Frank Montgomery (pengarah)

Frank Montgomery (14 Jun 1870 – 18 Julai 1944) merupakan antara pengarah dan pelakon filem senyap terawal di Amerika Syarikat. Montgomery telah berlakon dalam 28 buah filem, namun lebih dikenali sebagai pengarah. Beliau telah mengarah 82 buah filem sepanjang kerjayanya.

Banyak judul filem Montgomery mengandungi rujukan masyarakat asli Amerika, seperti Darkfeather's Sacrifice, Apache Love, An Indian's Gratitude, The Red Girl's Sacrifice, Mona of the Modocs, An Apache Father's Vengeance, Big Rock's Last Stand, The Half-Breed Scout, A Blackfoot Conspiracy, A Red Man's Love, A Daughter of the Redskins, The Massacre of Santa Fe Trail, dan A White Indian.[1] Beliau turut mengarah filem The Spirit of '76 (1917) yang kini dikategorikan sebagai hilang.

Beliau mengahwini pelakon Josephine Mercedes Workman, atau lebih dikenali sebagai Princess Mona Darkfeather.

Filemography sunting

Rujukan sunting

  1. ^ see the full list at IMDB.com

Pautan luar sunting