesuai dalam semua musim, dan cukup besar untuk membolehkan sejumlah besar kapal berlabuh. Paling penting, pelabuhan di bahagian dalam memiliki kedalaman yang sesuai bagi kapal jenis ships-of-the-line untuk berlabuh. Pintu masuknya juga sempit dengan luas tidak melebihi 120 ela. Rogers menyatakan juga sekiranya musuh menduduki Dry Tortugas, aktiviti perkapalan Amerika Syarikat berada dalam keadaan bahaya. Walau bagaimanapun, sekiranya diduduki dan diperkukuh oleh Amerika Syarikat, Dry Tortugas akan menjadi pangkalan hadapan untuk mempertahankan pantai teluk.

 
Fort Jefferson

Meskipun beberapa kajian kejuruteraan dan kerenah birokrasi telah melewatkan projek selama 17 tahun, pembinaan Fort Jefferson (dinamakan bersempena nama presiden ke-3, Thomas Jefferson) akhirnya dimulakan di Garden Key pada tahun 1846. Kubu baru ini akan dibina di atas tapak rumah api dan rumah penjaga di Garden Key.

Rujukan sunting

  1. ^ Perkhidmatan Taman Negara (9 Julai 2010). "National Register Information System". Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.
  2. ^ National Park Service Dry Tortugas National Park
  3. ^ Trips: Florida’s Dry Tortugas National Park

Pautan luar sunting

Koordinat: 24°37′41″N 82°52′23″W / 24.628°N 82.873°W / 24.628; -82.873 Templat:National Register of Historic Places Templat:Monroe County, Florida