Fotografi udara merujuk kepada mengambil gambar di tanah dari kedudukan tinggi. Istilah ini biasanya merujuk kepada gambar di mana kamera tidak disokong oleh struktur yang berada di tanah. Kamera mungkin dipegang tangan atau dilekatkan, dan gambar perlu diambil oleh juru kamera, triggereddicetus dari jauh atau secara automatik. Pelantar bagi fotografi udara termasuk kapal terbang, helikopter, belon udara panas, blimp dan dirigible, roket, layang-layang, galah, payung terjun, galah pada kenderaan. Fotografi udara tidak sepatutnya dikelirukan dengan fotografi udara ke udara, bilamana kapal terbang merupakan pelantar foto dan juga subjek gambar.

Teres Mandian Royal Crescent Georgian, England) daripada belon udara panas

Sejarah sunting

 
Honoré Daumier, "Nadar élevant la Photographie à la hauteur de l'Art" (Gambar tinggi Nadarbagi Seni), diterbitkan di Le Boulevard, 25 May 1862.

Fotografi udara pertama kali dilakukan oleh jurugambar Perancis dan juru belon Gaspard-Félix Tournachon, dikenali sebagai jurugambar Nadar, pada tahun 1858 di Paris, Perancis. [1]

Kamera gambar bergerak pertama digunakan dipasang pada pesawat lebih berat dari udara berlaku pada April 24, 1909 di udara Rome dalam filem bisu sepanjang 3:28, Wilbur Wright und seine Flugmaschine.

Kamera udara separa automatik khas direka pada tahun 1911 oleh jurutera tentera Russia — Colonel Potte V. F.[2] This aerial camera was used during World War I.

Kegunaan fotografi udara bagi tujuan ketenteraan dikembangkan semasa Perang Dunia Pertama oleh ramai penerbang lain seperti Fred Zinn. Salah satu pertempuran yang terkenal adalah semasa pertempuran Neuve Chapelle.

Pemetaan udara mula digunakan dimedan pertempuran semasa Perang Dunia Pertama. Pada Januari 1918, Jeneral Allenby menggunakan lima juru terbang Australia dari AFC Squadron No. 1 untuk mengambil gambar kawasan seluas 624 batu persegi (1,620 km2) di Palestine sebagai bantuan memperbetulkan dan membaiki peta perbatasan Turki. Leftenan Leonard Taplin, Allan Runciman Brown, H. L. Fraser, Edward Patrick Kenny, dan L. W. Rogers mengambil gambar blok tanah terbentang dari perbatasan hadapan Turki se dalam 32 batu (51 km) ke kawasan belakang mereka. Bermula dari 5 Januari, mereka terbang dengan iringan pejuang bagi menghalau pejuang musuh. Menggunakan kapal terbang Royal Aircraft Factory BE.12 dan Martinsyde, mereka tidak hanya perlu mengatasi serangan udara musuh, tetapi turut melawan angin selaju 65 batu sejam, tembakan antipesawat, dan peralatan yang rosak bagi menyempurnakan tugas mereka sekitar 19 Januari 1918.[3]

Dengan kemajuan kamera digital murah, ramai orang kini mengambil gambar biasa dari pesawat perdagangan dan semakin banyak dari penerbangan awam semasa penerbangan rehlah peribadi.

Kegunaan gambar sunting

 
Bayangan belon udara panas, separuh terhalang leh jeti, contoh fotografi udara altitude rendah
 
Kompleks piramid Giza, diambil dari belon Eduard Spelterini pada 21 November 1904
 
Fogo island gambar udara dari kokpit Airbus oleh juruterbangnya sendiri

Fotografi udara digunakan bagi kartografi[4] (particularly in photogrammetric surveys, which are often the basis for topographic maps), land-use planning,[4] archaeology,[4] penghasilan filem, kajian alam semulajadi, peninjauan, pengiklanan perdagangan, pengukuran peta, dan projek artistik. Di Amerika Syarikat, fotografi udara digunakan dalam banyak Penilaian Tapat Persekitaran Fasa 1 bagi analisa harta tanah. Fotografi udara sering kali diproses menggunakan perisian Sistem maklumat geografik ("Geographic information system - GIS".

Pelantar fotografi udara sunting

Pesawat kawalan radio sunting

Kemajuan dalam model kawalan radio telah membolehkan kapal terbang model untuk melaksanakan fotografi udara altitude rendah. Ia menguntungkan pengiklanan harta tanah, di mana harta tanah perdagangan dan perumahan merupakan subjek fotografi. Kapal terbang dikendali, bersaiz penuh dilarang daripada terbang rendah di atas kawasan berpenduduk.[5] Kapal terbang model skala kecil sering kali meningkatkan capaian fotografik kawasan yang sebelum itu dilarang. Kenderaan kecil tidak menggantikan kapal terbang bersaiz penuh, kerana kapal terbang sebenar mampu terbang lebih lama, lebih tinggi, dan memiliki keupayaan beban peralatan lebih besar. Ia bagaimanapun berguna dalam sebarang keadaan di mana kapal terbang sebenar bahaya untuk diterbangkan. Contoh termasuk pemeriksaan di puncak talian penghantar kuasa dan penerbangan rendah, perlahan di atas ladang pertanian, kedu-duanya boleh dilaksanakan oleh helikopter kawalan radio berskala besar. Pelantar kamera distabil sistem giro, gred profesional sedia ada untuk kegunaan model sebegitu; model helikopter besar dengan enjin minyak tanah 26cc mampu membawa muatan sekitar tujuh kilogram (15 lbs).

Pada 2006, peraturan FAA melarang penerbangan model RC perdagangan telah ditingkatkan kepada memerlukan pengesahan FAA rasmi sebelum kebenaran untuk terbang pada sebarang ketinggian di USA.

Oleh kerana semua yang mampu dilihat dari ruang awam dianggap di luar ruang peribadi di Amerika Syarikat, fotgrafi udara boleh secara sah merakamkan ciri-ciri dan peristiwa di harta tanah peribadi.[6]

Jenis fotografi udara sunting

Gambar condong ("Oblique") sunting

Gambar yang diambil pada sudut dikenali sebagai fotografi oblique. Jika ia diambil dari kapal terbang permukaan bumi sudut kecil, ia dikenali sebagai oblique rendah dan gambar yang diambil dari sudut tinggi dikenali sebagai tinggi atau oblique curam.[7]

Fotografi tegak sunting

Fotografi tegak di ambil lurus ke bawah.[8] Ia biasanya digunakan dalam fotogrametri dan penafsiran imej. Gambar yang akan digunakan bagi fotogrametri biasanya secara tradisi diambil menggunakan kamera format besar khas yang dilengkapi dengan ciri-ciri kaliberasi dan geometrik dokumentasi.

Gabungan sunting

Fotografi udara seringkali digabung. Bergantung kepada matlamatnya, ia boleh dilaksanakan menurut beberapa cara, di mana sebahagian darinya disenaraikan di bawah.

  • Panorama boleh dihasilkan dengan mencantum beberapa gambar yang diambil dengan kamera pegangan tangan.
  • Dalam pictometri lima kamera dipasang kaku memberikan satu gambar tegak dan empat gambar condong yang boleh digunakan bersama.
  • Dalam sesetengah kamera digital bagi imeh fotogrametri udara daripada beberapa unsur pengimej, kadangkala dengan lens berbeza, tepat secara geometrik dan digabung kepada satu imej dalam kamera.

Orthofoto sunting

 
Pteryx UAV, UAV awam bagi fotografi udara dan foto pemetaan dengan kepala kamera stabil olengan

Gambar tegak sering kali digunakan bagi mencipta orthofoto, gambar yang telah dibetulkan secara geometrik agar boleh digunakan sebagai peta. Dalam erti lain, orthofoto adalah simulasi gambar yang di ambil dari jarak jauh, melihat langsung ke bawah dari nadir. Perspektif pastinya perlu disingkirkan, tetapi variasi permukaan bumi perlu dibetulkan juga. Banyak transformasi geometrik digunakan pada imej, bergantung kepada kaitan pembetulan perspektif dan mukabumi yang dikenakan pada bahagian tertentu imej.

Orthofoto biasanya digunakan dalam sistem maklumat geografik, seperti yang digunakan oleh agensi pemetaan (contohnya. Pengukur Ordnance) bagi mencipta peta. Apabila imej telahpun diselaraskan, atau didaftar, dengan kordinate dunia sebenar yang diketahui, ia boleh digunakan secara meluas.

Set orthofoto besar, biasanya dihasilkan dari pelbagai sumber dan dipecahkan kepada "jubin" (seiap satu biasanya bersaiz 256 x 256 pixel), dan digunakan secara meluas pada sistem pemetaan di talian seperti Google Maps. OpenStreetMap menawarkan kegunaan orthofoto yang serupa bagi menghasilkan data peta baru. Google Earth menindan orthofoto atau imej satelit pada model elevasi digital bagi simulate permukaan 3D.

Video udara sunting

Dengan kemajuan teknologi video, video udara semakin popular. Video Orthogonal diambil dari kapal terbang memeta garis paip, ladang tanaman, dan titik minat yang lain. Menggunakan Sistem Kedudukan Sejagat ("GPS"), video ini boleh dibenam dangan data meta dan kemudiannya diselaraskan dengan program pemetaan video.

‘Multimedia Spatial’ ini adalah gabungan media digital termasuk gambar kaki, video bergerak, stereo, set gambar panorama, pembinaan media pendam, audio, dan data lain dengan maklumat lokasi dan tarikh-masa dari GPS dan rekabentuk lokasi lain.

Video udara kini muncul sebagai Multimedia Spatial yang boleh digunakan bagi memahami latar dan menjejak objek. Input video ditangkap oleh pelantar udara terbang rendah dan biasanya terdiri daripada jajaran kuat dari struktur kapalterbang bukan di bumi. Penyatuan video digital, Sistem Kedudukan Sejagat ("GPS") dan pemproses imej automatik akan meningkatkan pengumpulan data dan pengurangan. Beberapa pelantar udara berlainan sedang dipertimbang bagi pengumpulan data

Rujukan sunting

  1. ^ History of Aerial Photography Diarkibkan 2011-04-24 di Wayback Machine Professional Aerial Photographers Association (retrieved December 21, 2007)
  2. ^ Great Soviet Encyclopedia, Article "Аэрофотоаппарат" (eng. aerial camera)
  3. ^ http://www.southsearepublic.org/2002_1999/afc_aces_taplin.htm#top Diarkibkan 2012-07-15 di Wayback Machine Retrieved 24 February 2011.
  4. ^ a b c "Aerial Photography and Remote Sensing". University of Colorado Boulder. 2011 [last update]. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-30. Dicapai pada March 25, 2011. Check date values in: |year= (bantuan)
  5. ^ United States Federal Aviation Regulations FAR part 91 section 119(14CFR91.119)
  6. ^ California v. Ciraolo, 476 U.S. 206 (1986)
  7. ^ "Lecture 6.1: Classification of Photographs". The Remote Sensing Core Curriculum. University of Maryland, Baltimore County. 1999 [last update]. Dicapai pada 2011-03-25. Check date values in: |year= (bantuan)
  8. ^ Short, Nicholas (2010-04-28). "Elements of Aerial Photography". Remote Sensing Tutorial Page 10-1. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-17. Dicapai pada 2011-03-25.

Pautan luar sunting

Carilah aerial photography dalam Wiktionary, kamus bebas.