Franz Joseph I dari Austria

(Dilencongkan dari Francis Joseph I dari Austria)

Franz Joseph I atau Francis Joseph I (Jerman: Franz Joseph I., Hungary: I. Ferenc József, Slovene: Franc Jožef I.,18 Ogos 1830 – 21 November 1916) merupakan Maharaja Austria dan Raja Hungary dari tahun 1848 hingga tahun kemangkatan baginda pada tahun 1916. Sejak 1 Mei 1850 hingga 24 Ogos 1866, baginda merupakan Presiden Gabungan Jerman..[1]

Franz Joseph I
Franz Joseph pada 1910
Maharaja Austria
Pemerintahan2 Disember 1848 – 21 November 1916
Didahului olehFerdinand I
Diikuti olehCharles I
Raja Hungary
Pemerintahan2 Disember 1848 – 21 November 1916
Didahului olehFerdinand I
Diikuti olehCharles I
PemakamanPerkuburan Imperial
PasanganElisabeth dari Bavaria
AnakandaArchduchess Sophie
Archduchess Gisela
Crown Prince Rudolf
Archduchess Marie Valerie
KerabatKerabat Habsburg-Lorraine
AyahandaArchduke Franz Karl dari Austria
BondaPuteri Sophie dari Bavaria
AgamaKatolik Rom
TandatanganTandatangan Franz Joseph I

Pada bulan Disember 1848, Maharaja Ferdinand I telah turun takhta sebagai sebahagian daripada Ministerpräsident Putera Felix zu Schwarzenberg untuk menamatkan Revolusi 1848 di Austria yang membenarkan anakanda saudara Maharaja Ferdinand I iaitu Putera Franz Joseph untuk naik takhta. Sebahagian besarnya dianggap sebagai reaksioner, Maharaja Franz Joseph menghabiskan pemerintahan awal menentang perlembagaan dalam domain baginda. Empayar Austria terpaksa menyerahkan tuntutannya kepada Lombardy-Venetia dan Sardinia berikutan tamatnya Perang Kemerdekaan Itali Kedua pada tahun 1859 dan Perang Kemerdekaan Itali Ketiga pada tahun 1866. Franz Joseph tidak menyerahkan wilayah tuntunanya kepada Kerajaan Prusia selepas kekalahan Austria di Perang Austria-Prusia.[2]

Maharaja Franz Joseph telah bermasalah dengan nasionalisme sepanjang pemerintahannya. Baginda membuat kesimpulan tentang Ausgleich pada tahun 1867 yang memberikan autonomi kepada Hungary, seterusnya menjadikan Empayar Austria ke dalam Empayar Austria-Hungary di bawah dual monarki.

Selepas Perang Austria-Prusia, Austria-Hungary mengalihkan perhatian di Balkan yang merupakan satu ketegangan antarabangsa kerana kepentingan yang bercanggah dengan Empayar Rusia. Krisis Bosnia ialah hasil daripada pengilhakan Maharaja Franz Joseph ke atas Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1908 yang telah diduduki oleh tenteranya sejak Kongres Berlin (1878). Pada 28 Jun 1914, pembunuhan putera Austria, Erzherzog Archduke Franz Ferdinand yang telah ditembak oleh Gavrilo Princip iaitu seorang nasionalis Serbia menyebabkan Austria-Hungary melancarkan perang terhadap Kerajaan Serbia yang merupakan sekutu Rusia. Ini menyebabkan perang besar-besaran iaitu Perang Dunia Pertama.

Maharaja Franz Joseph telah mangkat pada 21 November 1916 setelah memerintah Austria selama hampir 68 tahun. Baginda telah digantikan oleh cucunda lelaki baginda, Charles I.

Rujukan sunting

  1. ^ Francis Joseph, dalam Encyclopædia Britannica. Diperoleh pada 19 April 2009
  2. ^ "Gale Encyclopedia of Biography: ''Francis Joseph''". Answers.com. Dicapai pada 2013-12-02.
Franz Joseph I dari Austria
Tarikh keputeraan: 18 Ogos 1830 Tarikh kemangkatan: 21 November 1916
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Ferdinand I & V
Maharaja Austria
Raja Hungary

1848–1916
Diikuti oleh:
Charles I & IV
Jawatan politik
Didahului oleh
Ferdinand I dari Austria
Presiden
Gabungan Jerman

1849–1866
Diikuti oleh:
William I dari Prussia
(Presiden Gabungan Jerman Utara)