Frank Rijkaard
Franklin Edmundo Rijkaard (Sebutan Belanda: [ˈfrɑŋk ˈrɛi̯kaːrt] ( listen); lahir 30 September 1962) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Belanda. Sepanjang kariernya sebagai pemain, beliau bermain di posisi pemain tengah atau pertahanan. Rijkaard turut pernah bermain untuk Ajax, Real Zaragoza, Sporting Lisbon dan Milan. Beliau turut mewakili pasukan kebangsaan Belanda sebanyak 73 kaps dan menjaringkan sepuluh gol. Beliau dianggap salah satu pemain tengah bertahan terbaik dalam sejarah bola sepak dan diakui salah satu pemain terhebat antara generasi setanding dengannya. Sepanjang tugasnya sebagai pengurus, beliau pernah menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belanda, Arab Saudi, Galatasaray, Barcelona dan Sparta Rotterdam. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé dalam senarai FIFA 100.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Franklin Edmundo Rijkaard | ||
Tarikh lahir | 30 September 1962 | ||
Tempat lahir | Belanda | ||
Ketinggian | 1.90 m (6 ka 2 13⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah bertahan, Bek tengah | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1980–1987 | Ajax | 248 | (59) |
1987–1988 | Sporting CP | 0 | (0) |
1987–1988 | → Real Zaragoza (pinjaman) | 11 | (0) |
1988–1993 | Milan | 201 | (26) |
1993–1995 | Ajax | 80 | (13) |
Jumlah | 540 | (98) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1981–1994 | Belanda | 73 | (10) |
Pasukan diurus | |||
1998–2000 | Belanda | ||
2001–2002 | Sparta Rotterdam | ||
2003–2008 | Barcelona | ||
2009–2010 | Galatasaray | ||
2011–2013 | Arab Saudi | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya kelab
suntingAjax
suntingRijkaard telah dilahirkan di Amsterdam. Ibunya, Neel merupakan orang Belanda manakala bapanya, Herman merupakan bekas pemain bola sepak Suriname. Rijkaard membuat debut untuk Ajax oleh Leo Beenhakker semasa baru berusia 17 tahun pada 3 Ogos 1980. Beliau menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang Go Ahead Eagles dan juga perlawanan pertama memasuki musim 1980–81 dan perlawanan berkesudahan Ajax menang 4-2. Seterusnya, beliau bermain 23 perlawanan lagi untuk Ajax pada musim pertamanya dan menjaringkan empat gol. Pada musim berikutnya, beliau meraih kejuaraan liga pertama bersama Ajax dan kejuaraan liga berjaya dipertahankan diikuti musim seterusnya. Rijkaard kekal di Ajax selama tujuh setengah musim. Di Ajax, posisi beliau tidak menentu dan beliau diletakkan di posisi pertahanan tengah (1981–82, 1982–83, 1984–85), pemain tengah atau pemain tengah kanan (1985–86). Pada masa ini juga, beliau turut merangkul tiga kejuaraan liga (1981–82, 1982–83, 1984–85) dan tiga Piala Belanda (1982–83, 1985–86, 1986–87). Pada musim 1986–87, beliau menjulang trofi Piala Juara-Juara UEFA selepas menewaskan Leipzig 1-0. Pada September 1987, musim ketiga Rijkaard di bawah kendalian legenda Belanda, Johan Cruyff, Rijkaard bersumpah tidak akan beraksi di bawah kendaliannya lagi. Beliau berpindah ke Sporting CP. Seterusnya, beliau dipinjam ke kelab Sepanyol, Real Zaragoza tetapi selama semusim di Sepanyol, beliau berpindah ke Milan.
Milan
suntingRijkaard menjadi pemain Milan selama lima musim. Di bawah bimbingan Arrigo Sacchi, Rijkaard memainkan peranan penting buat pasukan sebelum berubah menjadi peman berkelas dunia yang mana keagresifan pemain Belanda ini banyak mempengaruhi gaya pemain-pemain kini antaranya Patrick Vieira. Beliau beraksi dengan dua teman senegara, Marco van Basten dan Ruud Gullit. Sepanjang karier Rijkaard di Milan, beliau telah meraih dua gelaran Piala Eropah (pada 1989 dan 1990) dan dua kejuaraan Serie A.
Kembali ke Ajax
suntingSelepas menghabiskan lima musim di Itali, Rijkaard meneruskan kariernya dengan menyertai Ajax semula pada 1995. Di bawah kendalian Louis van Gaal, mereka meraih kejuaraan liga selain mencatat rekod tanpa tewas dalam musim 1994–95. Sementara itu, prestasi Ajax di pentas Eropah turut tidak kurangnya. Pada perlawanan terakhir Rijkaard untuk Ajax, beliau menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan pasukan lamanya, Milan 1-0 pada tahun 1995.
Kerjaya antarabangsa
suntingDi peringkat antarabangsa, Rijkaard melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 1981. Beliau sebahagian daripada skuad Belanda yang menjuarai kejohanan Euro 1988 selepas menang 2-0 ke atas Kesatuan Soviet. Beliau bermain di posisi bek tengah bersama Ronald Koeman. Sejak itu, beliau telah mengumpul 73 kaps antarabangsa dan menjaringkan sepuluh gol untuk Belanda. Selain kejohanan Euro 1988, Rijkaard turut mewakili Belanda ke kejohanan Piala Dunia 1990, UEFA Euro 1992 dan Piala Dunia 1994.
Rijkaard merupakan pencetus utama insiden pertengkahan antara beliau sendiri dengan Rudi Völler pada aksi Jerman Barat bertemu Belanda pada saingan Piala Dunia 1990. Rijkaard dikenakan layangan kad kerana melakukan kekasaran ke atas Völler lalu Rijkaard mengambil tempat untuk menghalang sepakan percuma yang akan diambil pasukan Jerman. Pada masa yang sama, beliau sempat meludah ke arah rambut Völler. Völler mengadu kepada pengadil atas kekasaran Rijkaard. Sejurus selepas sepakan percuma diambil, Völler yang ingin menanduk bola itu berlanggar dengan penjaga gol Belanda, Hans van Breukelen. Malah, pemain-pemain lain terutamanya Rijkaard dan van Breukelen terlihat bola terkena tangan Voller lalu meranapkan impian Voller yang mahukan sepakan penalti diambil selepas beliau berlanggar dengan penjaga gol Belanda di dalam kotak penalti. Van Breukelen sangat berang tetapi kali ini, Rijkaard lalu memulas telinga dan memijak kaki Voller. Pengadil Juan Carlos Loustau letih atas kerenah dan tingkah laku dua pemain ini lalu melayangkan kad merah ke atas Rijkaard dan Voller. Semasa Voller berjalan menuju ke dalam stadium, Rijkaard sempat meludah ke arah Voller sebelum mereka berdua keluar padang.
Rijkaard kemudian meminta maaf kepada Voller atas tindakannya dan permohonan maaf itu diterima sendiri oleh Voller. Dua tahun kemudian iaitu pada kejohanan Euro 1992, Rijkaard menjaringkan gol penyamaan pada lewat perlawanan untuk memastikan Belanda terikat seri 2-2 bertemu Denmark pada peringkat separuh akhir tetapi Belanda tewas pada penentuan penalti. Rijkaard beraksi pada perlawanan terakhirnya untuk Belanda pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 1994 menentang Brazil yang kesudahannya menjadi juara edisi itu. Belanda tewas tipis 3-2.
Statistik
suntingPasukan kebangsaan Belanda | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1981 | 1 | 0 |
1982 | 5 | 0 |
1983 | 3 | 2 |
1984 | 2 | 0 |
1985 | 5 | 0 |
1986 | 4 | 0 |
1987 | 4 | 0 |
1988 | 10 | 0 |
1989 | 5 | 0 |
1990 | 7 | 1 |
1991 | 3 | 0 |
1992 | 11 | 3 |
1993 | 4 | 0 |
1994 | 9 | 4 |
Jumlah | 73 | 10 |
Gol antarabangsa
suntingGol antarabangsa oleh Frank Rijkaard | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
17 Disember 1983 | Rotterdam, Belanda | Malta | Kelayakan Euro 1984 | |||
3 Jun 1990 | Zagreb, Yugoslavia | Yugoslavia | Persahabatan | |||
27 Mei 1992 | Sittard, Austria | Austria | ||||
18 Jun 1992 | Gothenburg, Sweden | Jerman | Euro 1992 | |||
22 Jun 1992 | Denmark | |||||
9 Januari 1994 | Tunis, Tunisia | Tunisia | Persahabatan | |||
1 Jun 1994 | Rotterdam, Belanda | Hungary | ||||
12 Jun 1994 | Toronto, Kanada | Kanada |
Kerjaya pengurus
suntingKerjaya jurulatih Rijkaard bermula apabila beliau dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belanda pada tahun 1998. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai pembantu jurulatih bersama dengan Johan Neeskens dan Ronald Koeman di bawah ketua jurulatih Guus Hiddink. Pada masa itu, beliau tidak mengambil serius dan pengurusan bola sepak kerana beliau tidak berpengalaman. Akan tetapi, beliau mengendali pasukan kebangsaan Belanda yang juga selaku tuan rumah mara ke separuh akhir UEFA Euro 2000. Pasukan Belanda kecundang di tangan Itali di separuh akhir menerusi penentuan penalti. Selepas perlawanan itu, Rijkaard meletak jawatan serta merta.[1]
Ketika musim 2001–02, beliau menjadi pengurus bagi pasukan Sparta Rotterdam yang bertanding dalam Eredivisie. Di bawah kendaliannya, pasukan tersebut disingkirkan ke divisyen kedua buat kali pertama dalam sejarah kelab lalu Rijkaard dipecat.
Barcelona
suntingSelepas kurang setahun meninggalkan Sparta, beliau telah dilantik sebagai pengurus FC Barcelona untuk mengharungi musim 2003–04. Rijkaard menyertai Barcelona sewaktu kelab itu melangkah ke fasa baru apabila kelab itu diambil oleh presiden baru, Joan Laporta dan juga lembaga pengurusan baru namun peminat tidak gembira apabila tidak membawa masuk pemain England, David Beckham ke kelab Catalan itu. Rijkaard kemudian membawa pilihan kedua kelab selepas Beckham, iaitu Ronaldinho. Semenjak Barcelona tidak meraih sebarang trofi sejak 1999 dan dilihat ketinggalan berbanding musuh tradisi Real Madrid, peminat harap Rijkaard mampu melakar sedikit kejayaan dan meningkatkan prestasi kelab semula.
Pada mulanya, Barcelona menempuhi beberapa perlawanan yang mengecewakan di bawah Rijkaard dan peminat mula mahukan perletakan jawatan Rijkaard. Lebih-lebih lagi, beliau menerima kritikan media selepas tewas kepada Real Madrid pada Disember 2003.[2] Namun, di bawah kendalian Rijkaard, mereka akhirnya mampu menghuni tangga kedua La Liga pada musim 2003–04 dan jika diimbas kembali ke awal musim, Barcelna hampir-hampir menduduki zon penyingkiran dan perbezaan antaranya adalah hanya satu mata. Rijkaard kemudian membawa Barcelona ke peringkat baharu apabila beliau membawa masuk pemain-pemain berpotensi seperti Deco, Samuel Eto'o, Rafael Márquez dan Ludovic Giuly selain turut membangunkan pemain-pemain dari akademi, termasuklah Víctor Valdés dan Andrés Iniesta. Beliau akhirnya mencetuskan kegembiraan buat penyokong Barcelona apabila meraih kejuaraan La Liga buat dua musim berturut-turut iaitu pada 2004–05 dan 2005–06.
Kejayaan Liga Juara-Juara
suntingRijkaard menjadi jurulatih Barcelona pertama yang menundukkan Real Madrid dua kali di Santiago Bernabéu, satu pencapaian yang cemerlang yang tidak dapat dicapai oleh pengurus lama Barcelona seperti Johan Cruyff, Louis van Gaal dan Luis Aragonés. Pada tahun 2005, Rijkaard tercalon dalam lima jurulatih Pasukan Terbaik UEFA. Pada 8 Mac 2006, beliau dianugerahkan UEFA atas sumbangannya kepada Piala Eropah menerusi kariernya sebagai pemain dan pengurus.
Rijkaard membimbing Barcelona untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim 2005-06 selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada perlawanan akhir. Kemenangan ini membuatkan Rijkaard menjadi individu kelima meraih Liga Juara-Juara sebagai pemain dan pengurus bersama Miguel Muñoz, Giovanni Trapattoni, Johan Cruyff dan Carlo Ancelotti sebelum Pep Guardiola berbuat demikian beberapa tahun kemudian.
Selepas tewas kepada Manchester United pada pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara, Rijkaard menyatakan beliau akan berhenti sebagai pengurus Barcelona pada penghujung musim selepas beliau tidak meraih sebarang kejohanan utama buat dua musim berturut-turut. Pada 1 Mei 2008, Rijkaard didakwa berkata kepada rakan pasukannya bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai pengurus Barcelona pada penghujung musim tetap 24 jam kemudian, katanya dalam satu sidang beliau tidak berniat untuk meninggalkan kelab.
Pada 8 Mei 2008, sehari selepas kekalahan memalukan Barcelona 4-1 kepada musuh tradisi, Real Madrid, presiden Barcelona Joan Laporta mengumumkan pada penghujung musim 2007–08, Rijkaard tidak kekal lama menjadi pengurus Barcelona. Laporta mengumumkan selepas satu mesyuarat pasukan, Rijkaard akan digantikan oleh bekas pemain kelab, Pep Guardiola. Laporta memuji dan menghargai segala usaha Rijkaard di Barcelona.
Galatasaray
suntingPada 5 Jun 2009, Rijkaard menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Süper Lig, Galatasaray selepas perletakan jawatan Bülent Korkmaz dua hari sebelumnya. Beliau dipecat pada 19 Oktober 2010 dan digantikan oleh Gheorghe Hagi.
Arab Saudi
suntingPada 28 Jun 2011, Rijkaard diumumkan dilantik sebagai ketua jurulatih Arab Saudi selepas mencapai persetujuan dengan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi. Di bawah kendalian Rijkaard, Arab Saudi dilihat tersingkir daripada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 selepas tewas 4-2 kepada Australia dan menamatkan saingan di tempat ketiga.
Piala Negara Teluk 2013 merupakan kejohanan kedua Arab Saudi di bawah bimbingan Rijkaard. Arab Saudi mengharungi kejohanan yang mengecewakan apabila tersingkir dalam peringkat kumpulan selepas tewas 2-0 kepada Iraq dan tewas tipis 1-0 kepada Kuwait walaupun mencatat kemenangan pada perlawanan kedua ke atas Yaman, 2-0. Pada 16 Januari 2013, Rijkaard dipecat selepas kontraknya tidak disambung oleh Arab Saudi berikutan pasukan Arab Saudi pulang awal daripada kejohanan tersebut.
Montverde Academy
suntingPada tahun 2013, Montverde Academy dari Florida mengupah Rijkaard sebagai penasihat dalam pembangunan pemain-pemain.[3]
Statistik
suntingPasukan | Dari | Hingga | Rekod | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BP | M | S | K | Menang % | ||||||
Belanda | Jun 1998 | Julai 2000 | 22 | 8 | 12 | 2 | 36.36 | |||
Sparta Rotterdam | Jun 2001 | Mei 2002 | 38 | 6 | 12 | 20 | 15.79 | |||
Barcelona | Julai 2003 | Mei 2008 | 273 | 160 | 63 | 50 | 58.61 | |||
Galatasaray | 5 Jun 2009 | 20 Oktober 2010 | 67 | 37 | 15 | 15 | 55.22 | |||
Arab Saudi | 28 Jun 2011 | 16 Januari 2013 | 27 | 7 | 9 | 11 | 25.93 | |||
Jumlah | 427 | 218 | 111 | 98 | 51.05 |
Statistik kerjaya
suntingKelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain[nb 1] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Ajax | 1980–81 | 24 | 4 | 0 | 0 | 1 | 1 | — | 25 | 5 | |
1981–82 | 27 | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 27 | 5 | ||
1982–83 | 25 | 3 | 8 | 1 | 0 | 0 | — | 33 | 4 | ||
1983–84 | 23 | 9 | 3 | 1 | 1 | 0 | — | 27 | 10 | ||
1984–85 | 34 | 7 | 3 | 1 | 4 | 1 | — | 41 | 9 | ||
1985–86 | 30 | 9 | 6 | 4 | 2 | 0 | — | 38 | 13 | ||
1986–87 | 34 | 7 | 5 | 0 | 9 | 2 | — | 48 | 9 | ||
1987–88 | 8 | 3 | 0 | 0 | 1 | 1 | — | 9 | 4 | ||
Jumlah | 205 | 47 | 25 | 7 | 18 | 5 | 0 | 0 | 248 | 59 | |
Sporting CP | 1987-88 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Real Zaragoza | 1987-88 | 11 | 0 | 0 | 0 | — | — | 11 | 0 | ||
Milan | 1988–89 | 31 | 4 | 6 | 0 | 9 | 1 | 1 | 1 | 47 | 6 |
1989–90 | 29 | 2 | 6 | 0 | 9 | 2 | 3 | 0 | 47 | 4 | |
1990–91 | 30 | 3 | 2 | 0 | 4 | 0 | 3 | 3 | 39 | 6 | |
1991–92 | 30 | 5 | 5 | 0 | — | — | 35 | 5 | |||
1992–93 | 22 | 2 | 5 | 0 | 6 | 3 | 0 | 0 | 33 | 5 | |
Jumlah | 142 | 16 | 24 | 0 | 28 | 6 | 7 | 4 | 201 | 26 | |
Ajax | 1993–94 | 30 | 10 | 4 | 0 | 6 | 1 | 1 | 0 | 41 | 11 |
1994–95 | 26 | 2 | 2 | 0 | 10 | 0 | 1 | 0 | 39 | 2 | |
Jumlah | 56 | 12 | 6 | 0 | 16 | 1 | 2 | 0 | 80 | 13 | |
Jumlah kerjaya | 414 | 75 | 55 | 7 | 62 | 12 | 9 | 4 | 540 | 98 |
Pencapaian
sunting
PemainsuntingKelabsunting
Antarabangsasunting
|
Pengurussunting
|
Nota
sunting- ^ Termasuk Piala Super UEFA, Supercoppa Italiana, Piala Antara Benua dan Piala Super Belanda
Catatan
sunting- ^ "Rijkaard quits after semi-final loss". BBC Sport. 29 June 2000. Retrieved 2 April 2013.
- ^ name="guardian"
- ^ Montverde Academy: Frank Rijkaard Joins New Soccer Institute at Montverde Academy Diarkibkan 2016-06-29 di Wayback Machine 8 August 2013
- ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Frank Rijkaard"
- ^ name="Guerin d'Oro"
- ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Frank Rijkaard"
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Frank Rijkaard |
- Frank Rijkaard at Voetbal International (Belanda)
- Frank Rijkaard's La Liga stats at BDFutbol.com (Sepanyol)
- Frank Rijkaard's La Liga stats as manager at BDFutbol.com (Sepanyol)
- CV of Frank Rijkaard Diarkibkan 2013-03-26 di Wayback Machine (Belanda)
- Barcelona Manager Profile at FCBarcelona.cat
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Terry Venables |
Pengurus tuan rumah UEFA Euro 2000 (tuan rumah bersama Robert Waseige) |
Diikuti oleh: Luiz Felipe Scolari ( Brazil) |
Didahului oleh Rafael Benítez |
Jurulatih pemenang Liga Juara-Juara 2005-06 |
Diikuti oleh: Carlo Ancelotti |