Fosfolipid
Fosfolipid serta fosfatida[1] merupakan sejenis lipid dengan molekul yang memiliki "kepala" hidrofilia berkumpulan fosfat, dan dua "ekor" hidrofobik terbitan asid lemak yang disambung dengan molekul gliserol. Walaupun begitu, kumpulan fosfat juga boleh dicantum dengan molekul organik ringkas seperti kolina, etanolamina atau serina. Fosfolipid pertama yang ditemui di tisu biologi ialah lesitin dalam kuning telur ayam oleh Theodore Nicolas Gobley pada 1847.
Fosfolipid ialah komponen utama membran sel. Fosfolipid membentuk dwilapisan lipid oleh kerana memiliki ciri ampifilik. Dalam eukariot, membran-membran sel juga memiliki sejenis lagi lipid, sterol yang wujud di antara fosfolipid. Kombinasi ini memberikan fleksibiliti terhadap membran bersama-sama pengukuhan membran. Di samping itu, fosfolipid juga ditulenkan dan dihasilkan secara komersial, dan digunakan dalam bidang nanoteknologi dan sains bahan.[2]
Fosfolipid utama
suntingDiasilgliserida
sunting- Asid fosfatidik (fosfatidat) (PA)
- Fosfatidiletalonamina (sefalin) (PE)
- Fosfatidilkolina (lesitin) (PC)
- Fosfatidilserina (PS)
- Fosfoinositida:
- Fosfatidilinositol (PI)
- Fosfatidilinositol fosfat (PIP)
- Fosfatidilinositol bisfosfat (PIP2)
- Fosfatidilinositol trisfosfat (PIP3)
Fosfosfingolipid
sunting- Lihat Sfingolipid
- Seramida fosforilkolina (Sfingomielin) (SPH)
- Seramida fosforiletolamina (Sfingomielin) (Cer-PE)
- Seramida fosforillipid
Fungsi
suntingFungsi fosfolipid utama adalah sebagai bahan penyusun membran sel. Membran-membran sel tersusun daripada protein tertanam dan bersatu dengan suatu lapisan molekul dwifosfolipid. Lesitin dan sefalin adalah salah satu jenis-jenis fosfolipid yang dapat ditemui pada beberapa bagian tubuh seperti otak, sel saraf dan hati. Zat tersebut juga ditemui pada pucuk gandum dan soya.[3] Beberapa fungsi biologi lainnya termasuk sebagai surfaktan paru-paru yang mencegah pelekatan di dinding alveolus paru-paru sewaktu bernafas. Fosfolipid merupakan salah satu zat-zat pengemulsi yang baik. Dalam industri makanan seperti mayonais, fosfogliserida daripada kuning telur berfungsi menjaga agar minyak sayur tetap teremulsi dengan cuka.[3] Fosfolipid semula jadi serta sintetik juga digunakan pada pembuatan ubat-ubatan, pelincir, penstabil liposom serta dalam bahan kosmetik.[4]
Rujukan
sunting- ^ "Phospholipid | biochemistry". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-22.
- ^ Mashaghi S.; Jadidi T.; Koenderink G.; Mashaghi A. (2013). "Lipid Nanotechnology". Int. J. Mol. Sci. 14 (2): 4242–4282. doi:10.3390/ijms14024242. PMC 3588097. PMID 23429269.
- ^ a b Fessenden, Ralph J., 1932- (1986). Organic chemistry. Wadsworth. ISBN 0-534-05089-1. OCLC 16720613.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Estiasih, T., Ahmadi, K. ., Nisa, F. C., & Khuluq, A. D. (2010). "EKSTRAKSI DAN FRAKSINASI FOSFOLIPID DARI LIMBAH PENGOLAHAN MINYAK SAWIT". Jurnal Teknologi Dan Industri Pangan. 21 (2): 151–159.