Francisco Tárrega

Francisco de Asís Tárrega y Eixea merupakan penggubah dan pemain gitar klasik dari Sepanyol pada era romantis.

Francisco Tárrega

Francisco dilahirkan pada 21 November 1852 di Villarreal, Wilayah Castellón, Sepanyol. Sebagai penggubah, Francisco seorang konservatif dengan gaya yang menyerupai ikutan umum pada akhir kurun ke-19. Francisco menghasilkan 78 gubahan asli dan 120 penskoran muzik.[1] Salah 1 gitar yang digunakan Francisco ialah Torres, FE17.

Salah satu gubahan beliau berjudul Gran Vals diabadikan sebagai nada dering utama pada telefon-telefon bimbit jenama syarikat Nokia;[2] ia mula digunakan dalam iklan televisyen menghebahkan model Nokia 1011 pada tahun 1992[3] sebelum diterapkan lanjut untuk kegunaan dalam peranti keluaran syarikat tersebut pada tahun berikutnya di bawah nama Grande Valse dan juga Nokia tune.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Francisco Tárrega Biografía Oficial by Adrián Rius Espinós, published by Ayuntamiento de Vila-Real, ISBN 84-88331-82-7
  2. ^ Ryzik, Melena Z. (10 July 2005). "The Nokia Fugue in G Major". The New York Times. Dicapai pada 13 April 2008.
  3. ^ Peters, Luke (25 April 2014). "Nokia Tune: more than just a ringtone". Lumia Conversations. Microsoft Mobile. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2015.
  4. ^ Juutilainen, Esa-Markku & Kukkula, Tapio (2007). Lukion Musa 1 (dalam bahasa Finland). WSOY. m/s. 41. ISBN 978-951-0-30756-4.
  5. ^ Moisio, Aleksi (18 February 2010). "Uusi Yle-pomo osasyyllinen Nokian tunnusmelodiaan" (dalam bahasa Finland). Taloussanomat. Dicapai pada 19 May 2016.