Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat

Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat atau US-Islamic World Forum telah diadakan di Doha, Qatar pada 13-15 Februari 2010. Ia ditaja oleh Brookings Institution.

Tujuan sunting

Tujuannya bagi membincangkan hubungan antara Amerika Syarikat dengan Dunia Islam. Semakin ramai rakyat Amerika bimbang dengan perkembangan serangan kapal terbang sempena Hari Krismas dan serangan pengganas. Presiden Barack Obama pula dilihat berlembut dengan pelampau Islam.

Umat Islam semakin marah apabila tentera Amerika Syarikat menceroboh negara Afghanistan 2001 dan Iraq 2003. Israel pula semakin kurang ajar menyerang Palestin dan Gaza kerana dilindungi oleh Amerika Syarikat.

Penduduk dunia terdiri dari 1.5 bilion Muslim, 2 bilion Kristian, dan 13 juta Yahudi. Hubungan AS-Islam lebih baik di bawah pentadbiran Obama berbanding pentadbiran Bush.

Tokoh yang hadir sunting

Antara tokoh yang hadir ialah:[1]

  1. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton
  2. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan
  3. Ulama terkenal, Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi
  4. Bekas Timbalam PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  5. Rev. Welton Gaddy, presiden Interfaith Alliance.
  6. Bekas Setiausaha Negara A.S., Madeleine Albright
  7. Jeneral Tentera Darat A.S. David Petraeus
  8. Biskop Episkopal John Chane dari Washington, D.C.
  9. Pastor Joel Hunter dari Northland Church di Florida
  10. Al-Husein Madhany, aktivis Muslim-Amerika Syarikat
  11. Muqtedar Khan - pengarah program kajian Islam Universiti Delaware.

Presiden A.S. Barack Obama turut berucap di forum ini menerusi video.[2]

Rujukan sunting