Fouad Mebazaa (Arab: فؤاد المبزع / ALA: Fūad al-Mebaza‘ / ISO 233-2: [Fūad al-Mebazaʿ] Error: {{Transl}}: unrecognized transliteration standard: iso 233-2 (bantuan); lahir 15 Jun 1933) ialah seorang ahli politik Tunisia yang sedang menjawat jawatan Presiden Tunisia sejak 15 Januari 2011.[2] Dia pernah aktif dalam Neo Destour sebelum kemerdekaan Tunisia,[1] berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kesihatan, dan Menteri Kebudayaan dan Penerangan,[1] dan Presiden Dewan Rakyat Tunisia[3] sejak 1997.[1]

Fouad Mebazaa
فؤاد المبزع
Presiden Tunisia
Bertugas
Dalam jawatan
15 Januari 2011 – 13 Disember 2011
Perdana MenteriMohamed Ghannouchi
Didahului olehMohamed Ghannouchi (Bertugas)
Presiden Dewan Rakyat Tunisia
Memegang jawatan
14 Oktober 1997
PresidenZine el-Abidine Ben Ali
Didahului olehHabib Boularès
Butiran peribadi
Lahir (1933-06-15) 15 Jun 1933 (umur 90)[1]
Tunis, Tunisia Perancis
Parti politikConstitutional Democratic Rally

Pelajaran sunting

Mebazaa pernah belajar jurusan undang-undang dan ekonomi di Paris.

Kerjaya politik sunting

Pra-kemerdekaan sunting

Dilahirkan pada era pendudukan Perancis ke atas Tunisia, Mebazaa menjadi anggota "belia perlembagaan" di tahun 1947 dan dipilih menjadi anggota unit AixMarseille bagi parti politik Neo Destour, yang memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada Perancis.[1] Dia telah dilantik menjadi Ketua Setiausaha unit Marsa Neo Destour pada tahun 1955 dan Presiden bagi unit Montpellier pada 1956.[1]

1956–2010 sunting

Selepas Kemerdekaan Tunisia tahun 1956, Mebazaa menganggotai Dewan Rakyat beberapa kali, bermula tahun 1964.[1] Dia merupakan Governor-Mayor bagi Tunis dari 1969 hingga 1973, menduduki beberapa jawatan menteri berkaitan belia, sukan, kesihatan, budaya dan penerangan pada tahun 1970-an dan 1980-an, serta duta di Geneva juga Morocco sewaktu 1980-an.[1] Mebazaa telah menganggotai Jawatankuasa Pusat bagi Constitutional Democratic Rally semenjak 1988. Dari tahun 1995 hingga 1998 pula, dia merupakan Datuk Bandar bagi Carthage.[1] Dia dilantik menjadi Presiden Dewan Rakyat tahun 1997 dan dilantik semula pada tahun 2004.[1]

Kepresidenan sementara 2011 sunting

Selepas Presiden Zine El Abidine Ben Ali dibuang negeri berikutan bantahan berterusan, Mebazaa dilantik sebagai Presiden sementara atas nasihat Majlis Perlembagaan. Perdana Menteri Mohamed Ghannouchi telah menuntut jawatan tersebut pada hari sebelum Majlis Perlembagaan mengumumkan pendapat mereka.[4] Mengikut Perkara 57 Perlembagaan, satu pilihan raya harus diadakan dari 45 hingga 60 hari selepas pelantikan Mebazaa.[5] [2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j "Biographie de Monsieur Foued Mebazaa Président de la Chambre des Députés" (PDF). Assemblée parlementaire de la Francophonie. 2011-01-16. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-01-16. Dicapai pada 2011-01-16. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ a b "Tunisia swears in interim leader". al Jazeera. 2011-01-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-15. Dicapai pada 2011-01-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Top advisor: China to push forward cooperation with Tunisia Xinhua News 2007-04-17
  4. ^ "Tunisia's Constitutional Council: President Ben Ali's Departure is Permanent". voanews. 15 January 2010.
  5. ^ Tunisian parliamentary speaker becomes acting president: officials Ahramonline 2011-01-15

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Habib Boularès
Presiden Dewan Rakyat
1997–kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Mohamed Ghannouchi
Bertugas
Presiden Tunisia
Bertugas

2011–kini
Pemegang jawatan kini