Mengenai audio iniFrankfurt am Main  adalah bandar raya terbesar di negeri Hesse, serta bandar raya terbesar di Jerman. Terletak di tebing sungai Main, bandar raya ini merupakan tempat Bank Pusat Eropah, Bursa Saham Frankfurt, dan pusat kewangan terbesar di benua Eropah. Frankfurt juga merupakan bandar raya terkaya di Kesatuan Eropah.

Frankfurt am Main
Collage of Frankfurt, clockwise from top of left to right: Facade of the Römer and Frankfurt Cathedral, statue of Charlemagne in Frankfurt Historical Museum, view of Frankfurt skyline and Sungai Main
Collage of Frankfurt, clockwise from top of left to right: Facade of the Römer and Frankfurt Cathedral, statue of Charlemagne in Frankfurt Historical Museum, view of Frankfurt skyline and Sungai Main
Bendera Frankfurt am Main
Jata Frankfurt am Main
NegaraJerman
NegeriHesse
Wilayah pentadbiranDarmstadt
DaerahDaerah urban
Founded1st century
Pentadbiran
 • Lord MayorMike Josef (SPD)
 • Parti-parti pentadbiranCDU / Pakatan 90/Hijau
Keluasan
 • Bandar Raya248.31 km2 (95.87 batu persegi)
Penduduk
 (2014-12-31)
 • Bandar Raya717,624
 • Kepadatan2,900/km2 (7,500/batu persegi)
 • Bandar
2,221,910[2]
 • Metro
5,500,000[1]
Zon waktuCET/CEST (UTC+1/+2)
Poskod
60001–60599, 65901–65936
Kod dail069, 06109, 06101
Pendaftaran kenderaanF
Laman sesawangwww.frankfurt.de
Garis langit Frankfurt pada waktu senja
Menara Berkembar Deutsche Bank
Menara Commerzbank & Menara Utama pada waktu malam

Kawasan metropolitan bandar raya, Kawasan Utama Rhine Frankfurt, mempunyai 5 juta penduduk dan merupakan kawasan metropolitan yang kedua terbesar di Jerman.

Di kalangan penutur bahasa Inggeris, bandar raya ini biasa dikenali dengan mudah sebagai "Frankfurt", walaupun orang-orang Jerman kekadang memanggilnya dengan nama penuh untuk membezakannya daripada lagi satu Frankfurt dalam negara yang dikenali sebagai Frankfurt (Oder) di negeri Brandenburg. Pada suatu ketika, bandar raya ini digelarkan dalam bahasa Inggeris sebagai Frankford-on-the-Main, iaitu terjemahan harfiah untuk Frankfurt am Main (Frankfurt bermaksud Harungan Orang Frank).

Frankfurt ialah salah satu tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman.

Gambaran keseluruhan sunting

Frankfurt telah memainkan peranan utama dalam sejarah politik Jerman dan negeri-negeri Jerman sejak berabad-abad lagi. Dari tahun 855 hingga 1792, Frankfurt merupakan bandar raya pengundi Maharaja-maharaja Empayar Rom Holy Negara Jerman. Dalam revolusi-revolusi pada tahun 1848-49, Frankfurt menjadi semacam ibu negara revolusi dan merupakan tempat untuk Parlimen Frankfurt, parlimen pertama yang dipilih secara demokratik, yang bersidang di Frankfurter Paulskirche, atau Gereja St. Paul.

Tiga tiang ekonomi Frankfurt adalah kewangan, pengangkutan dan perdagangan seimbang. Frankfurt merupakan ibu negara kewangan berabad lamanya, dan merupakan tuan rumah bagi sebilangan bank-bank utama dan pembrokeran.

Bandar raya kembar sunting

Bandar-bandar raya kembar Frankfurt ialah:

Tokoh yang dilahirkan di Frankfurt sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Regional monitoring 2012, German metropolitan regions
  2. ^ Regional Authority FrankfurtRheinMain - Facts and figures [1] Retrieved 3 November 2014

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting