Franck Yannick Kessié (lahir 19 Disember 1996) merupakan pemain bola sepak Ivory Coast yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Arab Saudi, Al-Ahli dan pasukan kebangsaan Ivory Coast.

Franck Kessié
Maklumat peribadi
Nama penuh Franck Yannick Kessié
Tarikh lahir (1996-12-19) 19 Disember 1996 (umur 27)
Tempat lahir Ouragahio, Ivory Coast
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Ahli
Nombor 79
Kerjaya remaja
2010–2014 Stella Club
2014–2015 Atalanta
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2019 Atalanta 30 (6)
2015–2016Cesena (pinjam) 38 (4)
2017–2019Milan (pinjam) 71 (12)
2019–2022 AC Milan 103 (23)
2022–2023 Barcelona 28 (1)
2023– Al-Ahli 7 (3)
Pasukan kebangsaan
2013 Ivory Coast B17 5 (0)
2015 Ivory Coast B20 4 (0)
2014– Ivory Coast
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:59, 22 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:15, 12 September 2023 (UTC)


Kerjaya kelab sunting

Kessié memulakan kerjayanya di akademi Stella Club d'Adjamé pada tahun 2010.[1] Pada tahun 2014, beliau telah dimasukkan ke dalam skuad senior.[2]

Atalanta sunting

Pada 29 Januari 2015, Kessié menandantangani kontrak tiga tahun bersama kelab Serie A, Atalanta.[3] Beliau telah dibawa masuk ke dalam skuad Primavera sejurus ketibaannya. Beliau beraksi dalam perlawanan peringkat Eropah pada 1 Mac ketika menentang A.C. Milan Primavera.

Pada 18 April 2015, Kessié telah dipanggil ke skuad senior untuk menghadapi perlawanan menentang Roma[4] tetapi beliau kekal sebagai pemain simpanan.

Cesena (pinjaman) sunting

Pada 26 Ogos 2015, Kessié berpindah ke Cesena yang beraksi di Serie B selama tempoh satu tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Cesena pada 26 September dengan menggantikan pemain Antonio Ragusa ketika perlawanan terikat seri tanpa jaringan menentang Perugia.

Kessié menjaringkan gol pertamanya pada 31 Oktober 2015 ketika pasukannya melakar kemenangan 2–0 ke atas Virtus Lanciano. Beliau seterusnya tampil dalam kesebelasan utama pasukan dengan lebih kerap. Pada musim tersebut, beliau telah beraksi sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan empat gol selain pasukannya melangkah ke pusingan play-off ke Serie A namun tertewas.

Kembali ke Atalanta sunting

Setelah tamatnya tempoh pinjaman di Cesena, Kessié telah dimasukkan ke dalam skuad utama oleh pengurus Gian Piero Gasperini.[5] Selepas beraksi untuk skuad utama dalam aksi pra-musim, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Atalanta pada 13 Ogos 2016 ketika perlawanan Coppa Italia menentang Cremonese yang berkesudahan Atalanta menang 3-0. Enam hari kemudian, beliau menandantagani kontrak baru bersama Atalanta yang meletakkan beliau di Atalanta sehingga tahun 2021.

Kessié melakukan penampilan sulungnya di Serie A bersama Atalanta pada 21 Ogos 2016 ketika pasukannya tewas 4-3 kepada Lazio.[6] Beliau menjaringkan gol untuk Atalanta seminggu kemudian namun pasukannya akur akan kekalahan 2-1 kepada Sampdoria.[7]

Kessié seterusnya menjadi tonggak penting kesebelasan utama dalam perancangan Gasperini apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Torino[8] dan Roma[9] melalui tendangan penalti. Beliau juga menjaringkan gol penyamaan ketika pertembungan menentang Empoli pada 20 Disember 2016 sebelum Marco D'Alessandro menghasilkan gol kemenangan Atalanta.[10]

Milan sunting

Pada 2 Jun 2017, Kessié berpindah ke kelab Serie A, Milan secara pinjaman selama dua tahun bersama pilihan untuk pembelian secara tetap.[11][12] Pada asalnya, beliau telah memilih jersi bernombor 19 tetapi dipujuk oleh pihak pengurusan kelab untuk diberikan kepada Leonardo Bonucci yang akan berpindah ke Milan beberapa minggu kemudian. Hasilnya, Kessié memilih jersi bernombor 79. Setelah Bonucci meninggalkan Milan pada jendela perpindahan musim panas seterusnya, beliau ditawarkan untuk mendapatkan semula nombor jersi asalnya namun beliau menolak. Hal ini demikian kerana beliau tidak mahu peminat-peminat Milan menyumbang duit tambahan untuk memudahkan proses peribadinya iaitu penukaran jersi nombor.[13]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Milan ketika perlawanan kelayakan Liga Europa menentang CS U Craiova pada 27 Julai.[14] Pada 20 Ogos 2017, beliau menyudahkan tendangan penalti dalam perlawanan pembukaan Serie A ketika menewaskan Crotone 3-0.[15]

Kerjaya antarabangsa sunting

Semasa berusia 17 tahun, Kessié beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk Ivory Coast pada 6 September 2014 ketika menewaskan Sierra Leone dalam kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2015.[16] Pada 4 Januari 2017, beliau dipilih oleh pengurus Michel Dussuyer ke dalam skuad Piala Negara-Negara Afrika 2017.[17] Beliau beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan Ivory Coast dalam kejohanan tersebut namun pasukannya terkandas di peringkat kumpulan.

Semasa kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2019, beliau menamatkan kempen sebagai pembantu jaringan terbanyak bersama Ismaël Bennacer iaitu tiga bantuan gol. Pasukannya tewas di peringkat suku akhir kepada bakal juara, Algeria menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu menemui jaringan gol kemenangan hasil skor perlawanan 1-1.[18][19][20]

Kehidupan peribadi sunting

Semasa Kessié berusia 11 tahun, bapanya yang juga merupakan pemain bola sepak dan kemudian berkhidmat untuk tentera Ivory Coast meninggal dunia kerana sakit. Oleh sebab itu, salah satu cara beliau meraikan jaringan golnya dengan melakukan tabik hormat ketenteraan bagi menunjukkan penghormatan ke atas pemergian bapanya. Beliau akui cara tersebut agak unik baginya.[21]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 25 Ogos 2019.[22]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Cesena 2015–16 37 4 0 0 37 4
  Atalanta 2016–17 30 6 1 1 31 7
  Milan 2017-18 37 5 5 0 12 0 54 5
2018-19 34 7 4 0 3 0 1 0 42 7
2019-20 1 0 0 0 1 0
Jumlah 72 12 9 0 15 0 1 0 97 12
Jumlah kerjaya 139 22 10 1 15 0 1 0 165 23
  1. ^ Termasuk kejohanan Supercoppa Italiana

Antarabangsa sunting

Sehingga 14 Julai 2019.[23]
Pasukan kebangsaan Ivory Coast
Tahun Kmncln Gol
2014 4 0
2016 6 0
2017 12 0
2018 5 0
2019 7 0
Jumlah 34 0

Catatan sunting

  1. ^ "Charles Onwuakpa writes a detailed scout report about Franck Kessié". outsideoftheboot.com. 15 April 2017. Dicapai pada 26 May 2019.
  2. ^ "Charles Onwuakpa writes a detailed scout report about Franck Kessié". outsideoftheboot.com. 15 April 2017. Dicapai pada 26 May 2019.
  3. ^ "Stella Club: Kessié signe à l'Atalanta Bergame" [Stella Club: Kessié signs with Atalanta Bergamo] (dalam bahasa Perancis). Afrik-Foot. 30 January 2015. Dicapai pada 25 March 2017.
  4. ^ "Atalanta, 22 convocati per Roma: prima per Kessie" [Atalanta, 22 called up for Roma: first for Kessie] (dalam bahasa Itali). Calcio News 24. 18 April 2015. Dicapai pada 25 March 2017.
  5. ^ "Atalanta, Gasperini scopre il jolly Kessie, ivoriano che sogna Yaya Touré" [Atalanta, Gasperini discovers the wildcard Kessie, Ivorian who resembles Yaya Touré] (dalam bahasa Itali). La Gazzetta dello Sport. 18 July 2016. Dicapai pada 25 March 2017.
  6. ^ "Atalanta 3–4 Lazio". Football Italia. 21 August 2016. Dicapai pada 25 March 2017.
  7. ^ "Sampdoria 2–1 Atalanta". Football Italia. 28 August 2016. Dicapai pada 25 March 2017.
  8. ^ "Atalanta 2–1 Torino". Football Italia. 11 September 2016. Dicapai pada 25 March 2017.
  9. ^ "Atalanta 2–1 Roma". Football Italia. 20 November 2016. Dicapai pada 25 March 2017.
  10. ^ "Atalanta 2–1 Empoli". Football Italia. 20 December 2016. Dicapai pada 25 March 2017.
  11. ^ "Official: Kessie is now red and black". A.C. Milan Official Site. 2 June 2017. Dicapai pada 2 June 2017.
  12. ^ "Ivory Coast's Franck Kessie joins AC Milan from Atalanta". BBC Sport. 2 June 2017. Dicapai pada 27 August 2019.
  13. ^ "AC Milan, Kessie: 'Gasperini is angrier than Gattuso!'". www.calciomercato.com. 14 February 2019.
  14. ^ "Newcomers Ricardo Rodriguez, Franck Kessie lift Milan past FC U Craiova". ESPN. 27 July 2017. Dicapai pada 28 July 2017.
  15. ^ "Kessie, Cutrone, Suso in form as Milan begins Serie A campaign with win". ESPN. 20 August 2017. Dicapai pada 29 August 2017.
  16. ^ "Cote D'Ivoire 2–1 Sierra Leone: The Elephants toil to overturn lead". Goal.com. 6 September 2014. Dicapai pada 8 September 2014.
  17. ^ "Afcon 2017: Wilfried Zaha in Ivory Coast's final squad". BBC Sport. 4 January 2017. Dicapai pada 25 March 2017.
  18. ^ Otieno, Imran (20 July 2019). "Top Assists charts at the 2019 African Cup of Nations". futaa.com. Dicapai pada 4 August 2019.
  19. ^ "Côte d'Ivoire 1-1 Algeria". www.cafonline.com. 11 July 2019. Dicapai pada 4 August 2019.
  20. ^ "Algeria claim second Afcon title after Bounedjah's lucky strike sinks Senegal". theguardian.com. Guardian News & Media Limited. 19 July 2019. Dicapai pada 19 July 2019.
  21. ^ "MILAN, KESSIÉ E L'ESULTANZA DA MILITARE: UNA DEDICA AL PADRE" [MILAN, KESSIÉ AND THE MILITARY GESTURE: A DEDICATION TO FATHER]. Goal. 21 September 2017. Dicapai pada 22 September 2017.
  22. ^ Biodata Franck Kessié di Soccerway. Capaian 25 March 2017.
  23. ^ (Inggeris) Profil Franck Kessié di National-Football-Teams.com

Pautan luar sunting