Francisca Luhong James

Model Malaysia
(Dilencongkan dari Francisca James)

Francisca Luhong James (lahir 14 Oktober 1995) merupakan seorang model dan juga pemenang Miss Universe Malaysia 2020.[1]

Francisca Luhong James
Kelahiran
Francisca Luhong James

(1995-10-14) 14 Oktober 1995 (umur 28)
Nama lain
  • Frans
  • Luhong
PendidikanIjazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian (Perhubungan Awam)
Pusat pendidikan
Pekerjaan
  • Eksekutif perhubungan awam
  • pengurus pemasaran
  • ratu cantik
  • model
Tahun aktif2015–sekarang
Ketinggian1.75 m (5 ka ​8 78 in)
PangkatMiss Universe Malaysia 2020
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutCoklat Tua
Warna mataHitam
Pertandingan
utama
Miss World Malaysia 2016
(Tempat Ke-5)
Miss World Malaysia 2018
(Finalis 5 teratas)
Miss Universe Malaysia 2020
(Pemenang)
Miss Universe 2020
(Gagal mara ke peringkat top 21)

Kehidupan awal sunting

Francisca dilahirkan di Kuching, Sarawak dengan keturunan Kayan-Kenyah dan Iban.[2] Beliau merupakan anak sulung dari 3 adik beradik dan juga merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarganya. Bapanya bernama James Mering Bungan yang berbangsa Kayan dan ibunya bernama Pauline Japok berbangsa Iban.[3]

Pendidikan dan kerjaya sunting

Francisca mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian (Perhubungan Awam) di UiTM Lendu Melaka. Beliau pernah mempunyai pengalaman bekerja sebagai eksekutif perhubungan awam serta pengurus pemasaran.[4] Selain itu, beliau juga merupakan seorang model dan ratu cantik Malaysia yang telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Universe Malaysia 2020.

Pertandingan Ratu Cantik sunting

Miss Cultural Harvest Festival 2015 sunting

Pada usia seawal 19 tahun, Francisca telah mengikuti pertandingan Miss Cultural Harvest Festival 2015 yang diadakan setiap tahun semasa perayaan Hari Gawai di Sarawak. Beliau berjaya mendapat yang tempat ke-3.[5]

Miss World Malaysia 2016 sunting

Pada tahun 2016, Francisca merupakan salah seorang finalis dalam pertandingan Miss Malaysia World 2016. Dia juga memenangi 3 dari 12 anugerah sampingan iaitu Miss Talent, Miss Natural Beauty, dan Miss Elegant. Pada akhir pertandingan tersebut, beliau berjaya mara ke pusingan 5 teratas dan telah berjaya membawa pulang Tempat Ke-5.[6]

Miss World Malaysia 2018 sunting

Dua tahun kemudian, Francisca mencuba nasib untuk kali kedua dalam pertandingan yang sama. Dia memenangi 2 daripada 6 anugerah sampingan iaitu People's Choice Award dan Top Model Award. Semasa Miss World Malaysia 2018, dia merupakan salah seorang daripada 5 finalis teratas. Pemenang, Larissa Ping Liew[7] dan naib juara, Naomi Sim juga berasal dari Sarawak.[8]

Miss Universe Malaysia 2020 sunting

Pada tahun 2020, Francisca telah mengikuti pertandingan Miss Universe Malaysia 2020 dan akhirnya memenangi pertandingan tersebut.[9] Beliau merupakan satu-satunya finalis dari Sarawak. Sebagai pemenang, dia akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe 2020 yang akan datang.[10] Malam kemuncak Miss Universe Malaysia 2020 diadakan pada 5 September 2020 di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Francisca adalah pemenang ke-8 Miss Universe Malaysia dari Sarawak dan juga wanita Dayak pertama yang memenangi gelaran berprestij itu.[11] Kali terakhir pemenang yang berasal dari Sarawak telah memenangi pertandingan yang sama ialah Adelaine Chin Ai Nee[12] pada tahun 2007.

Miss Universe 2020 sunting

Pada 16 Mei 2021 Francisca mewakili Malaysia pada pertandingan Miss Universe 2020 yang diadakan di Hollywood, Florida, Amerika Syarikat.

Walaupun beliau dianggap sebagai ratu cantik yang bakal memecah rekod kemarau bagi Malaysia dalam pertandingan Miss Universe 2020, dia tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Perjalanannya telah tercatat dalam sejarah pertandingan Miss Universe Malaysia selama 50 tahun tidak mendapat tempat dalam pertandingan Miss Universe.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting