Fouad Siniora (bahasa Arab: فؤاد السنيورة) merupakan bekas Perdana Menteri Lubnan dari 2005 hingga 2009. Beliau dilahirlan dalam keluarga Islam Sunnah di Sidon pada 1943.

Fouad Siniora
فؤاد السنيورة
Perdana Menteri Lubnan
Dalam jawatan
19 Julai 2005 – 9 November 2009
PresidenEmile Lahoud
Michel Suleiman
TimbalanElias Murr
Didahului olehNajib Mikati
Digantikan olehSaad Hariri
Butiran peribadi
Lahir1943
Sidon, Lubnan
Parti politikTayyar Al Mustaqbal
PasanganHuda Siniora

Awal hidup sunting

Graduan jurusan pertadbiran perniagaan dari Universiti Amerika Beirut. Fouad Siniora adalah Menteri Kewangan selepas era Perang Lubnan. Selepas bekerja dengan Citibank dan mengajar di Beirut 1970-an , Fouad Siniora bekerja dengan Bank Pusat Lubnan sebagai jawatankuasa audit. Kemudian diajar oleh Rafik Hariri pada 1982 untuk membangunkan Empayar perniagaan Rafik Hariri.

Politik sunting

Fouad Siniora banyak terlibat dalam kewangan antarabangsa dan amat menyokong perdagangan bebas. Merupakan penasihat utama Rafik Hariri terutama dalam soal-soal kewangan. Dari 1992 - 1998 menjadi Menteri Kewangan dan sekali lagi dari 2000 - 2004 .

Fouad Siniora merupakan perancang Persidangan Paris II pada November 2002 sehingga Lubnan mendapat US$2.6 bilion. Dia dituduh rasuah dan menyeleweng selepas Rafik Hariri keluar 1998. Semuanya berpunca dari pertikaian Rafik Hariri dengan Presiden Emile Lahoud. Kemudian Parlimen membersihkan semua tuduhan ke atasnya pada 2003.

Pada 2002, beliau menamatkan kebanyakan cukai duti eksport dan import bagi merancakkan ekonomi Lubnan.

Selepas kemenangan barisan anti-Syria di pilihan raya Parlimen pada Mei dan Jun 2005, Fouad Siniora , Presiden Emile Lahoud membenarkannya membentuk kerajaan yang baru pada 30 Jun 2005.

Beliau meletak jawatan dari menjadi pengerusi Kumpulan Bank Méditerranée (Bank ini dikuasai oleh keluarga Rafik Hariri).

Selepas berunding dengan Presiden dan pelbagai parti politik, Fouad Siniora membentuk kerajaan pada 19 Julai 2005. Ini adalah kerajaan pertama selepas Syria berundur dari Lubnan dan kerajaan pertama memasukkan Hizbullah dalam Parlimen. Semua parti politik menyertai kerajaan ini kecuali Jeneral Michel Aoun dari Pergerakan Pembebasan Patriotik.

Pada April 2006, Fouad Siniora dan pemimpin tertinggi melawat Washington, DC dan bertemu dengan President George W. Bush. Beliau berdiam diri berhubung pembabitan Syria dalam pembunuhan Rafik Hariri pada 2005.

Beliau juga menyatakan Hizbullah bukanlah pertubuhan pengganas seperti yang Barat sangkakan. Sebaliknya Hizbullah merupakan barisan depan berjihad menentang serangan dan penjajahan Israel.

Fouad Siniora menegaskan akan menyaman Israel berikutan Krisis Israel-Lubnan 2006 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Empat pegawai pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terbunuh, terperangkap dalam runtuhan bangunan yang ditembak oleh Israel di Tyre.