Forum Memeluk Islam

Forum Memeluk Islam telah diadakan dan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia di ibu pejabat badan itu di Lebuh Pasar, Kuala Lumpur hari Sabtu 9 Ogos 2008 dari jam 9.00 hingga 1.30 tengah hari. Seramai 150 peserta individu, wakil organisasi dan perwakilan asing turut hadir. Forum ini dianggap berjaya walaupun ditamatkan lebih awal iaitu pada jam 10.00 pagi.[1]

Penceramah forum terdiri daripada Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik/Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan tiga pengamal undang-undang, Ravi Nekoo, K. Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga bekas Hakim Syarie, Dr Haji Naim Haji Mokhtar selaku penceramah jemputan telah menarik diri siang-siang lagi.

Pengantara bagi sesi panel dan forum ialah Zarizana Abdul Aziz dari Pusat Bagi Perubahan Wanita.

Apa isunya sunting

Setakat ini 3 wakil keluarga bukan Islam menceritakan penderitaan mereka apabila suami mereka memeluk Islam dan keluarga mereka diabaikan.

  • Seorang wanita Jerman berkahwin dengan dua lelaki Islam yang tidak bertanggungjawab.
  • Kes R. Subashini di mana suaminya memeluk Islam. Mohamed Haniff mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam kes Subashini. Shanmuga pula ialah peguam kepada Subashini.
  • Kes S. Shamala juga suaminya memeluk Islam. Peguam Ravi pula mewakili Shamala di mahkamah.

Apabila suami memeluk Islam akan berlaku konflik penjagaan anak dan perebutan jenazah. Perceraian sesama agama juga sering melibatkan masalah perebutan anak dan penderitaan berlaku. Sebenarnya ini bukan masalah anak tetapi masalah penguatkuasaan undang-undang.[2] Walau bagaimanapun, apa yang menjadi kekesalan ialah sikap Majlis Peguam yang hanya menyuarakan tentang hak orang bukan Islam dalam kes-kes tersebut, tetapi meminggirkan secara halus hak-hak orang Islam.

Objektif forum sunting

Majlis Peguam terpanggil untuk mencari kejernihan berhubung beberapa ibu agama yang menyangkut pihak bukan Islam tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana membabitkan isu agama Islam. Sedangkan pentadbiran negara Malaysia terbahagi kepada Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Barisan peguam bukan Islam merasakan diri anak guaman mereka tidak terbela dengan sepenuhnya kerana beberapa kes perlu dibawa kepada Mahkamah Syariah yang terhad kepada peguam Muslim sahaja.

Objektif Majlis Peguam ialah untuk menyelesaikan isu mengenai konflik undang-undang yang dihadapi keluarga yang terperangkap antara pemisahan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah Syariah. Majlis Peguam memperakui dan menghormati Fasal 121 (1A), tetapi terdapat pandangan adalah tidak adil untuk mewajibkan semua orang tertakluk dengan undang-undang dan mahkamah berdasarkan agama yang mereka tidak anuti, dan pandangan itu perlu dibincangkan dan diselesaikan.

Tumpuan Majlis Peguam ialah mengenai cara pengendalian konflik seumpama itu pada masa ini dan perlu ada usaha bersepadu di pihak kerajaan untuk menangani isu itu secara membina. Sesuatu forum perlu dirintis dan diadakan forum-forum lain jika perlu. Lebih banyk forum lebih baik demi perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.[3]

Tidak menyentuh keistimewaan Islam sunting

Naib Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan menyatakan forum itu diteruskan walaupun mendapat bantahan banyak NGO Islam dan parti politik. Selama ini NGO Islam dan beberapa parti politik senada dalam beberapa isu seperti isu kebebasan media, AUKU dan lain-lain. Setiap NGO dan parti politik ini mempunyai peguam-peguam handalan dan bolehlah turut serta dalam forum yang cukup ilmiah itu. Demonstrasi Majlis Peguam di Palace of Justice sebelum ini mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada semua NGO dan parti politik bukan Islam, tetapi mendapat tentangan daripada NGO Islam.[4]

Forum ini cukup perlu dan penting supaya suara golongan minoriti turut terbela dalam forum yang formal dan dengan itu tidaklah perlu diadakan sebarang demonstrasi.

Forum itu tidak akan mempertikai Fasal 121 (1A) atau mempersoalkan agama Islam dan statusnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.[5]

Bantahan pihak Islam sunting

Kerajaan serba salah mengambil tindakan tegas kerana Majlis Peguam bukanlah calang-calang badan perundangan dan mereka ada fikiran sendiri. Jika kerajaan menekan dan mengambil tindakan awal, akan ada pula yang menuduh kerajaan tidak demokratik dan tidak membenarkan forum aman dalam sebuah premis sendiri pula. Tetapi forum seperti ini tidak dapat tidak pasti akan menyentuh peruntukan Perlembagaan Persekutuan.[6]

Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM) melihat forum ini mencemar kesucian Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada agama Islam.. Presiden PGSM, Zainul Rijal Abu Bakar mahu Majlis Peguam menerima hakikat bahawa Islam ialah agama rasmi negara ini. Orang Islam tidak perlu mempertikaikan agama Iain. Penganut agama lain pula tidak boleh mempertikaikan agama Islam.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu tindakan ISA diambil terhadap Majlis Peguam. Jika terlambat, rusuhan kaum akan berlaku.[7]

Keselamatan sunting

Dua bom api telah dilontar ke rumah banglo Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara jam 3 pagi oleh dua lelaki bermotosikal. Motifnya dijangka ditujukan kepada Ambiga Subramaniam kerana banglo itu asalnya kepunyaan beliau tetapi dijual kepada Shahrizat pada 2005. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Ahmad Bhari Wan Abdul Khalid mengesahkan laporan tersebut. Polis akan menyiasat motif sebenar mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi kesalahan perbuatan khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.[8]

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berbincang dengan Ambiga dan Ragunath Kesavan dari Majlis Peguam agar forum itu ditamatkan kerana bilangan penunjuk perasaan yang berugama Islam di luar bangunan mencecah 3000 orang pada jam 10.00.[perlu rujukan] Beberapa wakil NGO telah meluru ke pentas bersama Zulkarnain Abdul Rahman.

Antara mereka yang hadir ialah Ketua Penerangan Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Mohd. Nazari Ahmad; Naib Presiden GPMS, Jais Abd. Karim; Setiausaha Pekida, Sharil Aziz dan Ahli Exco Peguam Pembela Islam Malaysia, Zulkifli Nordin.

Langkah penyelesaian sunting

PGSM mencadangkan forum itu diadakan sesama Islam sahaja kerana ia berkaitan dengan hal ehwal Islam.

Bekas Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Pawanchek Merican mencadangkan hanya yang arif dalam bidang undang-undang sahaja dijemput hadir dan bukan forum terbuka. Emosional pasti tercetus jika orang awam dijemput hadir.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayob mahu Majlis Peguam memanggil pihak yang arif seperti mufti dan pakar-pakar daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk duduk semeja dan berbincang secara tertutup sebagai diskusi intelektual.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Forum berjaya - Ambiga http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0810&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_08.htm&arc=hive
  2. ^ Bukan sebab Islam http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0810&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_11.htm&arc=hive
  3. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351531 Forum 'Memeluk Islam' Akan Diadakan Seperti Jadual Esok
  4. ^ "Majlis Peguam anti-Islam - Zulkifli Noordin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-16. Dicapai pada 2009-01-21.
  5. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351678 Bernama online
  6. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351218 Forum Memeluk Islam Tidak Sesuai Diadakan Secara Terbuka, Kata Najib
  7. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351542 Penganjur Forum Memeluk Islam Patut Dikenakan ISA, Kata Ali Rustam
  8. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351729 Rumah Datuk Seri Shahrizat Dilontar Dua Bom Api
  9. ^ http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351645 http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351645 Bernama online