Francesco Acerbi

pemain bola sepak Itali

Francesco Acerbi (sebutan bahasa Itali: [franˈtʃesko aˈtʃɛrbi]; lahir 10 Februari 1988) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Serie A, Lazio.

Francesco Acerbi
Francesco Acerbi juggling.jpg
Acerbi bersama Milan pada 2012
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1988-02-10) 10 Februari 1988 (umur 32)
Tempat lahir Vizzolo Predabissi, Itali
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lazio
Nombor 33
Kerjaya remaja
Pavia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2010 Pavia 48 (3)
2007Renate (pinjam) 1 (0)
2007–2008Spezia (pinjam) 0 (0)
2010–2011 Reggina 24 (1)
2011 Genoa 0 (0)
2011Reggina (pinjam) 16 (1)
2011–2012 Chievo 17 (1)
2012–2013 Milan 6 (0)
2013 Genoa 0 (0)
2013Chievo (pinjam) 7 (0)
2013–2018 Sassuolo 157 (11)
2018– Lazio 64 (5)
Pasukan kebangsaan
2014– Itali 6 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:51, 30 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2019

Kerjaya kelabSunting

PaviaSunting

Acerbi memulakan kariernya bersama kelab yang berpusat di Lombardy, Pavia. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi liga pada 23 April 2006.[1] Beliau seterusnya dipinjamkan ke kelab Serie D, Renate pada 11 Januari 2007[2] dan beraksi bersama kelab itu dalam satu aksi persahabatan pada hari yang sama.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya yang rasmi pada 28 Januari ketika menentang Palazzolo yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.[4] Beliau kembali semula ke Pavia pada 30 Januari[5] dan telah beraksi dalam pusingan terakhir Serie C2.[6]

Pada 2 Ogos, Acerbi telah dipinjamkan ke Triestina[7] dan ke Spezia pada 16 Ogos walaupun beliau hanya beraksi untuk pasukan Primavera.[8] Beliau kembali ke Pavia pada 1 Julai dan menjadi tonggak utama pasukan. Beliau telah beraksi dalam kedua-dua perlawanan play-off promosi Lega Pro Seconda Divisione dan pasukannya menamatkan perjalanan kempen itu di peringkat separuh akhir kejohanan.[9][10] Pasukannya meraih promosi akhirnya selepas beberapa pasukan telah disingkirkan daripada saingan liga akibat menghadapi masalah kewangan.

RegginaSunting

Acerbi telah menerima panggilan untuk menyertai kem latihan pra-musim bersama pasukan Serie B, Reggina pada 13 Julai[11] dan rundingan pemilikan bersama telah dilengkapkan pada 16 Julai.[12] Pada 31 Januari 2011, Pavia telah menjual saki-baki 50 peratus hak pendaftaran kepada Reggina dengan nilai yang tidak didedahkan. Kemudian, pasukan dari Calabria itu mengadakan rundingan pemilikan bersama yang lain bersama pasukan Genoa yang menghasilkan nilai sebanyak 1 juta euro.[13][14] Acerbi hanya terlepas dua perlawanan Serie B. Beliau turut beraksi dalam kedua-dua perlawanan play-off promosi yang akhirnya berakhir dengan kekalahan kepada Novara di peringkat separuh akhir yang kemudian nanti dinobatkan sebagai pemenang.[15][16] Beliau hanya beraksi dalam satu perlawanan ketika kempen Coppa Italia yang menyaksikan beliau telah dibuang padang. Hal ini menandakan bahawa beliau digantung dalam perlawanan Coppa Italia berikutnya[17] dan namanya tidak dipilih dalam pusingan ketiga kejohanan.[18]

ChievoSunting

Pada 24 Jun 2011, Genoa telah membeli saki-baki 50 peratus hak pendaftaran Acerbi daripada Reggina yang bernilai 2.2 juta euro dan pihak kelab memindahkan Antonino Ragusa melalui perpindahan bertentangan iaitu ke Reggina. Pada 1 Julai 2011, Acerbi telah dijual ke Chievo melalui rundingan pemilikan bersama yang bernilai 2 juta euro. Rundingan itu juga menyaksikan Kévin Constant berpindah ke Genoa dalam perpindahan yang bernilai 7.8 juta euro manakala Ivan Fatić juga kembali ke Chievo melalui perpindahan sebanyak 200,000 euro pada Jun 2011.[19] Acerbi telah dimasukkan ke dalam barisan kesebelasan utama pasukan pada separuh kedua musim dengan beraksi dalam 14 perlawanan sambil bergandingan dengan Marco Andreolli dalam sembilan perlawanan, Dario Dainelli dalam tiga perlawanan dan bersama Boštjan Cesar dua perlawanan.

MilanSunting

Pada 20 Jun 2012, Milan telah membeli 50 peratus perkongsian Chievo ke atas Acerbi manakala Genoa pula mengekalkan saki-baki hak pendaftaran mereka. Seterusnya, Milan telah mengikat Kévin Constant melalui rundingan pinjaman sementara dari Genoa.[20] Pada Julai 2012, Isaac Cofie telah menyertai Chievo dari Genoa sebagai sebahagian daripada pampasan kewangan. Genoa telah mendedahkan laporan kwangan pada tahun 2012 bahawa pihak kelab telah membayar semula 50 peratus hak pendaftaran ke atas Acerbi yang bernilai 3.75 juta uero sebelum menjual pemain itu kepada Milan melalui perpindahan yang bernilai 4 juta euro. Sementara itu, Cofie berpindah ke Chievo menelan kos perpindahan sebanyak 1.5 juta euro.[21] Rundingan itu sama sekali telah memberikan keuntungan kepada Genoa sebanyak 250,000 euro manakala Chievo pula memperoleh pampasan baru untuk tag harga Constant.

Acerbi melakukan penampilan sulungnya untuk Milan dalam aksi menewaskan Bologna 3-1. Di Milan, beliau gagal mendapat tempat untuk beraksi dalam kesebelasan utama lalu meninggalkan kelab itu ketika jendela perpindahan musim sejuk.

Pada tahun 2019, Acerbi mendedahkan bahawa pada saat-saat dirinya di Milan, beliau sendiri mengalami kemurungan akibat berasa sedih akan kematian bapanya. Beliau sering kali bergantung dengan pengambilan alkohol untuk melawan kesakitan emosinya.[22][23]

GenoaSunting

Pada 26 Januari 2013, Milan telah membayar 50 peratus hak terhadap Kévin Constant yang bernilai 4 juta euro.[24] Acerbi yang merupakan sebahagian daripada rundingan itu melakukan perpindahan ke Genoa yang bernilai 4 juta euro manakala kelab lamanya, Chievo telah meminjam khidmatnya semula dengan membayar 300,000 euro.[25] Beliau telah melakukan tujuh penampilan dalam separuh musim kedua Serie A 2012–13.

SassuoloSunting

Pada 9 Julai 2013, Sassuolo yang baru menyertai Serie A telah membeli separuh daripada hak pendafaran Acerbi yang bernilai 1.8 juta euro manakala separuh hak lagi dimiliki oleh Genoa.[26] Semasa menjalani ujian kesihatan pada pra-musim, ujian darah telah mengesan tumor testis lalu beliau memerlukan pembedahan untuk membuang tumor itu.[27] Selepas tumor berjaya dibuangkan, beliau meneruskan latihan bersama rakan-rakannya yang baru. Acerbi telah mengambil bahagian dalam 13 perlawanan Serie A sebelum beliau didapati gagal untuk melepasi ujian doping pada Disember 2013. Beliau telah menafikan sebarang penggunaan dadah yang meningkatkan keupayaan. Kemudian, perkara itu terjadi akibat kandungan hormon yang luar biasa dihasilkan oleh kanser yang telah hidup semula. Seterusnya, beliau menjalnai kemoterapi dari 7 Januari hingga 14 Mac 2014. Acerbi juga dilaporkan telah terlepas banyak sesi latihan ketika menjalani rawatan melawan kansernya.[28] Sungguhpun begitu, kelibat dirinya untuk kembali di atas padang telah ditangguhkan sehingga musim seterusnya.

Pada Jun 2014, rundingan pemilikan bersama telah diperbaharui oleh Sassuolo.[29]

Pada 30 Januari 2015, Sassuolo telah membayar hak-hak Acerbi yang bernilai 1.8 juta euro.[30][31] Pada hari yang sama, Genoa telah mendapatkan Lorenzo Ariaudo dan Leonardo Pavoletti dari Sassuolo dalam rundingan sementara secara percuma.[30][32]

LazioSunting

Pada 11 Julai 2018, Acerbi telah menyertai Lazio dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[33] Beliau kemudiannya hampir menyamai rekod beraksi dalam 162 perlawanan Serie A berturut-turut yang dipegang oleh Javier Zanetti. Namun, rentak perlawanan Acerbi telah terhenti dalam perlawanan ke-149 apabila beliau dilayangkan dua kad kuning pada 20 Januari 2019. Rentak kelangsungan beraksi itu bermula pada 18 Oktober 2015 apabila beliau masih lagi menjadi pemain Sassuolo.[34][35]

Kerjaya antarabangsaSunting

Acerbi pernah mewakili pasukan wakil Lega Pro bawah-20 Itali dalam aksi pertama Piala Mirop 2008–09 yang tewas kepada Hungary.[36]

Pada 10 Ogos 2012, Acerbi telah memperoleh panggilan pertama untuk menyertai skuad senior oleh pengurus Cesare Prandelli.[37] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali ketika di bawah kendalian pengurus Antonio Conte pada 18 November 2014 dalam perlawanan persahabatan menewaskan Albania 1-0 dengan beraksi sehingga 90 minit permainan.[38]

Beliau beraksi dalam perlawanan kompetitif pertama mewakili Itali ketika di bawah kendalian Roberto Mancini pada 8 September 2019 dalam aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menewaskan Finland di gelanggang lawan.[39] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk skuad senior pada 15 November ketika membantu pasukannya melakar kemenangan 3-0 ke atas Bosnia dan Herzegovina dalam kempen kelayakan Euro 2020.[40]

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Sehingga 30 Jun 2020[41]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Pavia 2005–06 1 0 2 0 3 0
2006–07 1 0 0 0 1 0
  Renate 2007–08 1 0 0 0 1 0
  Pavia 2008–09 22 2 3 0 25 2
2009–10 24 1 1 0 25 1
Jumlah di Pavia 48 3 6 0 54 3
  Regina 2010–11 40 2 1 0 2[a] 0 41 2
  Chievo 2011–12 17 1 3 0 20 1
  Milan 2012–13 6 0 2 0 2[b] 0 10 0
  Chievo 2012–13 7 0 0 0 7 0
Jumlah di Chievo 24 1 3 0 27 1
  Sassuolo 2013–14 13 0 0 0 13 0
2014–15 32 3 0 0 32 3
2015–16 36 4 2 0 38 4
2016–17 38 4 1 0 10[c] 0 49 4
2017–18 38 0 3 0 41 0
Jumlah 157 11 6 0 10 0 173 11
  Lazio 2018–19 37 3 5 0 8[c] 0 50 3
2019–20 27 2 2 0 6[c] 0 1[d] 0 36 2
Jumlah 64 5 7 0 14 0 1 0 86 5
Jumlah kerjaya 340 22 25 0 26 0 3 0 394 22
  1. ^ Penampilan di perlawanan play-off ke Serie B.
  2. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  3. ^ a b c Penampilan di Liga Europa UEFA
  4. ^ Penampilan di Supercoppa Italiana.

AntarabangsaSunting

Sehingga 15 November 2019[42]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2014 1 0
2016 1 0
2018 1 0
2019 3 1
Jumlah 6 1

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 November 2019 Zenica, Bosnia dan Herzegovina   Bosnia dan Herzegovina
0–1
0–3
Kelayakan UEFA Euro 2020

PencapaianSunting

KelabSunting

Lazio

IndividuSunting

CatatanSunting

  1. ^ "Chianese e Pavia super" (require login). La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 24 April 2006. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "CALCIOMERCATO, la linea è sempre più verde: preso un classe '88 dal PAVIA" (dalam bahasa Italian). AC Renate. 11 January 2007. Diarkib daripada yang asal pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  3. ^ "L'amichevole a Pavia finisce 4 a 2: le reti realizzate da due ex..." (dalam bahasa Italian). AC Renate. 11 January 2007. Diarkib daripada yang asal pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  4. ^ "Pianeta neroazzurro Anno 02 - Numero 04 (2006–07 season)" (PDF) (dalam bahasa Italian). AC Renate. 10 February 2007. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  5. ^ "La linea è sempe verde: dalla Pro Sesto arriva Stefano Bazzo" [The line is always green: To Pro Sesto comes Stefano Bazzo] (dalam bahasa Italian). AC Renate. 30 January 2007. Diarkib daripada yang asal pada 26 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  6. ^ "La doppietta di Araboni non-basta alla Pro Sesto" (require login). La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 14 May 2007. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  7. ^ "Deposito Trasferimenti Calciatori - Stagione Sportiva 2007/2008". Lega Calcio. September 2007. Diarkib daripada yang asal pada 26 September 2007. Dicapai pada 5 January 2011.
  8. ^ "Primavera: Torino - Spezia 3 - 2" (dalam bahasa Italian). Torino FC. 13 January 2008. Diarkib daripada yang asal pada 29 June 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  9. ^ "Sangiovannese, la casa amica". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 24 May 2010. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  10. ^ "Varese e Pescara basta il pareggio" [Varese and Pescara is just a draw]. La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 30 May 2010. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  11. ^ "I convocati per il ritiro". Reggina Calcio (dalam bahasa Italian). 13 July 2010. Diarkib daripada yang asal pada 15 March 2012. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  12. ^ "Trattative concluse" (dalam bahasa Italian). Reggina Calcio. 17 July 2010. Diarkib daripada yang asal pada 4 January 2014. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  13. ^ Genoa C.F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2011, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  14. ^ "Ufficilizzati Acerbi e Rodríguez" [Officialization Acerbi & Rodriguez]. Genoa CFC (dalam bahasa Italian). 31 January 2011. Dicapai pada 18 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  15. ^ "La Reggina non-decolla Il Novara vede la finale". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 3 June 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  16. ^ "Prodezza di Rigoni La Reggina piange". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 6 June 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  17. ^ "Comunicato ufficiale N. 23 (2010–11 season)" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 20 August 2010. Diarkib daripada yang asal pada 17 May 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  18. ^ "Tim Cup: I convocati amaranto" [Tim Cup: Squad Amaranth]. Reggina Calcio (dalam bahasa Italian). 29 November 2010. Diarkib daripada yang asal pada 15 March 2012. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  19. ^ "Ufficiale: Kevin Constant al Genoa" [Official: Kevin Constant to Genoa] (dalam bahasa Italian). AC ChievoVerona. 1 July 2011. Diarkib daripada yang asal pada 1 July 2011. Dicapai pada 1 July 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  20. ^ "Definite Trattative Chievo e Milan" (dalam bahasa Italian). Genoa CFC. 20 June 2012. Diarkib daripada yang asal pada 21 June 2012. Dicapai pada 20 June 2012.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  21. ^ Genoa C.F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2012, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  22. ^ "Acerbi, la confessione: "Quando è morto mio padre ho toccato il fondo. Il cancro mi ha salvato…"" (dalam bahasa Italian). itasportpress.it. 26 October 2019. Dicapai pada 18 November 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  23. ^ "Acerbi: 'Cancer saved me'". Football Italia. 27 October 2019. Dicapai pada 18 November 2019.
  24. ^ "2013 Bilancio" (PDF) (dalam bahasa Italian). A.C. Milan. 18 November 2014. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 1 May 2015. Dicapai pada 15 March 2017.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  25. ^ Genoa CFC S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2013 PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  26. ^ "Ufficiali gli arrivi in casa neroverde di Francesco Acerbi e Simone Zaza" (dalam bahasa Italian). US Sassuolo Calcio. 9 July 2013. Diarkib daripada yang asal pada 10 July 2013. Dicapai pada 19 June 2014.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  27. ^ "Acerbi: 'Cancer saved me'". Football Italia. 27 October 2019.
  28. ^ "Acerbi: 'Ready to return'". 15 March 2014. Dicapai pada 20 September 2014.
  29. ^ "Acerbi Rinnovata Partecipazione" [Acerbi Renewed Participation] (dalam bahasa Italian). Genoa CFC. 19 June 2014. Dicapai pada 31 May 2015.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  30. ^ a b Genoa C.F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  31. ^ U.S. Sassuolo Calcio S.r.l. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  32. ^ "UFFICIALI: ARIAUDO, LAXALT, PAVOLETTI" (dalam bahasa Italian). Genoa C.F.C. 30 January 2015. Diarkib daripada yang asal pada 31 January 2015. Dicapai pada 10 October 2016.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  33. ^ "Statement 11.07.2018" (Berita). Rome: S.S. Lazio. 11 July 2018. Dicapai pada 11 July 2018.
  34. ^ "Francesco Acerbi: 149 and out - Lazio defender's Serie A record hopes dashed by red card". BBC Sport. 20 January 2019. Dicapai pada 19 April 2019.
  35. ^ "Acerbi won't beat Zanetti record". Football Italia. 20 January 2019. Dicapai pada 12 March 2019.
  36. ^ "Per l'Italia avvio amaro nella Mirop Cup" (dalam bahasa Italian). Lega Pro. 1 October 2008. Diarkib daripada yang asal pada 13 July 2011. Dicapai pada 20 June 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  37. ^ Convocazione Nazionale "A". Italian Football Federation.
  38. ^ "International friendly: Italy edge to narrow 1-0 victory over Albania in Genoa". Sky Sports. 18 November 2014. Dicapai pada 19 November 2014.
  39. ^ Salerno, Elio (9 September 2019). "Italy Finnish the job". Football Italia. Dicapai pada 20 October 2019.
  40. ^ "Italy: Dominant display in Bosnia". Football Italia. 15 November 2019. Dicapai pada 15 November 2019.
  41. ^ "Italy – Francesco Acerbi". soccerway.com. Soccerway. Dicapai pada 26 September 2019.
  42. ^ (Inggeris) Profil Francesco Acerbi pada National-Football-Teams.com
  43. ^ "A Francesco Acerbi il "Pallone d'argento – Coppa Giaime Fiumanò 2015"" (dalam bahasa Italian). Sassuolo Calcio. 26 May 2014. Dicapai pada 26 February 2016.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luarSunting